Redza Piyadasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Redza Piyadasa (1939-2007) ialah seniman, pengkritik seni, dan sejarawan seni Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Berpendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari 1945 hingga 1956 dan menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957.

Dari tahun 1958 hingga 1959, beliau menyambung pelajaran di Malayan Teachers' College, Brinsford Lodge, England dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England. Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (U.K.) Sekembalinya ke Malaysia, dia bekerja sebagai gru di Sekolah bagi Seni dan Rekabentuk, yang baru ditubuhkan sebagai sebahagian dari Universiti Teknologi MARA.[1]

Beliau kemudiannya menjalani Post-Graduate Studies at the Art Department of the Universiti Hawaii, at Honolulu, Hawaii dari tahun 1975-1977 dengan pengkhususan dalam bidang Asian Art History Studies dan Graduate Sculpture Studies sebelum dianugerahkan Master of Fine Arts Degree (M.F.A.) Selain itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Center, Honolulu dari tahun 1975-1977 yang di akhirnya memberi anugerah Graduate Certificate of the East-West Center

Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima Anugerah “PRINCE CLAUS AWARD” pada tahun 1998

Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab memperkenalkan kritikan terhadap bidang seni yang serius, di masa waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan beliau di dalam bidang tersebut membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.

Piyadasa meninggal pada 7 May 2007, di Selayang.[1][2]

Pameran Solo[sunting | sunting sumber]

  • 1987 | One Man Exhibition, Kuala Lumpur
  • 1991 | One Man Exhibition, Canberra School of Art, Australia
  • 2003 | Redza Piyadasa: Works Past and Present, Valentine Willie Fine Art, Kuala Lumpur

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • 1963-1967 | Kolej Hornsey, UK (Government Scholarship)
  • 1975 | Universiti Hawaii, Honolulu, post-graduate

Menghasilkan lukisan, arca dan kolej yang menumpu pada teori seni. Dia turut menulis banyak buku mengenai seni pada 1960-an dan 1970-an. Dia mengaitkan seni komtemporari barat dengan seni tradisi di Asia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Khoo, Eddin (13 May 2007) biography, The Star Online
  2. ^ Prince Claus Fund, profile

Pautan luar[sunting | sunting sumber]