Pergi ke kandungan

Ray-D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ariff Hilmy bin Muhammad Amir (lahir 10 April 2005) lebih dikenali sebagai Ray-D merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Nama beliau mula meraih perhatian umum selepas menyertai program realiti Big Stage Alpha yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2025.

Ray-D
Kelahiran
Ariff Hilmy bin Muhammad Amir

(2005-04-10) 10 April 2005 (umur 20)
WarganegaraMalaysia
Nama lainRay-D
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2021–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
Syarikat rakamanRocketfuel Entertainment
Kegiatan berkaitanAriel Fesol
Afiq Sky
Daniel Sher
Rizal Rasid
Araff
Izzat Ibrahim

Ray-D berjaya menamatkan saingan dalam pertandingan tersebut dengan merangkul Naib Juara akhir Big Stage Alpha. Pada Jun 2025, program itu melabuhkan tirainya dengan menobatkan tujuh finalis terbaik untuk membentuk sebuah kumpulan muzik lelaki baharu yang dinamakan ALPHA.

Ray-D merupakan salah seorang daripada tujuh ahli terpilih dan kini aktif sebagai anggota kumpulan tersebut. Mereka tampil dengan lagu debut berjudul "Mona Lisa (Bang Bang)", yang menjadi langkah pertama dalam perjalanan seni mereka sebagai sebuah kumpulan.[1]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Label Catatan
2025 "Mona Lisa (Bang Bang)" Rocketfuel Entertainment Single Debut Kumpulan ALPHA
"P. Ramlee & Saloma" OST Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure
"Sahabat" Lagu Tema Kempen Astro Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
"Bujang (Versi ALPHA)" OST Drama (Viu) Satu, Dua... Dia?
"Hambamu Versi 2025" (Mawi, ALPHA feat UNIC) Mualim Muda
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2025 Satu, Dua...Dia? Pelajar Lelaki Viu Drama pertama

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2025 Big Stage Alpha Peserta Astro Ria
Alpha Dreams Unlocked Dirinya Sendiri

Media Sosial

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Rocketfuel Network (2025-07-06), Mona Lisa (Bang Bang) - ALPHA (Official Music Video), dicapai pada 2025-09-18