Real3D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Real3D
Industri Semikonduktor
Nasib Muflis,[1] aset diberi Intel
Pengganti Intel
Ditubuhkan 1996
Dibubarkan 1999[1]
Ibu pejabat Orlando, Amerika Syarikat
Perancang utama Lockheed
Produk Real3D Starfighter, Lightspeed dan sistem permainan arked.

Real3D, Inc. ialah bekas sebuah syarikat yang memajukan pembinaan papan grafik arked dan juga kad grafik untuk komputer peribadi yang hanya beroperasi selama tiga tahun, bermula pada tahun 1996 sehingga tahun 1999.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Real3D bermula apabila General Electric telah menjual telah menjual pegangan bahagian ruang angkasa (GE Aerospace) kepada Martin Marietta. Pada tahun 1995, Martin Marietta dan Lockheed digabungkan menjadi Lockheed Martin, iaitu satu syarikat pengeluar senjata terbesar didunia. Daripada gabungan ini, Lockheed Martin memutuskan untuk mencipta satu pasaran teknologi pemprosesan grafik untuk kegunaan awam dengan menubuhkan Syarikat Real3D, dengan penyertaan oleh Intel dan SGI.

Pada tahun 1999, Real3D menyaman ATI Technologies akibat daripada penyalahgunaan paten mereka (pada asalnya hak milik General Electric pada tahun 1988 dan 1990) bersama dengan penyalahgunaan rahsia perdagangan (termasuk mengambil sebahagian pekerja juruteknik Real3D).

Sehingga 1 Oktober 1999, Real3D dipaksa menggulung tikar dan Lockheed menjual kesemua pegangan Real3D kepada Intel pada 14 Oktober 1999. Berikutan penjualan itu, Intel telah memecat kesemua pekerja Real3D dan menutup pejabat mereka di Orlando. Apa yang menarik, ATI telah membuka semula pejabat mereka di Orlando dan mendapatkan kebanyakan bekas pekerja rekacipta Real3D untuk menyertai syarikat ATI Technologies.

Sejarah berkaitan Real3D[sunting | sunting sumber]

  • Sejarah Real3D berkait rapat dengan sejarah penciptaan Simulasi Visual Dermaga Ruang Angkasa GE (GE Aerospace Visual Docking Simulator) untuk Pendaratan Qamari Kapal Angkasa Apollo
  • Teknologi Real3D digunakan untuk lebih 200,000 papan induk sistem permainan arked Sega Model2 dan Sega Model3, iaitu dua sistem permainan arked yang terkemuka dalam sejarah.
  • Real3D mempunyai pegangan lebih daripada 40 paten dalam perisian dan perkakasan pemprosesan grafik 3D (inilah yang menarik minat Intel untuk membeli pegangannya).
  • Real3D mempunyai kaitan dengan syarikat pengeluar kad grafik moden yang terbesar NVIDIA. Permulaannya, NVIDIA memperoleh kesemua sumber pembangunan grafik daripada syarikat SGI, termasuklah pegangan 10% mereka dalam Real3D. Selepas itu, apabila NVIDIA memperoleh harta intelek teknologi 3Dfx, mereka mendapatkan perlesenan penggunaan paten Real3D.
  • Real3D mempunyai kaitan pula dengan ATI Technologies. Dua syarikat ini terlibat dalam fail saman penyalahgunaan paten yang dibuat oleh Real3D sehingga pada tahun 2001, iaitu memeterai perjanjian yang memberi kebebasan ATI Technologies untuk menggunakan paten Real3D.
  • Kad grafik AGP yang telah dicipta oleh Real3D adalah bahagian Intel740 yang dijual atas jenama Starfighter dan Lightspeed.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sec tidak disediakan