Razak Pimpong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Razak Pimpong
Razak Pimpong.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhRazak Pimpong
Tarikh lahir (1982-12-30) 30 Disember 1982 (umur 36)
Tempat lahirAccra, Ghana
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainanPenyerang
Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniRingkøbing IF
Kerjaya remaja
Golden Tulip
Great Olympics
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2000–2006Midtjylland125(22)
2006–2007Copenhagen21(0)
2007–2009Viking16(2)
2008Aalesund (pinjam)8(0)
2009El Masry10(0)
2009–2013Viborg98(6)
2013–Ringkøbing0(0)
Pasukan kebangsaan
2002–2006Ghana10(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 29 April 2011.
† Kemunculan (Gol).

Razak Pimpong (lahir 30 Disember 1982) merupakan pemain bola sepak Ghana yang bermain sebagai penyerang dan pemain tengah untuk kelab Divisyen ke-2 Barat Denmark, Ringkøbing IF.

Karier[sunting | sunting sumber]

Pimpong dibawa dari Ghana ke Denmark oleh FC Midtjylland, dan membuat penampilan sulung untuk pasukan itu pada tahun 2000. Dia bermain lebih daripada 100 kali untuk FCM, menjaringkan 25 gol liga untuk kelab itu. Pada bulan Julai 2005, dia bersetuju untuk berpindah ke F.C. København bermula bulan Januari 2006.

Pimpong gagal mencapai kejayaan di FCK. Satu-satunya gol untuk FCK datang pada April 2006.[1] Dia masuk pada minit ke-69 dan menjaringkan gol pada minit ke-89 sebelum dibuang padang pada masa kecederaan.

Pada tahun 2007, Pimpong berpindah ke kelab Norway, Viking FK.[2] Dia menandatangani kontrak untuk kekal di kelab itu sehingga tahun 2010.[3]

Pada bulan Februari 2009, kelab Mesir, Al-Masry menandatangani Pimpong dari Viking FK.[4] Beberapa bulan kemudian, pada 27 Julai 2009, dia menyertai kelab Denmark, Viborg FF.[5]

Pada 24 Jun 2013, dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional tetapi sebulan kemudian dia menyesal dengan keputusannya dan menandatangai kontrak enam bulan bersama kelab Divisyen ke-2 Barat Denmark, Ringkøbing IF.[6]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pimpong merupakan ahli skuad Ghana ketika Olimpik 2004. Dia dipanggil ke skuad Ghana untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Dia telah bermain sembilan perlawanan untuk pasukan kebangsaan Ghana.[7]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]