Rapunzel's Tangled Adventure

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tangled: The Series
Fail:Tangled - The Series logo.png
Dibangunkan oleh
Chris Sonnenburg dan Shane Pigmore
Ditulis oleh
  • Jase Ricci
  • Dave Schiff
  • Katie Mattila
  • Ricky Roxburgh
  • Han-Yee Ling
  • Kelly Hannon
Pengarah
  • Tom Caulfield
  • Stephen Sandoval
  • Joe Oh
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
Gabe Moffat
Lagu pembukaan"Wind in My Hair" oleh Mandy Moore
Lagu penutup"More of Me" oleh Natasha Bedingfield
Penggubah
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim1
Bilangan episod23 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifChris Sonnenburg
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Siaran asal10 Mac 2017 (2017-03-10) – sekarang
Kronologi
MengikutiTangled Ever After (2012)
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Disney Television Animation

Rapunzel's Tangled Adventure (Pengembaraan Rapunzel dalam versi bahasa Melayu), atau tajuk asalnya Tangled: The Series (Siri Tangled dalam versi bahasa Melayu), ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang dikembangkan oleh Chris Sonnenburg dan Shane Pigmore. Ia pertama kali ditayangkan di Disney Channel sebagai suatu produksi dalam label Disney Channel Original Movie berjudul Tangled: Before Ever After pada 10 Mac 2017, sebelum episod susulan mula disiarkan pada 24 Mac 2017. Siri ini berdasarkan filem 2010 Tangled dan menampilkan bakat suara Zachary Levi, Mandy Moore, Eden Espinosa, Clancy Brown dan Julie Bowen.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Sejak dibebaskan daripada Gothel dan bersatu semula dengan ibu bapa kandungnya, Raja Frederic dan Permaisuri Arianna dari Corona, Rapunzel menyesuaikan hidupnya sebagai puteri mereka dan terus mengalami pengalaman pahit manis dengan teman lelakinya Eugene Fitzherbert, Pascal si Sesumpah, Maximus si Kuda, dan dayang baharunya, Cassandra, untuk membongkar misteri kepulangan rambut perang baharunya yang sepanjang 70 kaki itu.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Eugene (Zachary Levi), yang alias sebelumnya merupakan Flynn Rider, ialah seorang bekas pencuri dan teman lelaki Rapunzel. Dia tidak suka dan tidak percaya pada Cassandra.
  • Rapunzel (Mandy Moore) ialah Puteri Corona. Dia mencuba sedaya upaya untuk menjadi bakal ratu yang baik, sungguhpun cara-cara naifnya membawanya kepada masalah.
  • Cassandra (Eden Espinosa) ialah teman baik Rapunzel dan dang perwara yang merupakan anak angkat kepada Kapten Pengawal. Dia sungguh tidak suka pada Eugene.
  • Raja Frederic (Clancy Brown) ialah Raja Corona dan bapa Rapunzel yang terlampau melindung. Sejak malam yang padanya satu-satunya anaknya diculik, dia menurut ketakutan semula jadinya dan membenci sebarang jenis kuasa magis.
  • Permaisuri Arianna (Julie Bowen) ialah Permaisuri Corona dan ibu Rapunzel. Dia ingin supaya anaknya menurut hatinya dan melakukan yang hal yang dipercayai olehnya. Buat hadiah pemahkotaan awal, dia memberi Rapunzel sebuah jurnal kosong untuk halamannya diisi dengan pengembaraannya sendiri.

Watak selangan[sunting | sunting sumber]

