Red Velvet (Drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai siri televisyen Malaysia. Untuk kumpulan muzik Korea Selatan, sila lihat Red Velvet.
Red Velvet
GenreDrama
Cinta
Konflik
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Alif Satar
Neelofa
Hafidz Roshdi
Amira Othman
Nina Nadira
Alif Hadi
Fatin Afeefa
Lagu pembukaan"Sesungguhnya Aku" nyanyian Alif Satar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam
Syarikat penerbitan
Cube Films
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal23 Oktober 2017
Kronologi
MengikutiAwak Suka Saya Tak

Red Velvet ialah sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2017 arahan Hadith Omar, lakonan Neelofa dan Alif Satar. Drama yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Acik Lana disiarkan di Astro Ria mulai 23 Oktober 2017 menggantikan Awak Suka Saya Tak yang telah tamat pada 22 Oktober.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, suami kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Senarai Pelakon Red Velvet