Rejab F.I.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rejab bin Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I. ialah seorang penulis dan penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Beliau dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941. Beliau adalah seorang guru dan pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi) dan Hadiah Sastera Esso-Gapena 1985 (Cerpen)

Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah, antaranya Tokoh Budaya Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) 2008 dan Tokoh Bahasa dan Sastera Perlis 2013. Beliau juga menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) bagi tahun 2016[1].

Karya[sunting | sunting sumber]

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Rejab F.I (2005). Sesuci Kasih Ibu. PTS One.
  • Rejab F.I (2005). Tekad: Kegigihan Dua Sahabat Mengejar Matlamat. PTS One.
  • Rejab F.I (2005). Kemaafan: Air Dicincang Tidak Akan Putus. PTS One.
  • Rejab F.I (2005). Sumpahan Merbuk Bertuah. PTS One.
  • Rejab F.I (2005). Mendung Tidak Bererti Hujan. PTS One.
  • Rejab F.I (2005). Pengemis Itu Ibuku: Ke Mana Hilangnya Nilai Kasih-Sayang?. PTS One. ISBN 9789833357055.
  • Rejab F.I (2005). Lima Penyiasat Muda: Menyingkap Misteri Penyeludupan. PTS One. ISBN 9789833357130.
  • Rejab F.I (2005). Rusdin Budak Pintar. PTS One.
  • Rejab F.I (2010). Kolam Rahsia (Edisi Baru). PTS Publishing House. ISBN 978-983-3653-61-4.
  • Rejab F.I (2010). Awang Selamat Menabur Bakti. PTS Publishing House. ISBN 978-967-401-000-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nadia Azam (22 November 2019). "Rejab, Abizai dan Mawar penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara". Malaysiakini. Dicapai pada 19 Julai 2021.