Real Argentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Real Argentina
ريال ارڬينتينا
Real argentino
Dua syiling emas 8 escudo dari Provinsi Bersatu Río de la Plata (1828)Dua syiling emas 8 escudo dari Gabungan Argentina (1836)
Jenis mata wang
Superunit
 16escudo
 8peso
Subunit
 1/10décimo
Simbol$
Wang kertas1, 2, 3, 5, 10, 20, 40, 50, 100, 200, 500, 1000 peso
Syiling
  • ½, 1, 2, 4, 8 real
  • ½, 1, 2, 4, 8 sol
  • 1, 2, 4, 8 escudo
Demografi
Pengguna
 Argentina
Kotak info ini menunjukkan status terkini sebelum mata wang ini menjadi lapuk.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Real merupakan mata wang yang diguna pakai di negara Argentina sehingga tahun 1881. Dari tahun 1822, ia dibahagikan dengan 10 décimos. Mata wang sol juga dikeluarkan semasa tempoh ini dan bersamaan dengan real, manakala peso bernilai 8 real dan escudo bernilai 16 real.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Real perak (real jajahan Sepanyol) diedarkan bersendirian sehinggalah tahun 1813 apabila Argentina mula mengeluarkan syilingnya sendiri. Dari tahun 1820, wang kertas juga dikeluarkan. Pada 1826, peso moneda corriente ("peso mata wang bersama") dan peso fuerte diperkenalkan sebagai wang kertas sahaja. Pada 1854, duit syiling dikeluarkan dengan denominasi dalam centavos. Walau bagaimanapun, perpuluhan tidak berlaku sehinggalah tahun 1881 apabila real digantikan dengan peso moneda nacional ("peso mata wang nasional") pada kadar 8 real kepada 1 peso.

Wang[sunting | sunting sumber]

Syiling[sunting | sunting sumber]

Duit syiling perak dikeluarkan di atas nama "Río de la Plata Province" dalam denominasi ½, 1, 2, 4 dan 8 real serta ½, 1, 2, 4 dan 8 sol, manakala syiling emas (87.5%) dikeluarkan dalam denominasi 1, 2, 4 dan 8 escudo.

Negeri Buenos Aires mengeluarkan syilingnya sendiri bermula 1822 yang didenominasikan dalam real dan décimos, dengan 10 décimos bersamaan dengan 1 real. Syiling-syiling itu dikeluarkan dalam denominasi 1, 5, 10 dan 20 décimos bersama dengan ¼, ½ (sebenarnya ditunjukkan sebagai 5⁄10), 1 dan 2 real. Mereka semua diperbuat daripada tembaga. Provinsi-provinsi yang lain—Córdoba, Entre Ríos, La Rioja, Mendoza, Salta, Santiago del Estero and Tucumán—mengeluarkan syiling yang didenominasikan dalam real (perak) dan escudo (emas). Disebabkan duit-duit syiling ini terhad, adalah menjadi kebiasaan untuk menggunakan syiling perak dari negara lain terutamanya sol Bolivia.

Pada tahun 1854, syiling-syiling dikeluarkan atas nama "Gabungan Argentina" dalam denominasi 1, 2 dan 4 centavo. Seperti catatan di atas, keluaran ini tidak membawa kepada perpuluhan sepenuhnya.

Wang kertas[sunting | sunting sumber]

Pada 1820, pemerintah provinsi Buenos Aires memperkenalkan wang kertas dalam denominasi 5, 10, 20, 40, 50 dan 100 peso, yang kemudiannya diikuti dengan 1, 3 dan 5 peso pada 1823. Bank Buenos Ayres mula mengeluarkan wang kertas pada 1822 dalam denominasi 20, 50, 100, 200, 500 dan 1000 peso. Wang kertas 1 dan 2 peso pula dikeluarkan pada 1823.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1996). Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1801–1900. Colin R. Bruce II dan Marian S. Moe (penyunting) (ed. pertama). Krause Publications. ISBN 0873414276.
  • Pick, Albert (1990). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu khusus. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-6). Krause Publications. ISBN 0-87341-149-8.