Regolitos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Regolitos (Yunani: "batuan selimut") ialah lapisan bahan longgar, heterogeneous menyeliputi batuan pejal. Regolitos hadir pada Bumi, bulan, sesetengah asteroid, dan lain-lain planet. Asal regolitos pada Bumi adalah disebabkan luluhawa dan proses biologi; dan ia mengandungi sejumlah sebatian biologi yang pada kebiasaannya dinamakan tanah. Dalam jasad tanpa atmosfera, regolitos dihasilkan oleh pengaggregatan semula puing hasil daripada hentaman dengan jasad-jasad lain.

Pada Bumi, kehadiran regolitos adalah salah satu faktor penting untuk kebanyakan hidupan, oleh sebab kebanyakan tumbuhan tidak dapat tumbuh atas atau dalam batuan pejal, dan haiwan tidak dapat membuat lubang atau membina tempat tinggal tanpa bahan yang longgar ini.

Pada Bulan, regolitos dihasilkan daripada tindakan mikro-meteroid yang menghancurkan batuan pada permukaan menjadi serbuk. Serbuk ini lebih memantul berbanding dengan basalt yang membentuk lunar maria, maka akan kelihatan lebih terang apabila diperhatikan dari Bumi. Semasa peringkat awal Program pendaratan ke Bulan, terdapat bimbangan bahawa regolitos tidak dapat menampung berat modul lunar dan modul kemungkinan akan tenggelam di bawah permukaan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.