Reichsjugendführer
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Ketua Belia Negara
Reichsjugendführer | |
---|---|
![]() Pelapik gorjet Reichsjugendführer | |
![]() Panji-panji Reichsjugendführer | |
Parti Nazi | |
Status | Dimansuhkan |
Singkatan | RJF |
Ahli kepada | ![]() |
Pelantik | Führer NSDAP |
Pembentukan | 1931 |
Pemegang pertama | Baldur von Schirach |
Pemegang terakhir | Artur Axmann |
Dimansuhkan | 1945 |
Timbalan | ![]() |
Reichsjugendführer ("Ketua Belia Negara") ialah pangkat separa tentera tertinggi Belia Hitler.[1] Ia mula-mula telah disandang oleh Baldur von Schirach dan kemudian oleh Arthur Axmann.[2] Asalnya, tidak terdapat insignia bagi pangkat ini, dan Schirach boleh dilihat dalam fotograf kontemporari memakai tunik warna perang Parti Nazi berserta lilitan lengan Belia Hitler. Namun, Axmann kemudian mengguna pakai satu insignia yang serupa dengan Reichsführer-SS.
Kedua-dua Axmann dan Schirach telah dituduh sebagai penjenayah perang oleh Kuasa Bersekutu selepas berakhirnya Perang Dunia II, khususnya dalam peranan merosakkan minda kanak-kanak.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Nota
- ^ McNab 2009, m/s. 15.
- ^ Hamilton 1984, m/s. 247, 334.
- ^ Hamilton 1984, m/s. 247, 335.
Bibliografi
- Hamilton, Charles (1984). Leaders & Personalities of the Third Reich, Vol. 1. San Jose, CA: R. James Bender Publishing. ISBN 0-912138-27-0.CS1 maint: ref=harv (link)
- McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)