Razif Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato’
Razif Sidek
Maklumat peribadi
Nama timanganAjib
Nama kelahiranMohamed Razif bin Mohd Sidek
Negara Malaysia
Lahir (1962-05-29) 29 Mei 1962 (umur 61)
Banting, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Tinggi1.74 m (5 ka 9 in)
Berat70 kg (154 lb; 11 st 0 lb)
Tahun aktif1980-kini
AcaraBeregu lelaki
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Malaysia
Sukan Olimpik
Pingat gangsa – tempat ketiga 1992 Barcelona Beregu lelaki
Kejohanan Dunia BWF
Pingat perak – tempat kedua 1987 Beijing Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1989 Jakarta Beregu lelaki
Piala Dunia
Pingat emas – tempat pertama 1990 Bandung/Jakarta Beregu lelaki
Pingat emas – tempat pertama 1991 Macau Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1988 Bangkok Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1983 Kuala Lumpur Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1984 Jakarta Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1985 Jakarta Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1987 Kuala Lumpur Beregu lelaki
Piala Thomas
Pingat emas – tempat pertama 1992 Kuala Lumpur Berpasukan
Pingat perak – tempat kedua 1988 Kuala Lumpur Berpasukan
Pingat perak – tempat kedua 1990 Tokyo Berpasukan
Pingat perak – tempat kedua 1994 Jakarta Berpasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga 1986 Jakarta Berpasukan
Sukan Komanwel
Pingat emas – tempat pertama 1982 Brisbane Beregu lelaki
Pingat emas – tempat pertama 1990 Auckland Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1982 Brisbane Perseorangan lelaki
Sukan Asia
Pingat perak – tempat kedua 1990 Beijing Berpasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1990 Beijing Beregu lelaki
Kejohanan Asia
Pingat emas – tempat pertama 1992 Kuala Lumpur Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1985 Kuala Lumpur Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1985 Kuala Lumpur Berpasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1989 Shanghai Berpasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1994 Shanghai Beregu lelaki
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama 1985 Bangkok Beregu lelaki
Pingat emas – tempat pertama 1989 Kuala Lumpur Berpasukan lelaki
Pingat emas – tempat pertama 1991 Manila Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1981 Manila Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1981 Manila Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1983 Singapura Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1985 Bangkok Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1989 Kuala Lumpur Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua 1991 Manila Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 1981 Manila Beregu campuran
Pingat gangsa – tempat ketiga 1983 Singapore Beregu campuran
Pingat gangsa – tempat ketiga 1985 Bangkok Beregu campuran
Profil BWF

Dato' Mohamed Razif bin Dato' Haji Mohd Sidek (nama singkatan: Ajib; lahir 29 Mei 1962 di Banting, Selangor) merupakan bekas pemain badminton lelaki profesional Malaysia.[1]

Beliau merupakan anak kedua selepas Misbun antara kelima-lima anak-anak Sidek yang bermain badminton. Beliau sering bermain secara beregu dengan adik lelakinya, Jalani. Razif dan Jalani memenangi gelaran Kejohanan Seluruh England pada 1982 selepas menumpaskan pasangan Scotland, Billy Gilliland dan Dan Travers.

Beliau juga merupakan anggota skuad Malaysia yang memenangi Piala Thomas buat kali pertama dalam 25 tahun, dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Nasional pada 1992.[2] Beliau melakar sejarah menjadi atlet Malaysia pertama memenangi pingat Sukan Olimpik pada temasya Barcelona 1992. Mereka merangkul pingat gangsa buat Malaysia setelah mencapai separuh akhir kategori beregu lelaki yang mana mereka tewas kepada pasangan Korea, Park Joo-bong dan Kim Moon-Soo.

Semasa perjalanan kerjayanya dengan Jalani, mereka merupakan antara empat beregu terbaik di dunia (Park Joo-bong/Kim Moon-soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo) dari era 1980-an hingga awal 1990-an. Selepas bersara sebagai pemain badminton, beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaysia dari 1994 hingga 1996.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah anak ketiga daripada enam beradik juga yang kedua dari lima Sidek bersaudara yang terkenal, dan mempunyai hubungan erat dengan bapanya. Razif dan adik-beradiknya mendapat pendedahan mengenai sukan badminton dari bapa mereka, Haji Mohd Sidek. Di bawah bimbingan bapanya, Razif dan adik-beradik yang lain dilatih menjadi juara. Razif adalah alumni Victoria Institution (kumpulan 1974-1980).[3]

Beliau berkahwin dengan Khalidah Khalid pada 1984 dan dikurniakan lima anak. Pada Februari 2017, Razif menafikan khabar angin tersebar di media sosial mengatakan beliau sudah meninggal dunia.[4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian (dengan Jalani)[sunting | sunting sumber]

  • Juara Seluruh England 1982
  • Juara Terbuka Kanada 1983, 1984, 1991
  • Juara Terbuka Malaysia 1985, 1986, 1987
  • Juara Grand Prix Dunia 1986, 1988, 1989, 1991
  • Juara Terbuka Jepun 1986
  • Juara Terbuka Taiwan 1986, 1989, 1991
  • Juara Terbuka Indonesia 1988, 1990
  • Juara Terbuka China 1989
  • Juara Terbuka Hong Kong 1988, 1989
  • Juara Sukan Sea 1989, 1991 (berpasukan lelaki)
  • Juara Sukan Komanwel 1990
  • Juara Piala Dunia 1990, 1991
  • Juara Terbuka A.S 1991
  • Juara Kejohanan Badminton Asia 1992
  • Juara Piala Thomas 1992 (berpasukan lelaki)
  • Sukan Olimpik 1992 (pingat gangsa)

Pencapaian (dengan Ong Beng Teong)[sunting | sunting sumber]

  • Juara Sukan Komanwel 1982

Pencapaian sebagai pemain perseorangan[sunting | sunting sumber]

  • Sukan Komanwel 1982 (pingat gangsa)

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

Anak-Anak Sidek[sunting | sunting sumber]

Razif diperwatak sebagai Ajib dalam komik dan siri televisyen animasi Anak-anak Sidek. Perwatakannya digambarkan sebagai seorang yang kuat mengadu kepada Haji Sidek mengenai aktiviti Bun (Misbun) dan Alan (Jalani). Beliau juga sering dibuli oleh abangnya, Misbun dan menjadi anak emas bapanya kerana kerajinannya bermain badminton.

Di dalam komik bilangan keenam, "Ajib Tunjuk Belang", Razif pernah mengalami kecederaan di tangan kiri akibat tergelincir di kawasan berair selepas bermain tarik pokok pinang dengan adiknya Adul (Rashid).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.freehosting.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2016. Dicapai pada 19 Jun 2016.
  2. ^ "Master strokes in 1992 - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 11 July 2016.
  3. ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.freehosting.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-27. Dicapai pada 19 June 2016.
  4. ^ "Razif Sidek masih hidup - Rashid". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2017.
  5. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
  6. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.
  7. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-08-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]