Ratu Daun Sped

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ratu Daun Sped
Umum
PengarangAleksandr Pushkin
Tajuk asal
Пиковая дама
NegaraRusia
BahasaRusia
GenreCerpen
Tarikh penerbitan
1834
Kawalan kewibawaan
OCLC1669532

Ratu Daun Sped (Rusia: Пиковая дама; Pikovaya dama) ialah sebuah cerpen yang mengandungi unsur-unsur sakti tentang kerakusan manusia karya Alexander Pushkin. Pushkin menulis cerita pada musim luruh tahun 1833 di Boldino[1] dan pertama kali diterbitkan dalam majalah sastera Biblioteka dlya chteniya pada bulan Mac 1834.[2] Terjemahan bahasa Melayu dilaksanakan oleh Tatiana Dorofeeva [3].


Plot[sunting | sunting sumber]

Graffiti, 2008

Hermann, seorang etnik Jerman, ialah seorang pegawai jurutera yang berkhidmat dengan Tentera Imperial Rusia. Beliau senantiasa memerhatikan perjudian pegawai-pegawai lain, akan tetapi beliau sendiri tidak bermain judi. Pada suatu malam, Tomsky menceritakan tentang neneknya, seorang countess tua. Bertahun-tahun dahulu, di Perancis, countess kehilangan hartanya ekoran permainan daun terup, dan kemudian memenanginya semula berkat rahsia tiga daun kemenangan, yang beliau pelajari daripada Count dari St. Germain yang amat terkenal. Hermann dihantui dengan keinginan untuk mendapatkan rahsia tersebut.

Countess, (yang sekarang berusia 87 tahun) menjaga seorang gadis muda, Lizavyeta Ivanovna. Hermann mengirim surat cinta kepada Lizavyeta, dan meyakinkannya untuk membolehkan Hermann memasuki rumah Countess. Di sana Hermann mendatangi countess dan mendesak agar diberitahu rahsia daun terup. Pada mulanya countess memberitahu Hermann yang cerita itu sebuah gurauan, akan tetapi Hermann tidak mempercayainya. Beliau mengulangi tuntutannya, akan tetapi countess berdiam diri. Hermann mengeluarkan pistolnya dan mengancam countess, dan wanita tua itu pun mati akibat terkejut. Hermann kemudian melarikan diri ke bilik Lizavyeta yang terletak di dalam bangunan yang sama. Di sana beliau mengaku telah membunuh countess akibat perasaan ketakutan yang amat yang timbul apabila beliau mengacukan pistolnya. Beliau mempertahankan dirinya dengan mengatakan yang pistol itu tidak berisi peluru. Beliau memboloskan diri dari rumah dengan bantuan Lizavyeta, yang berasa meluat apabila mengetahui bahawa ungkapan-unkapan cinta Hermann hanya menyembunyikan kerakusannya.

Hermann menghadiri majlis pengebumian countess, dan berasa amat takut apbila melihat countess yang berada d dalam keranda membuka matanya dan memandangya. Kemudian pada malam itu, hantu countess menjelma. Hantu itu menamakan daun terup rahsia (tiga, tujuh, daun sat), memberitahunya bahawa beliau hanya sekali setiap malam dan kemudian mengarahnya berkahwin dengan Lizavyeta. Hermann membawa segala wang simpanannya ke salon Chekalinsky, di mana orang kaya berjudi dengan pertaruhan tinggi. Pada malam pertama, Hermann bertaruh pada nombor tiga dan menang besar. Pada malam kedua, beliau menang apabila bertaruh pada nombor tujuh. Pada malam ketiga, beliau bertaruh pada daun sat – akan tetapi apabila daun terup dipertunjukkan, Hermann mendapati bahawa beliau telah bertaruh pada daun Ratu Sped, dan tidak pada daun sat, dan hialang kesemua pertaruhannya. Apabila Ratu kelihatan seolah-olah mengenyit mata kepadanya, Hermann lari dengan perasaan amat ketakutan.

Hermann menjadi gila dan dimasukkan ke dalam hospital orang gila. Beliau dimasukkan ke dalam Bilik 17, hospital Obukhov; beliau tidak apa jua soalan yang diacukan kepadanya, tetapi hanya mengumam dengan pantas: "Tiga, tujuh sat! Tiga, tujuh sat!".

Inspirasi[sunting | sunting sumber]

Watak countess tua berinspirasikan Puteri Natalya Petrovna Galitzine (Puteri Kumis) sementara Istana Ficquelmont yang kerap dilawati Pushkin, dipercayai menjadi model buat istana countess tua dalam cerita Pushkin ini.

Pushkin mungkin juga menggambarkan perasaannya sendiri terhadap countess Dolly de Ficquelmont melalui cinta Hermann buat Lise.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Binyon, Pushkin: A Biography, p. 424.
  2. ^ Binyon, Pushkin: A Biography, p. 444.
  3. ^ Ratu Sped // Puisi dan prosa pilihan. Penyelenggara B. Parnickel. KL: DBP, 2001

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Binyon, T. J. (2003). Pushkin: A Biography. HarperCollins. ISBN 0-00-637338-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

(Inggeris)

Opera Queen of Spades (complete) http://www.youtube.com/watch?v=qKXezcc4c6c