  • Pascal (Dee Bradley Baker) merupakan seekor sesumpah yang merupakan haiwan peliharaan dan teman baik Rapunzel yang cerita belakangnya didedahkan dalam "Pascal's Story".
  • Maximus (Dee Bradley Baker) merupakan seekor kuda jantan putih dengan hidung anjing pemburu darah yang pada asalnya dimiliki oleh Kapten Pengawal dan kemudian oleh Eugene.
  • Pengawal Diraja Corona merupakan pekerja Raja Frederic.
    • Kapten (M.C. Gainey) merupakan pemimpin tanpa nama bagi Pengawal Diraja dan bapa angkat kepada Cassandra.
    • Pete (Sean Hayes) ialah anggota Pengawal Diraja.
    • Stan (Diedrich Bader) ialah anggota Pengawal Diraja.
  • Samseng Pub merupakan sekumpulan samseng yang melepak di pub dan dijadikan sahabat oleh Rapunzel dan Eugene.
    • Hook Foot (Jeff Ross) ialah saudara berkaki cangkuk kepada Hook Hand. Hook Foot mengambil tempat saudaranya yang dalam jelajah dunia sebagai pemain piano konsert.
    • Big Nose (Jeffrey Tambor) ialah samseng berhidung besar yang merupakan samseng romantik.
    • Shorty (Paul F. Tompkins) ialah samseng pendek, tua, dan gila.
    • Vladimir (Charles Halford) ialah samseng di dalam helmet bertanduk lembu yang merupakan samseng terkuat. Dia dahulunya disuarakan oleh Richard Kiel dalam filem.
    • Attila Buckethead (Steven Blum) ialah samseng berhelmet logam lengkap yang mempunyai minat pada memasak. Dia menjadi pembantu Monty dalam "One Angry Princess". Dia dahulunya disuarakan oleh Byron Howard dalam filem.
  • Puan Caine (Laura Benanti) ialah antagonis utama bagi Tangled: Sebelum Gembira Selamanya. Dia kembali dalam "Max's Enemy".
  • Pak Cik Monty (Richard Kind) ialah penjaga kedai tua di Corona yang mempunyai isu peribadi dengan Rapunzel.
  • Nigel (Peter MacNicol) ialah penasihat Raja Frederic.
  • Xavier (Adewale Akinnuoye-Agbaje) ialah tukang besi yang kelihatan sangat celik tentang sejarah Corona.
  • Lance Strongbow (James Monroe Iglehart) ialah teman zaman kanak-kanak dan bekas pasangan penjenayah kepada Eugene daripada zaman mudanya dalam jenayah. Nama sebenarnya seperti yang didedahkan ialah Arnwaldo Schnitz. Dia pertama kali muncul dalam "The Return of Strongbow".
  • Varian (Jeremy Jordan) ialah ahli alkimia muda yang cemerkap tetapi pintar. Dia mencuba untuk membantu Rapunzel untuk membongkar rahsia rambut baharunya yang tumbuh semula. Dia kemudian menjadi antagonis utama untuk bahagian kedua musim pertama. Apabila Rapunzel pada mulanya tidak dapat membantunya untuk membebaskan bapanya daripada perangkap kristal oleh sebab ribut musim sejuk yang mengancam Corona, dia ingin membalas dendam terhadapnya dan terhadap Corona.
  • Quirin (Jonathan Banks) ialah bapa Varian yang tidak selalu setuju, yang buat masa ini terperangkap di dalam kristal emas sebagai salah satu akibat daripada pacakan batu bermisteri yang melanda Corona.
  • Angry (Vivian Vencer) ialah pencuri muda yang marah.
  • Red (Ruby Jay) ialah pencuri muda berambut merah yang senyap.
  • Ruth (Danielle Brooks) ialah hantu pemarah yang pertama kali muncul dalam "The Wrath of Ruthless Ruth". Dia dapat bersemadi dengan aman melalui penyertaan Rapunzel dan geng Snuggly Duckling dalam salah satu melodinya yang hilang.
  • Mak Cik Tua Crowley (Pat Carroll) ialah wanita tua perengus yang diketahui tidak pernah senyum. Eugene memanggilnya "Scowley Crowley".
  • Willow (Jane Krakowski) ialah adik perempuan kepada Permaisuri Ariana yang sentiasa berjauhan yang tiba secara mengejut pada hari lahir Ariana. Sebagai hadiah hari lahir, dia memberi Ariana seekor makhluk kecil dengan mainan detar-detar hijau yang mesti ada padanya sentiasa.
  • Feldspar (Zachary Levi) ialah tukang kasut tempatan Corona. Levi melakukan watak pelawak Ed Wynn untuk watak ini.

Sokongan[sunting | sunting sumber]

  • Ibu Gothel (Donna Murphy) ialah ibu angkat kepada Rapunzel yang telah tiada yang menculiknya sebagai bayi kerana kebolehan penyembuhan unik pada rambut emasnya, yang kemudian disimpan olehnya sendirian untuk mengekalkan usia muda dan kecantikannya. Dia menua menjadi debu pada hujung filem asli. Dia pertama kali terlihat dalam salah satu mimpi ngeri Rapunzel sejenak selepas rambut emasnya yang sepanjang 70 kaki itu secara misteri tumbuh semula dan mendapat kebolehan mistik baharu. Gothel mendakwa bahawa dia telah "kembali daripada kematian" dan sudah tiba masanya supaya Rapunzel kembali ke menaranya supaya dia "selamat dan sejahtera".
  • Stabbington Bersaudara (Ron Perlman) merupakan bekas pasangan penjenayah kepada Eugene, yang dikhianati olehnya pada zaman penjenayah sebagai Flynn Rider. Mereka telah bekerja dengan Ibu Gothel untuk mendapatkan Rapunzel semula untuk membalas dendam. Mereka pertama kali muncul dalam "Cassandra v. Eugene".

