Raymond Firth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raymond Firth
Kelahiran(1901-03-25)25 Mac 1901
Meninggal dunia22 Februari 2002(2002-02-22) (umur 100)
PekerjaanAhli etnologi
PasanganRosemary Firth née Upcott

Sir Raymond William Firth, Anugerah Penghargaan New Zealand (New Zealand Order of Merit - CNZM), Akademi British - FBA, (25 Mac 190122 Februari 2002) merupakan ahli etnologi daripada New Zealand. Hasil dari kerja etnografi Firth, tabiat sebenar masyarakat (organisasi masyarakat) dibezakan dengan peraturan ideal dalam masyarakat tertentu (struktur masyarakat). Dia merupakan Profesor Antropologi paling lama berkhidmat di London School of Economics, dan dianggap sebagai secara berseorangan membentuk sejenis antropologi ekonomi British.[1]

Kehidupan awal dan kerjaya akademik[sunting | sunting sumber]

Firth dilahirkan di Tamaki, pinggar bandar Auckland, New Zealand pada 1901, anak kepada Wesley dan Marie Firth. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Gramar Auckland, dan kemudiannya di Kolej "Auckland University", di mana dia mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada 1921.[2] Dia mengambil Ijazah Lanjutan (MA) di situ pada 1922, dan diploma dalam sains sosial pada 1923.[3] Pada tahun 1924 dia memulakan penyelidikan kedoktorannya di Kajian Ekonomi London (London School of Economics). Pada awalnya dia bertujuan menamatkan tesis dalam ekonomi, pertemuan tak dirancang dengan ahli antropologi sosial terkemuka, Bronislaw Malinowski mendorongnya bagi menukar bidang kajiannya kepada 'campuran teori ekonomi dan antropologi dengan etnografi Pasifik'.[2] Kemungkinannya pada tempoh ini di England dia bekerja sebagai pembantu penyelidikan kepada Sir James G Frazer, pengarang The Golden Bough.[4] Thesis doktorate Firth diterbitkan pada 1929 sebagai Ekonomi Primitif Māori New Zealand (Primitive Economics of the New Zealand Māori).

Selepas menerima PhDnya pada tahun 1927 Firth kembali ke hemisfera selatan bagi menjawat jawatan di Universiti Sydney, sungguhpun dia tidak mengajar serta merta kerana wujud peluang penyelidikan. Pada 1928 dia pada mulanya melawat Tikopia, paling selatan bagi Kepulauan Solomon, bagi mengkaji masyarakat Polynesian yang masih belum disentuh di situ, bertahan dari pengaruh luar dan masih mengamal kepercayaan pagan dan ekonomi tidak berkembang.[2] Ini merupakan perhubungan yang panjang dengan 1,200 orang di pulau terpencil sepanjang empat batu, dan menghasilkan sepuluh buku dan banyak rencana sepanjang beberapa tahun. Yang pertama dari ini, We the Tikopia: A Sociological Study of Kinship in Primitive Polynesia diterbitkan pada 1936 dan tujuh puluh tahun berikut masih digunakan sebagai asas bagi banyak kursus universiti berkenaan Oceania.[5]

Pada 1930 dia mula mengajar di Universiti Sydney. Apabila Alfred Radcliffe-Brown berlepas ke Chicago, Firth menggantinya sebagai (acting) Profesor. Dia turut menggantikan Radcliffe-Brown acting editor kepada journal Oceania, dan sebagai acting director kepada Anthropology Research Committee bagi Australian National Research Committee.

Selepas 18 bulan dia kembali ke London School of Economics pada 1933 untuk mengambil (lectureship) dan dilantik sebagai Jawatan Reader pada 1935. Bersama dengan isterinya Rosemary Firth, yang juga seorang ahli antropologi terkenal, dia melakukan kerja lapangan di Kelantan dan Terengganu di British Malaya pada 1939-1940.[6] Semasa Perang Dunia II Firth bekerja dengan risikan tentera laut British, terutamanya menulis dan menyunting empat jilid Buku Panduan Perisikan Tentera Laut (Naval Intelligence Handbooks) berkaitan dengan Kepulauan Pasifik.[7]. Dalam tempoh ini Firth ditempatkan di Cambridge, di mana LSE ditempatkan semasa perang.

