Razzi Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Razzi Rahman merupakan bekas pekerja MAS yang telah menjadi penyanyi selepas mendapat tempat ke 3 di dalam Bakat MAS 91. Beliau terkenal menerusi lagu Syakila, dari album pertamanya, Cerpen. Di mana lagu Syakila telah membawa Razzi Rahman ke peringkat akhir di ANUGERAH JUARA LAGU KE 7.

Rembulan Kesiangan, sebuah lagi lagu dari album Cerpen juga telah menjadi lagu hit yang mempopularkan Razzi Rahman hingga ke Singapura dan Brunei. Dan album keduanya pula, Ke Dasar Cintamu, 1995, telah menjadi OST Filem Putera lakonan Joe Wings.

Razzi Rahman juga pernah berlakon di dalam Filem Merah bersama Awie, Ziana Zain dan M.Nasir. Beliau juga telah berlakon di dalam beberapa drama dan 40 episod, Drama Pendekar, Cendana Pura.

Selain menyanyi dan berlakon, beliau juga telah menulis 2 buah buku sejak 2006. Dan telah menghasilkan 14 ebooks kesemuanya.

Kini, 2022 Razzi Rahman bertugas sebagai CEO kepada syarikat Jutawan Internet Antarabangsa, Irfan Khairi, sejak 2011 lagi.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Cerpen (1992)
  • Ke Dasar Cinta Mu (1995)
  • Selamanya (2010)

Single[sunting | sunting sumber]

  • Kerana (2010)
  • Satu (2012)
  • Perangkap Fitnah (2020)
  • Bila (2020)
  • Utusan Cinta (2021)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]