Pergi ke kandungan

Rebel (filem 2024)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rebel: Berontak Untuk Berotak
PengarahDato' Awie
PenulisDato' Awie (idea asal)
Ramdan Che Hassan
Dihasilkan olehZamin Fakry Zainol
Dato' Awie (eksekutif)
Anis Aziz (eksekutif)
DibintangiBen Amir
MK K-Clique
Shiqin Kamal
SinematografiJack Rahmad
Syarikat
penerbitan
Wan Productions
Rumah Produksi Merah
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
  • 2 Mei 2024 (2024-05-02) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Rebel: Berontak Untuk Berotak ialah sebuah filem aksi Malaysia 2024 arahan Dato' Awie. [1] Filem ini dibintangi oleh Ben Amir, MK K-Clique dan Shiqin Kamal, ditayangkan pada 2 Mei 2024.[2]

Mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka dan Bono, meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

Luka, seorang pemuda yang berasal dari penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan di kelilingi elemen-elemen yang tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism. Walaupun berasal dari persekitaran sedemikian, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan yang normal. Luka bagaimanapun mempunyai satu sifat yang membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan matanya.

Pada yang sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman di situ. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibunya. Pergaduhan itu tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Putra Ahmad Merah sebagai Luka kecil
  • Ellysa Ramlee sebagai Kaseh kecil

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]