Ras Adiba Radzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Senator Datuk

Ras Adiba Radzi

PMW (WP)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Memegang jawatan
20 Mei 2020
Pengerusi
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Memegang jawatan
23 November 2020
Didahului olehSuhaimi Sulaiman
Butiran peribadi
LahirRas Adiba binti Mohd Radzi
(1968-07-27) 27 Julai 1968 (umur 52)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pasangan
  • Amri Ginang (k. 1997; c. 1999)
  • Ilias Yaakop (k. 2013; c. 2018)
  • Mohamed Azam Zainal Ali (k. 2019)
Anak-anak
  • Umar Ras Engel bin Abdullah
  • Amaar Raj bin Abdullah
PekerjaanSenator (Ahli Dewan Negara)

Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi (lahir 27 Julai 1968) adalah seorang penyair, penulis, penyanyi lagu puisi, wartawan siaran, penyampai berita, pengacara televisyen, pengulas sukan serta pengarah, penerbit dan atlet paralimpik sukan menembak Malaysia,[1] yang pernah berkhidmat di TV3 dan NTV7.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beberapa kejadian berlaku yang membawa kepada beliau menjadi seorang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).[3] Ras terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.[4][5]

Beliau terus menjalani fisioterapi, dan telah mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan Paralimpik seperti marathon jarak jauh, berenang, badminton dan seterusnya, sukan menembak. Ras mewakili negara di beberapa Pertandingan Dunia sukan Menembak termasuk Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.[6][7]

Ras Adiba pernah berkahwin tiga kali dan kini diijabulkan dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Zainal Ali sejak 16 Mac 2019. Beliau mempunyai 2 orang anak iaitu Umar Ras Engel bin Abdullah dan Amaar Raj bin Abdullah.[8]

Beliau dianugerahkan Tokoh Srikandi Negara pada 2014 dan pernah mencatat Malaysia Book Of Records, ketika berjaya menolak kerusi rodanya dari Johor Baharu ke Putrajaya. Ini dilakukan dalam 10 hari dengan jarak 490km. Ras Adiba dilantik sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia pada 20 Mei 2020 bagi mewakili orang kurang upaya.[9]

Pada 23 November 2020, Ras Adiba dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), menggantikan Suhaimi Sulaiman yang meletakkan jawatan pada 6 Ogos. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi BERNAMA dalam sejarah 53 tahun penubuhannya.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mazizul Dani (11 Januari 2016). Semangat kental Ras Adiba Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  2. ^ "Lepas 34 tahun, ini hari terakhir saya" - Ras Adiba Radzi Kool FM. 16 Mei 2020. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  3. ^ Bagaimana saya belajar untuk bergerak semuda jiwa saya oleh Ras Adiba Radzi Anlene. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  4. ^ Amri Hassan (22 Januari 2018). "Saya kepingin berdiri walaupun untuk sejenak" - Ras Adiba Radzi Astro Gempak. Dicapai pada 9 Januari 2019.
  5. ^ Loong Meng Yee (17 November 2007). Ras Adiba: I am the one PM had in mind The Star Online. Dicapai pada 9 Januari 2009.
  6. ^ Dennis Chua (27 Julai 2018). #Showbiz: Ras Adiba speaks of ‘love and loss’ on 50th birthday New Straits Times. Dicapai pada 15 Disember 2018.
  7. ^ Matthew Mohan (10 Disember 2015). Asean Para Games: Malaysia’s Ras Adiba Radzi swops mike and make-up for rifle and pellets The Straits Times. Dicapai pada 15 Disember 2015.
  8. ^ Zaidi Mohamad (16 Mac 2019). Majlis ‘reunion’ temukan Ras Adiba, suami Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  9. ^ Mohd Ali, Ras Adiba angkat sumpah senator Berita Harian (20 Mei 2020). Dicapai pada 20 Mei 2020.
  10. ^ Ras Adiba Pengerusi Bernama baharu Harian Metro. 24 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]