Recorded Music NZ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Recorded Music NZ
ريكوردد ميوزيك إن زيد
Lokasi
Damian Vaughan
Pengerusi
Chris Caddick
Pengarah ambang
Adam Holt (Universal Music)
Kim Boshier (Sony Music)
Sam Cockle (Warner Music)
Pengarah bebas
Nicky Harrop
Laman web rasmiwww.recordedmusic.co.nz
[1]

Recorded Music NZ (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Industri Rakaman New Zealand) merupakan persatuan perdagangan bukan untung yang terdiri daripada para penerbit, pengedar dan artis rakaman yang menjual muzik rakaman di New Zealand. Nama persatuan ini bertukar kepada namanya yang sekarang selepas Jun 2013 apabila Persatuan Industri Rakaman New Zealand dan Pelesenan Muzik PPNZ bergabung. Keanggotaan untuk persatuan ini terbuka kepada semua pemegang hak muzik rakaman, termasuklah syarikat rakaman utama, syarikat bebas dan artis sendirian.

Persatuan Recorded Music NZ menjalankan fungsi dalam tiga bidang:[2]

  • perkhidmatan anggota (Anugerah Muzik Aotearoa, Carta Muzik Rasmi New Zealand, geran muzik dan perkhidmatan terus kepada artis dan syarikat rakaman).
  • pelesenan muzik (dijalankan secara bebas atau, dalam kebanyakan kes, melalui OneMusic, suatu usaha niaga di antara persatuan ini dan Persatuan Hak Persembahan Australasia).
  • perkhidmatan Pro Music (berkenaan perlindungan hak cipta dan hal ehwal korporat).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "OUR PEOPLE" (dalam bahasa Inggeris). Recorded Music NZ. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  2. ^ "About Us" (dalam bahasa Inggeris). Recorded Music NZ. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2013. Dicapai pada 11 Jun 2013.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]