Firth menggantikan Malinowski sebagai Profesor Sosial Antropologi di LSE pada tahun 1944, dan dia kekal di situ bagi 24 tahun berikut.[2] Dia kembali ke Tikopia bagi lawatan penyelidikan beberapa kali, sungguhpun keperluan mengembara dan kerja lapangan menjadi semakin membebankan dia menumpu kepada kepada hubungan keluarga dan persaudaraan dalam kelas pekerja dan pertengahan di London.[6] Firth meninggalkan LSE pada 1968, di mana dia mengambil perlantikan setahun sebagai Profesor Antropologi pasifik di Universiti Hawaii. Selepas itu sebagai (visiting professorships) di British Columbia (1969), Cornell (1970), Chicago (1970-1), Graduate School of the City University of New York (1971) dan UC Davis (1974). Festschrift kedua yang diterbitkan sebagai penghormatan kepada dirinya menggambarkannya sebagai guru antropologi teragung yang masih hidup.[3]

Selepas bersara dari kerja pengajarannya, Firth meneruskan minat penyelidikannya, dan sehingga berusian seratus tahun, dia masih menghasilkan rencana. Dia meninggal di London beberapa minggu sebelum harijadinya yang ke 101: bapanya hidup sehingga 104.

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

  • 1940 Ahli Akademi British
  • 1973 Knighted
  • 2001 New Zealand Order of Merit / Companion of the New Zealand Order of Merit
  • 2002 Medal Leverhulme pertama bagi sarjana kecermerlangan antarabangsa

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Firth berkahwin dengan Rosemary Firth (née Upcott) pada 1936. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Hugh, yang dilahirkan pada 1946. Rosemary meninggal apda 2001. Dilahirkan sebagai Methodist, Firth kemudian menjadi humanism, keputusan yang dipengaruhi oleh kajian antropologinya.[8]

Rintihan Māori (poroporoaki) pada Sir Raymond Firth[sunting | sunting sumber]

Dikarang bagi pihak Masyarakat Polynesian oleh Presidennya masa itu, Profesor Sir Hugh Kawharu (terjemahan Melayu)[2]

Anda kini tinggalkan kami, Sir Raymond
Tubuhmu ditikam tombak kematian
Dengan itu selamat tinggal. Selamat tinggal,
Sarjana terkenal di dewan pengajian diseluruh dunia
'Nakoda Pasifik'
'Helang Hitam ' Tamaki.
Mungkin pada akhirnya anda tidak mampu menyempurnakan kesemuanya
Rancangan penyelidikan yang anda tetapkan ke atas diri anda
Tetapi tidak mengapa! Warisan yang sungguh mengkagumkan anda tinggalkan
akan berkekalan bukti kedudukan anda.
Tambahan lagi, semangat anda masih hidup dikalangan kami,
Kami, yang berpisah darimu di New Zealand,
di Tikopia dan lain-lainnya.
Berehatlah, bapa. Rehat, selamanya,
dengan aman, dan dalam jagaan Yang Berkuasa.

Bibliografi terpilih[sunting | sunting sumber]

