Pergi ke kandungan

Rejimen Askar Jurutera DiRaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja)
Rejimen Askar Jurutera DiRaja
Aktif22 April 1953
Negara Malaysia
CawanganBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
JenisJurutera tempur
PerananPenyenggaraan kejuruteraan tentera
Pemusnah bom
Pertahanan CBRN
Pertempuran jarak dekat
Pembinaan
Nyahranjau
Peletupan
Peninjauan jurutera
Perlindungan pasukan
Kimpalan hiperbarik
Peperangan hutan
Kejuruteraan tentera
Serangan
Peletupan bawah air
Peperangan bandar
SaizRejimen
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
PangkalanKem Sangro, Taiping, Perak
"Home of the Engineers"
Nama samaranRAJD
MotoUbique (Everywhere)
Berusaha Berfaedah (Strive and Benefit)
Komander
Kolonel Yang DipertuaSultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Paduka Seri Sultan of Perak

Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) ialah sebuah pasukan yang menyediakan bantuan kejuruteraan tempur untuk Tentera Darat Malaysia.[1]

Rejimen Askar Jurutera DiRaja telah ditubuhkan pada 22 April 1953 di Balaclava Lines, Kem Kluang, Johor, selepas pengambilan pertama seramai 37 orang dilakukan di Pusat Latihan Pengambilan Rekrut di Port Dickson. Pada 1 Januari 1954, Skuadron Medan Persekutuan ke-76 telah dibentuk di Balaclava Lines, Kem Kluang. Ini merupakan unit pertama jurutera Persekutuan. Pada Mac 1954, Mejar I. G. Wellsted daripada Royal Engineers (RE) memulakan pembentukan skuadron medan Persekutuan tersebut. Cawangan ini sekarang dikenali sebagai Direktorat Jurutera di Markas Tentera Darat Malaysia. Pada masa yang sama, Detasmen Latihan Jurutera ke-10 telah ditubuhkan di Kem Kluang, Johor. Unit ini sekarang dikenali sebagai Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat.

Tugas Rejimen Askar Jurutera DiRaja

[sunting | sunting sumber]
  • Mobiliti
    • Pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan landasan kapal terbang dan zon pendaratan helikopter
    • Pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya, laluan, jambatan serta semua bentuk sistem perhubungan darat, laluan air dan laluan kecemasan
    • Pembinaan jambatan
    • Bantuan dalam operasi menyeberangi sungai
    • Pembuangan atau pembukaan halangan, termasuk ladang ranjau dan perangkap letupan
    • Bantuan dalam kerja-kerja letupan untuk menyerang pertahanan dan halangan musuh
  • Menangani mobiliti musuh (kontra-mobiliti)
    • Pembinaan dan pembangunan halangan seperti penggalian jalan, letupan kawah, pemasangan ranjau; pokok tumbang dan ladang ranjau
    • Operasi letupan dan penafian kemudahan kepada musuh
  • Kebolehhidupan dan kelestarian
    • Bantuan kepada unit-unit dan perkhidmatan lain dengan pembinaan pertahanan lapangan, penyamaran dan penipuan taktikal
    • Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan seperti bekalan air, penginapan sementara, struktur kem dan kemudahan penyahcemaran
    • Bertempur sebagai infantri apabila diperlukan
  • Melaksanakan projek tindakan sivik bagi menyokong program pembinaan negara oleh kerajaan
  • Membantu kerajaan dalam pelaksanaan projek kejuruteraan pembinaan
  • Membantu kontinjen Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
  • Membantu memulihkan dan mengoperasikan perkhidmatan penting seperti pelabuhan utama, rangkaian kereta api, loji janakuasa dan loji/empangan terpilih
  • Membantu mengekalkan keselamatan negara

Kolonel Yang Di-Pertua

[sunting | sunting sumber]

Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera DiRaja pada masa ini ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan Perak yang terkini. Bendera rejimen ini terdiri daripada jalur mendatar berwarna merah, biru dan kuning. Biru melambangkan warna "Sapper Blue" yang terkenal dan digunakan dalam tanda taktikal Jurutera. Kuning melambangkan warna diraja Malaysia, dan merah melambangkan pengorbanan anggota rejimen.[1]

  1. ^ "Army Official Website". army.mod.gov.my. Dicapai pada 2019-10-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]