Ratnasiri Wickremanayake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ratnasiri Wickremanayake

AP
Ratnasiri Wickremanayake1.jpg
Perdana Menteri Sri Lanka
Memegang jawatan
19 November 2005
PresidenMahinda Rajapaksa
Didahului olehMahinda Rajapaksa
Dalam jawatan
10 Ogos 2000 – 9 Disember 2001
PresidenChandrika Kumaratunga
Didahului olehSirimavo Bandaranaike
Digantikan olehRanil Wickremesinghe
Butiran peribadi
Lahir (1933-05-05) 5 Mei 1933 (umur 86)
Parti politikSLFP
PasanganKusum Wickremanayake

Ratnasiri Wickremanayake AP (lahir pada 5 Mei 1933) adalah Perdana Menteri Sri Lanka ke-14 dan seorang ahli politik veteran. Dia menjadi ahli parlimen Horana Electorate dalam daerah Kalutara. Dia mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka di hadapan Presiden Mahinda Rajapakse pada 21 November 2005. Selepas mengangkat sumpah, Perdana Menteri Wickremanayake mengakui bahawa peranan Rajapakse sebagai Presiden.

Tidak seperti di India, kabinet Sri Lanka diketuai oleh Presiden Eksekutif, iaitu ketua negeri dan ketua pemerintah tentera. Peranan Perdana Menteri secara nominal, sebagai Presiden selaku eksekutif dan menentukan peruntukan portfolio dan saiz kabinet.

Wickremanayake merupakan bekas Perdana Menteri Sri Lanka (Ogos 2000-Disember 2001) selepas Sirimavo Bandaranaike meletakkan jawatan pada usia 84. Dia menjadi naib presiden kanan bagi parti pemerintahan iaitu Parti Kebebasan Sri Lanka (SLFP).

Wickremanayake berketurunan Sinhala yang terkenal tidak bertolak ansur. Perdana Menteri baru ini berpandangan militan dan berkonflik dengan pergerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Semasa bekas Presiden Chandrika Bandaranaike Kumaratunga, dia dilantik menjadi teraju Pentadbiran Awam, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Infdustri Perladangan. Ura-ura melantik Ratnasiri Wickremanayake menjadi Perdana Menteri muncul pada saat-saat akhir sahaja, sebagai namanya tidak termasuk dalam lingkungan ahli politik sehingga malam November 21, 2005.

Wickremanayake menuntut di Prima Millewa School, Dharmapala Vidyalaya, Pannipitiya, Hartley Kolej, Kolej Pedro dan Ananda, Colombo. Kemudian di Kolej Lincoln bagi mendapatkan Barrister Law. Menyertai politik selepas itu. Semasa di United Kingdom terpilih menjadi presiden Persatuan Pelajar Ceylon di United Kingdom pada 1955. Wickremanayake pulang ke Sri Lanka selepas kematian abangnya Munidasa yang menjadi ahli parlimen di Horana Barat. Setelah pulang ke Sri Lanka, dia telah dipilih menjadi ahli parlimen pada 1960 di Horana mewakili Parti Lanka Sama Samaja (kemudian Perikatan Mahajana Eksath Peramuna). Wickremanayake bergabung dengan SLFP pada 1962. Pada 1965, dia terpilih semula sebagai ahli parlimen Horana mewakili SLFP.

Wickremanayake dilantik menteri pada 1970, sebagai Timbalan Menteri Kehakiman dalam Barisan Bersatu di bawah Perdana Menteri Sirimavo Bandaranaike. Pada 1975, Wickremanayake Menteri Industri Perladangan dan kemudian Menteri Kehakiman. Wickremanayake kalah teruk apabila SLFP kalah teruk pada 1977. Dia menjadi Setiausaha Agung SLFP dalam 1978.

Dia menanjak naik dalam kerajaan Presiden Chandrika Kumaratunga, sebagai Menteri Pentadbiran Awam, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Industri Perladangan pada 1994. Dia menjadi Perdana Menteri pada 2000 selepas perletakan jawatan Sirimavo Bandaranaike. Pada oktober 2001 dia berhadapan usul tidak percaya di parlimen.

Selepas SLFP memenangi Pilihan Raya Parlimen 2004, Wickremanayake dilantik Menteri Hal Ehwal Agama, Keselamatan Awam dan Perundangan, dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Wickremanayake berpendirian keras dalam Perang Saudara Sri Lanka. Sebagai Perdana Menteri, dia enggan berunding dengan kumpulan Tamil militan, LTTE, sehingga mereka semakin ketinggalan dan semakin ganas. Dia menggalakkan dasar perancangan keluarga Sri Lanka yang diubahsuai agar tidak ramai anak.Dia juga menggalakkan latihan rekrut-rekrut tentera Sri Lanka Army.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Mahinda Rajapaksa
Perdana Menteri Sri Lanka
2005 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sirimavo Bandaranaike
Perdana Menteri Sri Lanka
2000 – 2001
Diikuti oleh:
Ranil Wickremesinghe