Raphael Warnock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reverend

Raphael Warnock
Senator Amerika Syarikat
dari Georgia
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Berkhidmat dengan Jon Ossoff
Didahului olehKelly Loeffler
Butiran peribadi
LahirRaphael Gamaliel Warnock
(1969-07-23) 23 Julai 1969 (umur 54)
Savannah, Georgia, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganOulèye Ndoye (k. 2016; c. 2020)
Anak-anak2
PendidikanMorehouse College
Union Theological Seminary
Laman web rasmiLaman web kempen
AgamaKristian
DenominasiBaptis
GerejaEbenezer Baptist Church

Raphael Gamaliel Warnock (lahir 23 Julai 1969) ialah seorang pastor dan ahli politik Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai senator junior Amerika Syarikat dari Georgia. Beliau mengambil alih jawatan itu pada 20 Januari 2021 selepas keputusan pilihan raya disahkan,[1] menggantikan penyandang senator, Kelly Loeffler. Beliau telah menjadi pastor kanan Ebenezer Baptist Church di Atlanta sejak 2005.

Warnock menjadi terkenal dalam politik Georgia sebagai pemimpin dalam kempen untuk mengembangkan Medicaid di bawah Akta Penjagaan Berpatutan. Seorang ahli Parti Demokrat, beliau mencalonkan diri dalam pilihan raya khas Senat Amerika Syarikat 2020–21 di Georgia.[2][3][4][5][6] Warnock akan menjadi rakyat Afrika-Amerika dari parti Demokrat pertama dalam sejarah yang mewakili bekas negeri Gabungan di Senat Amerika Syarikat.

Dilahirkan di Savannah, Georgia dan membesar di perumahan umum, Warnock ialah anak ke-11 dari 12 orang adik beradik dan anak kepada Verlene dan Jonathan Warnock. Kedua-dua mereka ialah pastor Pentekosta. Warnock merupakan graduan Sol C. Johnson High School dan ingin mengikuti jejak Martin Luther King Jr..

Pada tahun 1990-an, Warnock berkhidmat sebagai pastor belia dan kemudian menjadi pastor pembantu di Abyssinian Baptist Church di New York. Beliau terlibat secara aktif dengan sekumpulan pemimpin gereja yang berusaha memprotes program kerja Rudy Giuliani. Pada tahun 2000-an, Warnock ialah pastor kanan di Douglas Memorial Community Church di Baltimore, Maryland.

Pada Januari 2020, Warnock memutuskan untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya 2020 untuk kerusi Senat A.S. yang dipegang oleh Kelly Loeffler, yang dilantik setelah pengunduran Isakson. Beliau telah disokong oleh beberapa Senator Demokrat termasuk Chuck Schumer, Cory Booker, Sherrod Brown, Kirsten Gillibrand, Jeff Merkley, Chris Murphy, Bernie Sanders, Brian Schatz, dan Elizabeth Warren, Jawatankuasa Kempen Senator Demokrat, Stacey Abrams, dan bekas presiden, Barack Obama dan Jimmy Carter. Beberapa pemain Atlanta Dream, pasukan WNBA yang dimiliki Loeffler, memakai baju kemeja yang menyokong Warnock sebagai tindak balas terhadap komen kontroversi Loeffler mengenai pergerakan Black Lives Matter.

Penutup kempen Warnock tertumpu pada pembayaran rangsangan $2,000 yang akan dipersetujui beliau dan Jon Ossoff setelah memenangi pilihan raya mereka dan memberikan majoriti Demokrat di Senat.

Pada bulan Disember 2022, Warnock berjaya menewaskan Herschel Walker untuk penggal penuh dan mengangkat sumpah pada Januari 2023.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.savannahnow.com/story/news/2021/01/04/georgia-senate-runoff-questions-answered-kelly-loeffler-raphael-warnock-jon-ossoff-david-perdue/4136131001/
  2. ^ "Senate Special Runoff: Georgia". CNN. Dicapai pada January 6, 2020. (accessed 2:05 am EST)
  3. ^ NBC News [@NBCNews] (January 6, 2020). "BREAKING: Raphael Warnock wins U.S. Senate runoff in Georgia, NBC News projects. nbcnews.to/3hKCaFU" (Twit) – melalui Twitter. |date= mismatches calculated date from |number= by two or more days (bantuan {{en}}) (1:49 am EST)
  4. ^ CBS News [@CBSNews] (January 6, 2020). "BREAKING: CBS News projects Raphael Warnock defeats Kelly Loeffler in the Georgia Senate runoff. This is a Democratic pickup" (Twit) – melalui Twitter. |date= mismatches calculated date from |number= by two or more days (bantuan {{en}}) (1:56 am EST)
  5. ^ Karson, Kendall (January 6, 2020). "ABC News projects Warnock defeats Loeffler". ABC News. (2:00 am EST)
  6. ^ Barrow, Bill; Bynum, Russ; Peoples, Steve (January 6, 2020). "Warnock makes history with Senate win as Dems near majority". Associated Press. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan) (11:05 am EST [see tweet https://twitter.com/AP/status/1346714442915000320])