Reaktor lapisan kelikir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Reaktor lapisan kelikir (Jawi: رياكتور لاڤيسن كليكير; pebble-bed reactor, PBR) ialah satu reka bentuk bagi reaktor nuklear dengan moderator-grafit, penyejuk gas. Reaktor ini ialah sejenis reaktor suhu tinggi, salah satu daripada enam kelas reaktor dalam Reaktor generasi IV.

Lakaran reaktor lapisan kelikir.
Kelikir grafit untuk reaktor

Rekabentuk asas reaktor lapisan kelikir ialah elemen bahan api yang dinamai kelikir. Kelikir yang bersaiz bola tenis (diamter 6.7 cm atau 2.6 in) dibuat daripada karbon pirolitik (yang bertindak sebagai moderator), dan mengandungi beribu partikel bahan api mikro yang dinamai partikel (TRISO). Partikel TRISO terdiri daripada bahan fisil seperti uranium-235 (U235) dikelilingi lapisan seramik silikon karbid untuk keteguhan struktur dan penyimpanan produk pembelahan. Dalam PBR, beribu-ribu kelikir dikumpul untuk menghasilkan teras reaktor, dan disejukkan oleh gas, seperti helium, nitrogen, atau karbon dioksida, yang tidak bertindakbalas dengan bahan api. Bahan penyejuk yang lain seperti FLiBe (aloi leburan Litium, Fluorin, Berilium) telah dicadangkan untuk digunakan dalam reaktor lapisan kelikir.

Beberapa contoh reaktor jenis ini dikatakan sebagai selamat secara pasif.[1] yang bermaksud sistem keselamatan aktif tidak diperlukan.

Kerana reaktor direka untuk mengendalikan suhu tinggi, ia dapat disejukkan oleh pengudaraan semulajadi dan masih selamat dalam keadaan kemalangan, yang akan meningkatkan suhu reaktor sehingga 1600 °C. Disebabkan rekaannya, suhu tinggi membenarkan kecekapan haba yang lebih tinggi daripada reaktor nuklear tradisional (sehingga 50%) dan mempunyai kelebihan yang gas tidak melarutkan pencemar atau menyerap neutron sebagaimana air. Oleh itu teras mempunyai kurang bendalir radioaktif.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Sains Kimia | Kejuruteraan | Fizik | Nukleus atom| Pembelahan |Pelakuran | Sinaran | Mengion |Bremstrahlung | Cherenkov |Neutron
Bahan api Tritium | Deuterium | Helium-3 | Bahan subur | Bahan boleh belah | Pengasingan isotop | Bahan nuklear | Uranium | diperkaya | susut | Plutonium | Torium
Neutron Pengaktifan neutron | Tangkapan neutron | Racun neutron | Keratan rentas neutron |Penjana neutron |Sinaran neutron | Pemantul neutron | Suhu neutron |Neutron cepat
Kuasa Kuasa nuklear mengikut negara | Loji kuasa nuklear | Kemalangan dan insiden | Pelakuran | Penjana termoelektrik radioisotop | Pendorongan nuklear|Roket terma nuklear | Keselamatan Nuklear
Perubatan nuklear (PET) | Terapi proton | Tomoterapi | Brakiterapi | Terapi sinaran
Kitar bahan api nuklear Sisa radioaktif | uranium diproses semula | plutonium gred senjata | Bahan api nuklear terpakai | Kolam storan bahan api | Transmutasi nuklear | Pemprosesan semula nuklear
Senjata nuklear Kesan letupan nuklear | Peperangan nuklear | Percambahan senjata nuklear | Perlumbaan senjata nuklear | Reka bentuk senjata nuklear | Sejarah senjata nuklear | Senarai negara bersenjata nuklear | Senarai ujian nuklear
Reaktor nuklear




Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kadak, A.C. (2005). "A future for nuclear energy: pebble bed reactors, Int. J. Critical Infrastructures, Vol. 1, No. 4, pp.330–345" (PDF).