Reen Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Reen Rahim
Kelahiran Noreen Ashikin binti Abdul Rahim
(1988-11-03) 3 November 1988 (umur 29)
Klang, Selangor, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model, pendandan rambut
Tahun aktif 2012–kini
Televisyen Pilih Kasih (musim 3)

Noreen Ashikin binti Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Reen Rahim (lahir 3 November 1988)[Nota 1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Dandanan Rambut. Kerjayanya berkembang selepas ia menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Reen dilahirkan pada 3 November 1988 di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).[2] Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen. Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon.[3] Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Gangster Celop[5] Pelakon tambahan
2015 Mirip
2016 Mawar Putih Tengku Zarina
2017 KL Vampires Reem Najwa
Soulmate Hingga Jannah Qalisya
Balun
Rempit Sampai Langit

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Air Yassin
Istidraj
2015 Talak Rina
Romantika Bulan Madu
Gebu-Gebu Manis Amira
Pengantin Gila
Wira Insan
Aku Bukan Hijabista
Calon Isteri Odah
Pinangan Ke-20
2016 Cintaku Terkail Wani
Kaki Kipas
Dengan Beetle Kami Beraya
Jaga Depa Sat Mya
Bella
Jalan Sehala Ally

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Aku Tak Percaya Cinta Elia
Runtun Qalbu Amy
Evolusi KL Drift: The Series Amy TV2
2013 Sahara Astro Prima
Jodoh
Kampung Girl
Cinta Jannah Balqis
AKU
Kiambang Amira
2014 Lara Ameena
2014 Menantu Sepuluh Ribu Umairah
2014 Buih-Buih Kasi Fazrin
2015 Terlanjur Mencintaimu Tengku Hanis Zulaikha
2015 Masihkah Ada Kasih
2015 Hidayahmu Ramadan Amira
2015 Zara Zara
2016 Jom Kahwin Fatiha
2016 Lambaian Ramadan Warda
2016 Imam Muda Dari Cairo Puteri Aishah
2016 Sayangku Kapten Mukhriz Siti Awina TV3
2016 Pergilah Air Mata Maria
2016 Tika Langit Terbuka
2016 Abang Sado Boleh Beres Linda
2016 Puteri Idaman
2016 Waris Kampung Semarah Padi Melati
2017 Tauke Jamu Gia Avira
2018 Geng Tadarus TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2011 Pilih Kasih (Musim 3) Dirinya sendiri/peserta RTM

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Talak) Dicalonkan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Hindia Timur Belanda, Elly Yunara yang 65 tahun lebih tua daripadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tuah Reen Rahim Malaysian Access (22 November 2015). Dicapai pada 23 April 2016.
  2. ^ Farabi Sheikh Said Al-Jabri (23 April 2012). Reen Rahim juara Pilih Kasih musim ketiga Utusan Malaysia. Diperoleh pada 23 April 2014.
  3. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (16 Ogos 2017). Reen Rahim bakal jadi penyanyi Utusan Malaysia. Diperoleh pada 23 April 2018.
  4. ^ Wawann Mohd (22 November 2017). Impian Reen Rahim tercapai Utusan Malaysia. Diperoleh pada 11 Mei 2018.
  5. ^ Reen Rahim Enggan Dekati Lelaki Kaya mStar Online (27 September 2012). Dicapai pada 23 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]