  • 'The Korekore Pa' Journal of the Polynesian Society 34:1–18 (1925)
  • 'The Māori Carver' Journal of the Polynesian Society 34:277–291 (1925)
  • Primitive Economics of the New Zealand Māori London: George Routledge and Sons (1929)
  • We the Tikopia: A Sociological Study of Kinship in Primitive Polynesia London: Allen and Unwin (1936)
  • Human Types: An Introduction to Social Anthropology (1938)
  • Primitive Polynesian Economy London: Routledge & Sons, Ltd (1939)
  • The Work of the Gods in Tikopia Melbourne: Melbourne University Press (1940, 1967)
  • 'The Coastal People of Kelantan and Trengganu, Malaya' Geographical Journal 101(5/6):193-205 (1943)
  • Pacific Islands Volume 2: Eastern Pacific (ed, with J W Davidson and Margaret Davies), Naval Intelligence Division Geographical Handbook Series, HMSO (November 1943)
  • Pacific Islands Volume 3: Western Pacific (Tonga to the Solomon Islands) (ed, with J W Davidson and Margaret Davies), Naval Intelligence Division Geographical Handbook Series, HMSO (December 1944)
  • Pacific Islands Volume 4: Western Pacific (New Guinea and Islands Northwards) (ed, with J W Davidson and Margaret Davies), Naval Intelligence Division Geographical Handbook Series, HMSO (August 1945)
  • Pacific Islands Volume 1: General Survey (ed, with J W Davidson and Margaret Davies), Naval Intelligence Division Geographical Handbook Series, HMSO (August 1945)
  • Malay Fishermen: Their Peasant Economy London: Kegan Paul, Trench, Trubner (1946)
  • Elements of Social Organization London: Watts and Co (1951)
  • 'Social Organization and Social Change' Journal of the Royal Anthropological Institute 84:1–20 (1954)
  • 'Some Principles of Social Organization' Journal of the Royal Anthropological Institute 85:1–18 (1955)
  • Man and Culture: An Evaluation of the Work of Malinowski Raymond Firth (ed) (1957)
  • Economics of the New Zealand Māori Wellington: Government Printer (1959)
  • Social Change in Tikopia (1959)
  • Essays on Social Organization and Values London School of Economics Monographs on Social Anthropology, no. 28. London: Athlone Press (1964)
  • Tikopia Ritual and Belief (1967)
  • 'Themes in Economic Anthropology: A General Comment' in Themes in Economic Anthropology Raymond Firth, ed. 1–28. London: Tavistock (1967)
  • Rank and Religion in Tikopia (1970)
  • History and Traditions of Tikopia (1971)
  • Symbols: Public and Private (1973)
  • 'The Sceptical Anthropologist? Social Anthropology and Marxist Views on Society' in Marxist Analyses and Social Anthropology M. Bloch, ed. 29–60. London: Malaby (1975)
  • 'An Appraisal of Modern Social Anthropology' Annual Review of Anthropology 4:1–25 (1975)
  • 'Whose Frame of Reference? One Anthropologist’s Experience' Anthropological Forum 4(2):9–31 (1977)
  • 'Roles of Women and Men in a Sea Fishing Economy: Tikopia Compared with Kelantan' in The Fishing Culture of the World: Studies in Ethnology, Cultural Ecology and Folklore Béla Gunda (ed) Budapest: Akadémiai Kiadó 1145-1170 (1984)
  • Taranga Fakatikopia ma Taranga Fakainglisi: Tikopia-English Dictionary (1985)
  • Tikopia Songs: Poetic and Musical Art of a Polynesian People of the Solomon Islands (1990)
  • Religion: A Humanist Interpretation (1996)
  • 'Tikopia Dreams: Personal Images of Social Reality' Journal of the Polynesian Society 110(1):7–29 (2001)
  • 'The Creative Contribution of Indigenous People to Their Ethnography' Journal of the Polynesian Society 110(3):241–245 (2001)

Sumber lain[sunting | sunting sumber]

  • Feinberg, Richard, and Karen Ann Watson-Gegeo (eds) (1996) Leadership and Change in the Western Pacific: Essays Presented to Sir Raymond Firth on Occasion of his 90th Birthday London School of Economics Monographs on Social Anthropology. London: Athlone (third festschrift for Raymond Firth)
  • Freedman, Maurice (ed) (1967) Social Organization: Essays Presented to Raymond Firth Chicago: Aldine (first festschrift for Raymond Firth)
  • Macdonald, Judith (2000) 'The Tikopia and "What Raymond Said"' in Sjoerd R. Jaarsma and Marta A. Rohatynskyj (eds), Ethnographic Artifacts: Challenges to a Reflexive Anthropology Honolulu: University of Hawaiʻi Press 107-123
  • Parkin, David (1988) 'An interview with Raymond Firth' Current Anthropology 29(2):327-341
  • Watson-Gegeo, Karen Ann, and S. Lee Seaton, (eds) (1978) Adaptation and Symbolism: Essays on Social Organization Honolulu: University of Hawaiʻi Press (second festschift for Sir Raymond Firth)

Kertas kerja[sunting | sunting sumber]

Sir Raymond Firth's papers (including his photographic collection) are held at the London School of Economics

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bloch, Maurice (2002). ""Obituary: Sir Raymond Firth"". The Guardian (UK). Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e Huntsman, Judith, 2003, 'Raymond Firth 1901-2002' American Anthropologist 105(2):10-13
  3. ^ a b Watson-Gegeo, Karen (1988). ""Raymond Firth"". asao.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-03. Dicapai pada November 29. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ de Lepervanche, Marie (2002). ""Obituary: Sir Raymond Firth"". Australian Journal of Anthropology. Dicapai pada November 29. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Macdonald, Judith (2002). ""Sir Raymond Firth 1901-2002"". Oceania. Dicapai pada November 29. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. ^ a b Ortiz, Sutti, 2004, 'Sir Raymond Firth' Proceedings of the American Philosophical Society 148(1):129-133
  7. ^ ""The Naval intelligence Handbooks"" (PDF). Progress in Human Georgaphy, 27,2. 2003. Dicapai pada November 29. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  8. ^ Kitchin, Peter (2002). ""Sir Raymond (William) Firth"". The Independent (UK). Dicapai pada November 29. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); line feed character in |work= at position 17 (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]