Ratu Dewana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ratu Dewana
Kulit buku Ratu Dewana.jpg
Buku Ratu Dewana ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCereka
PenerbitEyeroom editor & publisher
Tarikh penerbitan
2011
Jenis mediaBuku eletronik

Buku Ratu Dewana ialah sebuah buku eletronik yang diterbitkan di Malaysia pada 2011. Ia diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher dalam Bahasa Melayu.

RATU DEWANA adalah sebuah novel yang dihasilkan secara E-buku ataupun lebih dikenali sebagai i-Novel yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher pada tahun 2011 oleh Maharatu Rafidah Mohamad.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

i-Novel Ratu Dewana ini mengisahkan tentang tiga dunia yang harus bersatu demi menumpaskan kekejaman seorang wanita yang diberi gelaran sebagai Ratu Dewana. Namun apabila dunia itu bersatu, antara dunia pertama, dunia kedua dan dunia ketiga, baharulah mereka menyedari bahawa wanita itu sebenarnya adalah seorang wanita yang mulia.

Hanya kerana cintanya yang hanyut akibat rasa dendam dan hasutan telah membuatkan tiga dunia itu terpaksa berlawan antara kasih mereka kepadanya mahupun membiarkan sahaja Ratu Dewana menegakkan keadilan ke atas dirinya sendiri.

Almas Aimie Almukhalis yang menyamar sebagai Ratu Dewana itu terpaksa menipu Tengku Redhauddin tanpa menyedari lelaki itulah adalah lelaki yang bakal membunuh dirinya sendiri walaupun pada hakikat sebenarnya, lelaki itu jugalah yang telah membuka hatinya untuk menerima erti cinta sebenar.

Ia juga telah diterjemahkan ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Jerman.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]