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Jun 2015, Disney Channel mengumumkan bahawa siri ini dalam perkembangan.[1] Pada 15 Februari 2017, pengumuman dilakukan bahawa siri ini diperbaharu untuk musim kedua sebelum tayangan perdana siri ini.[2] Siri ini menonjolkan lagu baharu daripada Alan Menken, yang mengarang dan menggubah lagu untuk filem asli, dan Glenn Slater.[3]

Episod[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan siri[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran asal
Amerika Syarikat Asia Tenggara
Pertama Terakhir Pertama Terakhir
Filem 10 Mac 2017 (2017-03-10) 9 April 2017
1 23 24 Mac 2017 (2017-03-24) 13 Januari 2018 (2018-01-13) 21 Mei 2017

Filem (2017)[sunting | sunting sumber]

Judul[4][5]
(Judul bahasa Melayu)
Pengarah Pengarang Tarikh siaran
Amerika Syarikat[4][5] Asia Tenggara
"Tangled: Before Ever After"
"Tangled: Sebelum Gembira Selamanya"
Tom Caulfield dan Stephen SandovalJase Ricci10 Mac 2017 (2017-03-10)9 April 2017

Musim 1 (2017–2018)[sunting | sunting sumber]

Bil. Judul[4][5] Pengarah Pengarang Tarikh siaran Kod
penerbitan[4][6]
Dalam
siri
Dalam
musim
Amerika Syarikat[4][5] Asia Tenggara
11"What the Hair!?"Tom CaulfieldDave Schiff24 Mac 2017 (2017-03-24)21 Mei 2017101
22"Rapunzel's Enemy"Stephen SandovalCerita oleh Dave Schiff dan Noelle Stevenson
Dikarang oleh Katie Mattila
31 Mac 2017 (2017-03-31)28 Mei 2017102
33"Fitzherbert P.I."Joe OhCerita oleh Ricky Roxburgh dan Suzanne Weber
Dikarang oleh Jase Ricci
7 April 2017 (2017-04-07)4 Jun 2017103
44"Challenge of the Brave"Tom CaulfieldRicky Roxburgh14 April 2017 (2017-04-14)11 Jun 2017104
55"Cassandra v. Eugene"Joe OhKatie Mattila21 April 2017 (2017-04-21)2 Julai 2017105
66"The Return of Strongbow"Tom CaulfieldDave Schiff28 April 2017 (2017-04-28)23 Julai 2017106
77"In like Flynn"Stephen SandovalHan-Yee Ling23 Julai 2017 (2017-07-23)13 Ogos 2017107
88"Great Expotations"Joe OhRicky Roxburgh30 Julai 2017 (2017-07-30)25 Ogos 2017108
99"Under Raps"Tom CaulfieldKelly Hannon6 Ogos 2017 (2017-08-06)3 September 2017109
1010"One Angry Princess"Stephen SandovalCerita oleh: Katie Mattila dan Jase Ricci
Dikarang oleh: Jase Ricci
13 Ogos 2017 (2017-08-13)17 September 2017110
11–1211–12"Queen for a Day"
"Permaisuri Rapunzel"
Joe OhJase Ricci19 November 2017 (2017-11-19)17 Disember 2017111
1313"Painter's Block"Stephen SandovalDave Schiff25 November 2017 (2017-11-25)11 Februari 2018TBA
1414"Pascal's Story"Tom CaulfieldRicky Roxburgh20 Ogos 2017 (2017-08-20)8 Oktober 2017114
1515"Big Brothers of Corona"Joe OhHan-Yee Ling1 Oktober 2017 (2017-10-01)5 November 2017115
1616"Not in the Mood"Stephen SandovalKelly Hannon2 Disember 2017 (2017-12-02)25 Februari 2018TBA
1717"The Wrath of Ruthless Ruth"Tom CaulfieldKelly Hannon8 Oktober 2017 (2017-10-08)22 Oktober 2017117
1818"Max's Enemy"Joe OhCerita oleh: Katie Mattila
Dikarang oleh: Dave Schiff
15 Oktober 2017 (2017-10-15)19 November 2017118
1919"The Way of the Willow"Stephen SandovalKatie Mattila22 Oktober 2017 (2017-10-22)26 Januari 2018119
2020"The Quest for Varian"Tom CaulfieldRicky Roxburgh9 Disember 2017 (2017-12-09)TBATBA
2121"The Alchemist Returns"Joe OhDave Schiff16 Disember 2017 (2017-12-16)TBATBA
22–2322–23"Secret of the Sundrop"Stephen SandovalCerita oleh: Jase Ricci
Dikarang oleh: Kelly Hannon, Jase Ricci, Ricky Roxburgh, Dave Schiff, dan Jeremy Shipp
13 Januari 2018 (2018-01-13)TBA122

