Rawilson Batuil

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rawilson Batuil
Maklumat peribadi
Nama penuh Rawilson Batuil[1]
Tarikh lahir (1994-04-29) 29 April 1994 (umur 29)
Tempat lahir Kota Marudu, Sabah, Malaysia
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah
Nombor 3
Kerjaya remaja
2014 Sabah B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014– Sabah 201 (7)
Pasukan kebangsaan
2018– Malaysia 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Disember 2023

Rawilson Batuil (lahir 29 April 1994, nama samaran: The One Club Man)[2][3][4] atau dikenali dengan nama panggilannya "Jipun"[5] merupakan pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Kota Marudu, Sabah yang bermain di posisi pertahanan tengah dan bermain sebagai kapten kedua atau kapten gantian untuk Kelab Bola Sepak Sabah selepas Park Tae-Soo.[6]

Rawilson mendapat nama samaran "The One Club Man" selepas Pengurus Sabah FC Sdn Bhd, Datuk Ong Kim Swee mengemas kini statistik Rawilson dalam catatan Instagramnya pada 2 Disember 2023 dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana mencapai 200 penampilan dalam pasukan bola sepak Sabah dengan 61 penampilan di Liga Super Malaysia, 97 perlawanan Liga Perdana Malaysia, 14 perlawanan Piala FA Malaysia, 26 perlawanan perebutan Piala Malaysia, dan 2 kali penampilan dalam Piala AFC.[7][8][9]

Kerjaya kelab bola sepak

Rawilson, yang berasal dari Kota Marudu,[10] telah menyertai pasukan senior Sabah pada 2014 daripada pasukan Bawah 21 tahun. Dia dinamakan sebagai kapten pasukan senior pada musim 2017 apabila Jelius Ating mengambil alih jawatan ketua jurulatih Sabah.[11] Rawilson mendapat nama samaran "The One Club Man" selepas Pengurus Sabah FC Sdn Bhd, Datuk Ong Kim Swee mengemas kini statistik Rawilson dalam catatan Instagramnya dengan kata kunci "One Club Man" pada 2 Disember 2023 dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana mencapai 200 penampilan dalam pasukan bola sepak Sabah dengan 61 penampilan di Liga Super Malaysia, 97 perlawanan Liga Perdana Malaysia, 14 perlawanan Piala FA Malaysia, 26 perlawanan perebutan Piala Malaysia, dan 2 kali penampilan dalam Piala AFC.[12][13]

Kerjaya penglibatan bola sepak nasional

Rawilson (juga dikenali sebagai "Jipun" di kalangan rakan sepasukan dan rakannya)[14] menerima panggilan pertamanya untuk pasukan senior kebangsaan Malaysia pada Mac 2018 berikutan persembahan mengagumkannya dengan pasukan Sabah FC pada suku pembukaan Liga Malaysia 2018.[15][16] Dia membuat penampilan sulung antarabangsanya bersama Malaysia dalam perlawanan menentang Kemboja pada 10 September 2018.[17]

Penghargaan

Sabah FA

Sabah FC

  • Sabah FC Milestone 2021-22 - 100 kemunculan
  • Sabah FC Milestone 2022-23 - 200 kemunculan (bergelar "The One Club Man")[18]

Rujukan

  1. ^ a b "Profil Rawilson Batuil". Football Malaysia. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  2. ^ Sentimen anak jati tebal, Feroz boleh ikut jejak Rawilson, Azam Azih muncul ‘one club man’ - SURIA
  3. ^ Tahniah Rawilson Batuil "The One Club Man", 200 perlawanan untuk anak jati Sabah dari Kota Marudu - Instagram (oks_rhinos)
  4. ^ 'The One Club Man', Syabas dan Tahniah kepada Rawilson Batuil - Instagram (officialsabahfc)
  5. ^ Ryan Stanley (14 March 2018). "Jipun tak mahu jadi pelengkap" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Rawilson sedia rebut tempat utama, Evan turut dipanggil skuad B21 negara". Utusan Borneo (dalam bahasa Malay). PressReader. 15 Mac 2018. Dicapai pada 19 Mac 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Sentimen anak jati tebal, Feroz boleh ikut jejak Rawilson, Azam Azih muncul ‘one club man’ - SURIA
  8. ^ Tahniah Rawilson Batuil "The One Club Man", 200 perlawanan untuk anak jati Sabah dari Kota Marudu - Instagram (oks_rhinos)
  9. ^ 'The One Club Man', Syabas dan Tahniah kepada Rawilson Batuil - Instagram (officialsabahfc)
  10. ^ "Rawilson sedia rebut tempat utama, Evan turut dipanggil skuad B21 negara". Utusan Borneo (dalam bahasa Malay). 15 March 2018. Dicapai pada 19 March 2018 – melalui PressReader.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Francis Xavier (9 March 2018). "Rawilson under Harimau Malaya radar". New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2018. Dicapai pada 19 March 2018.
  12. ^ Tahniah Rawilson Batuil "The One Club Man", 200 perlawanan untuk anak jati Sabah dari Kota Marudu - Instagram (oks_rhinos)
  13. ^ 'The One Club Man', Syabas dan Tahniah kepada Rawilson Batuil - Instagram (officialsabahfc)
  14. ^ Ryan Stanley (14 March 2018). "Jipun tak mahu jadi pelengkap" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Francis Xavier (15 March 2018). "Rawilson proud to get call-up". New Sabah Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2018. Dicapai pada 19 March 2018.
  16. ^ GL Oh (15 March 2018). "Sabah skipper wants to secure spot in M'sia squad". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 March 2018. Dicapai pada 19 March 2018.
  17. ^ Five things we learned from Cambodia 1-3 Malaysia. - Fox Sports.
  18. ^ 'The One Club Man', Syabas dan Tahniah kepada Rawilson Batuil - Instagram (officialsabahfc)

Pautan luar

Malaysia Borneo Utara