Referendum perlembagaan Rusia 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Referendum perlembagaan Rusia 2020
Adakah anda bersetuju dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan Rusia?
LokasiRusia
Tarikh25 Jun  – 1 Julai 2020
Keputusan
Undi %
Ya 57,747,288 &&&&&&&&&&&&&078.56000078.56%
Tidak 15,761,978 &&&&&&&&&&&&&021.44000021.44%
Undi sah 73,509,266 &&&&&&&&&&&&&099.18000099.18%
Undi tidak sah atau kosong 604,951 &&&&&&&&&&&&&&00.8200000.82%
Jumlah undi 74,114,217 100.00%
Pengundi berdaftar/keluar 109,190,337 &&&&&&&&&&&&&067.88000067.88%
Hasil mengikut county
  Yes     No
Pungutan suara

Referendum untuk mereformasi Perlembagaan Rusia diadakan dari 25 Jun hingga 1 Julai 2020.[1][2] Presiden Vladimir Putin mengusulkan referendum dalam pidatonya di hadapan Majlis Persekutuan pada 15 Januari 2020.[3] Rancangan pindaan Perlembagaan diajukan ke dalam referendum sesuai dengan perkara 2 Pindaan Perlembagaan.[4]

Pindaan itu mencakupi perubahan menyeluruh terhadap perlembagaan, termasuk membenarkan Putin untuk mencalonkan diri sekali lagi untuk dua tempoh jawatan presiden lagi (masing-masing selama 6 tahun) dan melanjutkan dasar sosial pada persaraan serta yang konservatif seperti larangan perkahwinan sesama jenis,[5] mengadakan pendidikan bela negara di sekolah-sekolah dan secara eksplisit menegaskan Rusia sebagai "negara yang bertuhan". Perlembagaan juga akan menempatkannya lebih tinggi daripada undang-undang antarabangsa.

Referendum awalnya dijadualkan diadakan pada 22 April, lalu pemungutan suara ditunda kerana pandemik COVID-19 di Rusia.[6] Secara kebetulan, tarikh pemungutan suara awal bertepatan dengan peringatan 150 tahun kelahiran Vladimir Lenin, tokoh revolusioner komunis Kesatuan Soviet.[7][8] Pemungutan suara diadakan secara langsung di tempat pemungutan suara diadakan dari 25 Jun hingga 1 Julai, dengan 1 Julai dinyatakan sebagai hari cuti sebagai tarikh pemungutan suara yang sebenarnya. Warga Moscow dan Oblast Nizhny Novgorod dapat turut serta dalam acara tersebut dari jarak jauh (secara elektronik) dari 25 hingga 30 Jun.[9][10]

Menurut keputusan rasmi, 79% pengundi menyokong perubahan perlembagaan. Meskipad terdapat tuduhan dan laporan kecurangan, termasuk pemaksaan, penggelembungan suara, kerahsiaan suara tidak terjamin dan tuduhan kekerasan polis terhadap seorang wartawan yang hadir untuk memantau jalannya referendum.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kolomychenko, Maria (12 June 2020). "'Look after yourself — vote electronically!' Moscow's civil servants report being forced to register for online voting ahead of Russia's constitutional plebiscite". Meduza.
  2. ^ Korsunskaya, Darya; Tétrault-Farber, Gabrielle (1 June 2020). "Russia to vote on July 1 on reforms that could extend Putin's rule". Reuters.
  3. ^ "Путин предложил провести 'всенародное голосование' по пакету поправок в Конституцию". Interfax (dalam bahasa Rusia). 15 January 2020. Dicapai pada 20 January 2020.
  4. ^ "Законопроект №885214-7" (dalam bahasa Rusia). Duma Negeri. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2020. Dicapai pada 5 July 2020.
  5. ^ "Russian voters back referendum banning same-sex marriage". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.
  6. ^ "Путин объявил о переносе голосования по Конституции". Moskovskij Komsomolets (dalam bahasa Rusia). 25 March 2020.
  7. ^ "Politics and pandemics". The Economist. 13 March 2020.
  8. ^ Arnholz, Jack (27 February 2020). "Russia announces date for referendum that could extend Putin's rule". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2020. Dicapai pada 5 July 2020.
  9. ^ "В России 1 июля объявят выходным". RBC (dalam bahasa Rusia). 1 June 2020. Dicapai pada 5 July 2020.
  10. ^ "Указ об определении даты проведения общероссийского голосования по вопросу одобрения изменений в Конституцию Российской Федерации". President of Russia (dalam bahasa Rusia). 1 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2020. Dicapai pada 5 July 2020.
  11. ^ "Russia: Statement by the Spokesperson on the nationwide voting on constitutional amendments". EEAS (dalam bahasa Inggeris). 2 June 2020. Dicapai pada 5 July 2020.