Siri Tangled: Cerita Pendek (2017)[sunting | sunting sumber]

Bil. Judul[5]
(Judul bahasa Melayu)
Tarikh siaran
Amerika Syarikat Asia Tenggara
1"Check Mate"
"Main Bersama"
5 Mei 2017 (2017-05-05)18 Jun 2017
2"Prison Bake"
"Penjara Masakan"
12 Mei 2017 (2017-05-12)25 Jun 2017
3"Make Me Smile"
"Buat Daku Tersenyum"
19 Mei 2017 (2017-05-19)9 Julai 2017
4"Hare Peace"
"Salah Sangka"
26 Mei 2017 (2017-05-26)16 Julai 2017

Rating[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Siaran pertama Siaran terakhir Purata penonton
(juta)
Tarikh Penonton
(juta)
Tarikh Penonton
(juta)
1 23 24 Mac 2017 1.30[7] 13 Januari 2018 0.96[8] 1.00

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Tangled: Sebelum Gembira Selamanya dan empat tayangan singkat Siri Tangled: Cerita Pendek dikeluarkan dalam DVD pada 11 April 2017.[9] Siri Tangled: Permaisuri Rapunzel dikeluarkan dalam DVD pada 12 Disember 2017.[10]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Calon Keputusan Rujukan
2018 Anugerah Annie Terbitan Animasi Televisyen/Siaran Terbaik untuk Kanak-kanak Episod: "Permaisuri Rapunzel" Menunggu [11]
Anugerah Annie Pencapaian Cemerlang untuk Reka Bentuk Watak
dalam Terbitan Animasi Televisyen/Siaran
Shane Prigmore, Bobby Pontillas,
Taylor Krahenbuhl, Mayumi Nose
Menunggu [12]
Anugerah Annie Pencapaian Cemerlang untuk Pengarahan
dalam Terbitan Animasi Televisyen/Siaran
Tom Caulfield, Stephen Sandoval Menunggu [13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elizabeth Wagmeister (3 Jun 2015). "Tangled Animated TV Series Based on Film Coming to Disney Channel". Variety. Dicapai 16 Julai 2016. 
  2. ^ Liz Calvario (15 Februari 2017). "Tangled: The Series Gets Early Season 2 Renewal at Disney Channel". Deadline. Dicapai 18 Mac 2017. 
  3. ^ Max Evry (8 Mac 2016). "Tangled: Before Ever After Adds Ashley Judd, Jeffrey Tambor & More". Coming Soon. Dicapai 28 Mac 2016. 
  4. ^ a b c d e "Tangled: The Series Episode Listings". The Futon Critic. 
  5. ^ a b c d e "Tangled: The Series". Zap2It. 
  6. ^ "Tangled: The Series Episodes". Disney ABC Press. 
  7. ^ Mitch Metcalf (27 Mac 2017). "Top 150 Friday Cable Originals: 3.24.2017". Showbuzz Daily. Dicapai 6 Januari 2018. 
  8. ^ Mitch Metcalf (17 Januari 2018). "SHOWBUZZDAILY's Top 150 Saturday Cable Originals: 1.13.2018". Showbuzz Daily. Dicapai 17 Januari 2018. 
  9. ^ Mercedes Milligan (29 Mac 2017). "Tangled Before Ever After Arrives on DVD April 11". Animation Magazine. Dicapai 9 Jun 2017. 
  10. ^ "Tangled: The Series: Queen for a Day". Entertainment One: The Planner. Dicapai 9 November 2017. 
  11. ^ "Nominees: Best Animated Television/Broadcast Production for Children". Annie Awards. Dicapai 6 Januari 2018. 
  12. ^ "Nominees: Outstanding Achievement for Character Design in an Animated Television / Broadcast Production". Annie Awards. Dicapai 6 Januari 2018. 
  13. ^ "Outstanding Achievement for Directing in an Animated Television / Broadcast Production". Annie Awards. Dicapai 6 Januari 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]