Razali Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Razali Alias
Maklumat peribadi
Nama penuhMohamad Razali bin Alias
Tarikh lahir1961
Tempat lahirSingapura
Tarikh kematian27 Januari 2012 (umur 51)
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1977–1981Singapura
1982–1992Selangor FA
Pasukan kebangsaan
1980-1982Singapura
Pasukan diurus
2005-2007Selangor FA (penolong ketua jurulatih)
2007-2008Proton FC (ketua jurulatih)
2009ATM FA (ketua jurulatih)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Razali Alias (1961 – 27 Januari 2012) merupakan seorang bekas pemain dan jurulatih bola sepak.

Dilahirkan di Singapura, beliau memulakan kariernya di Singapura bersama pasukan nasional Singapura,[1] namun beliau lebih terkenal sebagai penyerang untuk Selangor FA pada era 80-an, membawa pasukannya menjulang Piala Malaysia pada tahun 1982,1984 dan 1986. Beliau menjaringkan gol penyamaan untuk Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1986 menentang Johor FA, di mana Selangor bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menang 6-1.[2]

Beliau juga pernah mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Singapura pada kejohanan pra Piala Dunia.[3]

Beliau pernah melatih kelab Proton FC, dan menjadi penolong jurulatih Selangor FA dari tahun 2005 hingga 2007. Beliau juga pernah mengemudi pasukan ATM FA sebagai ketua jurulatih pada tahun 2009.

Beliau meninggal dunia pada 27 Januari 2012 di Hospital Selayang, akibat penyakit Hepatitis B.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]