Ratu The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ratu The Movie
RatuTheMovie01.jpg
Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penulis Shukor Mohaideen
Dibintangi oleh Eizlan Yusof
Fouziah Ghous
Pengedar Grand Brilliance
Mula ditayangkan
Mac 17, 2011 (2011-03-17)
Negara  Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.34 Juta [1]
Box office RM 200,000

Ratu The Movie merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 17 Mac 2011. Filem Ratu The Movie diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Ratu The Movie ditayangkan pada 17 Mac 2011 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Eizlan Yusof, Fouziah Ghous dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Ratu The Movie diarah oleh pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen pada 2011.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan sekumpulan 18 orang gadis yang menyertai Pertandingan Pesona Ratu. Filem dibuka dengan majlis pengumuman 10 orang peserta (daripada 18) dan bakal menyertai peringkat akhir. Peringkat akhir ini diadakan dalam format percutian menaiki sebuah kapal persiaran mewah.

Semasa hari pendaftaran, 2 orang peserta disingkirkan serta -merta kerana tiba lewat menjadikan hanya 8 orang peserta yang tinggal. Mereka diiringi oleh 4 orang urusetia.

Apabila tiba di sebuah pulau, mereka berlabuh untuk beristirehat dan berkhelah seketika. Apabila cuaca menunjukkan tanda -tanda ribut besar bakal melanda, Ketua Urusetia mengambil keputusan untuk berteduh seketika di pulau tersebut.

Daripada saat itu, seorang demi seorang dari kumpulan hilang secara misteri, dilihat diculik oleh sekumpulan manusia misteri yang mungkin mendiami pulau tersebut.

Akhirnya, didedahkan bahawa senario yang mencemaskan itu hanyalah satu ujian untuk memilih pemenang pertandingan tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Menurut Digitalcoconut:- "Keseluruhannya, penerbit ingin memberikan sesuatu yang segar kepada peminat filem tempatan. Namun secara peribadi, kejutan yang cuba dilakukan pada pengakhiran cerita sudah dapat diduga oleh saya. Ini kerana pihak penerbitan telah mempromosikannya sebagai 'Filem TV Realiti', satu strategi yang silap pada hemat saya. Prestasi lakonan agak mengecewakan tetapi boleh diterima kerana sebahagian pelakon adalah muka baru. Saya hanya dapat memberi rating 2/10 sahaja"

Selain itu, menurut Gua.com.my[2]:- "Bermula esok (17 Mac) filem terbaru arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen, Ratu The Movie akan memasuki pawagam di seluruh tanah air. Mempertaruhkan satu formula baru dalam penghasilan filem, Ratu The Movie menggabungkan sebuah program realiti dengan sebuah penghasilan filem bagi mencipta kelainan.

Namun hasilnya tidak begitu memuaskan hati. Sekali lagi GUA kecewa Professor Razak. Beliau gagal mencipta fenomena yang diharapkan. Memang benar usahanya mencari barisan pelapis layak diberi pujian tetapi peserta ini masih terlalu baru dan masing-masing belum layak berlakon filem. Lakonan mereka nampak tidak semulajadi. Malah, dialog yang dituturkan juga terlalu mengikut skrip. Senang cerita, macam ‘bahasa buku’.

Selain itu, GUA juga sakit telinga apabila peserta-peserta Pesona Ratu ini membuka mulut. Kedengaran seperti menjerit-jerit. Adakah kerana penataan bunyi filem yang tidak bagus, atau memang mereka cakap menjerit-jerit? Situasi ini cukup merimaskan sehingga terasa ingin keluar dari pawagam dengan segera. Kalau anda pernah menonton filem Mistik, pasti anda masih ingat dengan Rita Rudaini yang kerap menjerit tak tentu pasal. Ha! Macam itu jugalah filem ini."

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]