Reefa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Reefa
Nama lahirJerry Vincent Singh
Kelahiran (1979-02-28) 28 Februari 1979 (umur 45)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
GenreHip hop, rap
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
Positive Tone
Pengkarya berkait

Reefa (lahir Jerry Vincent Singh; 28 Februari 1979) ialah seorang penyanyi dan rapper Malaysia. Dikenali sebagai penyanyi rap solo lelaki pertama negara, beliau menandatangani kontrak bersama Positive Tone dan muncul bersama album The Key of R.[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1979 di Petaling Jaya, Selangor. Anak bongsu daripada tiga beradik lelaki, Reefa menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia yang sangat muda walaupun tidak mempunyai latar belakang muzik. Bapanya seorang ahli perniagaan, manakala ibunya seorang suri rumah.[4]

Beliau menghabiskan enam bulan pertama persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaa St. Paul's, Seremban, dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kelana Jaya selama 3 1/2 tahun. Selepas tamat Darjah 4, Reefa berpindah sekali lagi, kali ini ke S.M.K. Taman Dato' Harun, PJ. Selepas berpindah semula ke Seremban dan kembali ke institusi St. Paul untuk pendidikan Tingkatan 2 hingga 4, dan kembali ke Dato' Harun pada tahun berikutnya.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakatnya dicungkil dalam pertandingan rap yang diadakan di Petaling Jaya pada akhir 1997. Walaupun mendapat tempat ke-2, beliau berjaya menarik perhatian kumpulan Poetic Ammo yang secara kebetulan hadir pada pertandingan itu untuk menonton persembahan beliau. Mereka tidak lama kemudian memperkenalkan beliau kepada penerbit, Illegal yang kemudiannya merakam demo pertama Reefa untuk Positive Tone.[4]

Pada tahun 1998, Reefa muncul dalam album kompilasi Tricks & Tales yang mana beliau menyumbangkan dua lagu, iaitu "Uptown" dan "Hip Hop". Artis-artis lain yang turut menyumbangkan suara mereka dalam album kompilasi itu ialah Naughtius Maximus, Innuendo, Poetic Ammo, Ferhad dan Emberz of Soul. Album sulungnya, The Key of R dikeluarkan pada Disember 2000, dengan lagu "Week Ender" dan "So High" dikeluarkan sebagai single.[5][6]

Reefa juga berkecimpung dalam bidang lakonan, pernah membintangi sitkom Buddies dan filem My Spy.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
The Key of R

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Tricks & Tales
  • Dikeluarkan: 22 Disember 1998
  • Label: Positive Tone
  • Format: CD, kaset

Single[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Uptown" 1998
"Hip Hop Supply" 1999
"Week Ender" 2000
"So High" 2001
"Pertama Kali" 2008
"Body Sexin'" 2009

Sebagai artis undangan[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Penyanyi
"Bla Bla" 1999 Too Phat
"Materialistik" 2000 Nora
"Wanna Battle" 2001 Too Phat
"Monay Monay" 2003 Poetic Ammo
"Kali Pertama" 2004 AC Mizal

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2008 Histeria Riz James Lee Filem pertama
2009 My Spy Lelaki Arab Afdlin Shauki

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999–2001 Buddies Dirinya sendiri TV2
2008 Ghost (Musim 1) Jimmy Rozario 8TV
2013 What If

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marina Abdul Ghani (7 Disember 2000). "Rapping Reefa" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  2. ^ Hafidah Samat (23 Disember 2000). "Reeled in by the talents of Reefa" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  3. ^ Gerald Martinez (10 Disember 2000). "Raving about Reefa" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  4. ^ a b c "Reefa: Bio" (dalam bahasa Inggeris). Angelfire. Dicapai pada 28 Disember 2020.
  5. ^ Ahmad Saufi Mansor (29 November 2000). "Reefa muncul album Inggeris". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2019.
  6. ^ Hanisah Selamat (1 Disember 2000). "The Key of R album sulung Reefa". Berita Harian. Dicapai pada 27 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]