Regata Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Regata Langkawi ke-6 atau nama penuhnya Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) diadakan pada 7 Januari 2008 di Kelab Pelayaran Antarabangsa Diraja Langkawi (RLYC), Pekan Kuah, pulau Langkawi, Kedah , Malaysia. [1]Pengerusi Regata Langkawi 2008 ialah Ahmad Zailani Basha .

40 buah kapal layar tempatan dan antarabangsa akan bertanding merebut Piala Cabaran Perdana Menteri. 11 negara mengesahkan bertanding. Ini termasuklah Jepun , Australia, New Zealand, Thailand, China, Hong Kong, United Kingdom, Singapura, Belanda, Jerman dan Perancis. [2]

Acara pertandingan ialah:

Juara 2007 ialah Quantum Racing yang dikemudi oleh Ray Robert. Juara 3 kali ialah Yo!2 yang dikemudi oleh Peter Ahern. Dua perahu layar dari China ialah Longtze ( kategori Sportboat) dan Microlab Moonlight Shadow (kategori Racing).

Kapal layar dari Malaysia ialah ‘Janda Baik’ dan ‘Zuhrah’ yang dikemudikan oleh anak tempatan dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia.

Siti Noorbaidurah Mohd Afendy dari Malaysia akan mengemudi kapal layar "Long Tze" Langkawi Geopark . Beliau menyertai kategori sport class. Beliau adalah pemenang ketiga kategori Laser pada Kejohanan Regata Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember 2007.

Kelab Pelayaran Diraja Langkawi dan regata ini diasaskan oleh Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman , seorang jutawan dan anak Yang Yang DiPertuan Agung I.

Halangan utama perlumbaan ini ialah kesukaran mengawal kapal layar jika muncul angin kencang secara tiba-tiba. Setakat ini angin bertiup pada kadar 12 knot.

Rujukan[sunting | sunting sumber]