Rashid Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Rashid Hussain
Pengerusi
Lembaga Tabung Haji
Memegang jawatan
20 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Didahului olehTan Sri Azman Mokhtar
Butiran peribadi
Lahir (1946-07-27) 27 Julai 1946 (umur 77)
Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PekerjaanAhli Korporat


Tan Sri Abdul Rashid Hussain ialah pengasas Kumpulan RHB. Beliau mengahwini anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok. Rashid Hussain merupakan anak lelaki bongsu kepada seorang lelaki kelahiran Pulau Pinang Mohammed Hussain, yang kemudian berpindah ke Singapura dan membangunkan perniagaan yang berjaya di sana. Ibu beliau berketurunan Melayu dan Arab.

Rashid Hussain merupakan salah seorang usahawan paling berjaya dari Malaysia. Dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan - RHB Bank. Beliau memulakan khidmat kerjaya kewangan beliau pada tahun 1971 bersama Strauss Turnbull di Britain dan kembali ke Malaysia pada tahun 1975 bagi bekerja dengan Bumiputra Merchant Bankers Bhd. Beliau kemudian meninggalkan Bumiputra Merchant Bankers pada tahun 1983 untuk menubuhkan Rashid Hussain Securities. Di bawah kepimpinan beliau, RHB Securities menjadi salah satu broker saham terbaik di Malaysia.

Rashid Hussain pernah menjadi Pengerusi, Putrajaya Holdings Sdn Bhd dari 1995 sehingga 2000 dan juga pernah menjadi ahli lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari 1994 sehingga 1998.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]