Rejimen Askar Wataniah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rejimen Askar Wataniah
Crest of the Territorial Army Regiment.svg
Simbol Rejimen Askar Wataniah
Aktif1 Jun 1958 (ditubuhkan)
Negara Malaysia
KesetiaanTentera Darat Malaysia
JenisPasukan simpanan sukarela
PerananSebagai pasukan pelapis kepada Tentera Darat Malaysia.
Pusat latihanPUSWATAN, Ipoh, Perak
Moto"Berkhidmat Untuk Negara"

Rejimen Askar Wataniah (Singkatan: AW; Inggeris = Territorial Army Regiment) merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran.

Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Unit sukarela di Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di Singapura. Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR).[1].

Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia II tamat, pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud sebelum ini telah dihidupkan semula. Semasa berlakunya Darurat Tanah Melayu pada 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

Pada 1958, Pasukan Kawalan Kampung ini telah dibubarkan setelah keadaan keselamatan telah berjaya dikawal dan dipulih semula. Bagaimanapun, memandangkan ramai bekas anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang khidmat sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan sukarela supaya ia lebih tersusun dan berkesan. Oleh itu, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal pada 1958. Dengan kuasa ordinan ini, sebuah pasukan sukarela yang baru yang dikenali dengan nama Askar Wataniah telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958.

Elemen-elemen dalam Askar Wataniah[sunting | sunting sumber]

Pasukan-pasukan AW telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:

a. Elemen Tempur

b. Elemen Bantuan Tempur

c. Elemen Bantuan Perkhidmatan

d. Elemen Pakar

e. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

Orang ramai yang menepati kelayakan-kelayakan asas berpeluang memilih mana-mana pasukan untuk berkhidmat terutama pasukan yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Elemen Tempur

• Siri 500 Askar Wataniah - Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri Angkatan Tetap. Terdapat 16 rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini. Setiap rejimen mempunyai tiga batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi.

Rej 501 AW - Kem Tebrau Johor Baharu.

Rej 502 AW - Kem Sg. Buluh Selangor.

Rej 503 AW - Kem Jalan Tambun Ipoh.

Rej 504 AW - Kem Bukit Keteri Kangar.

Rej 505 AW - Kem Force 136 Pekan Pahang.

Rej 506 AW - Kem Pangkalan Chepa Kota Bharu.

Rej 507 AW - Kem Bukit Perwira Kota Kinabalu.

Rej 508 AW - Kem Jalan Rasah Seremban.

Rej 509 AW - Kem Lebuhraya Peel Pulau Pinang.

Rej 510 AW - Kem Sri Rejang Sibu.

Rej 511 AW - Kem Ria Kompleks Kuching.

Rej 512 AW - Kem Padang Midin Kuala Terengganu.

Rej 513 AW - Kem Bukit Pinang Kedah.

Rej 514 AW - Kem Bukit Beruang Melaka.

Rej 515 AW - Jalan Buku Lima Kuala Lumpur.

Rej 516 AW - Kem Kukusan Tawau.


Armor - Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.\

Elemen Bantuan Tempur

Semboyan - Skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.

Jurutera - Mewujudkan Skuadron Jurutera AW dengan melatih anggota Sukarela dalam aspek kejuruteraan medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.

Artileri - Konsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.

Risik – Kompeni Perisikan Diraja AW yang diintegrasikan ke batalion KRD (Tetap). Unit ini terdapat di Sungai Petani.

Polis Tentera – Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah menubuhkan 4 Kompeni KPTD AW di lokasi berikut.

11 Kompeni KPTD (AW) - Kem Lok Kawi, Sabah dan Kem Kuching, Sarawak

12 Kompeni KPTD (AW) - 2 Rejimen KPTD Kem Sungai Ara, Penang

13 Kompeni KPTD (AW) - 4 Rejimen KPTD, Kem Sungai Buloh Selangor

14 Kompeni KPTD (AW) - 7 Kompeni KPTD Kem Tebrau, Johor dan Kem Batu 10 Kuantan, Pahang

Elemen Bantuan Perkhidmatan

Kor Perkhidmatan - Terdapat 5 Kompeni Angkut AW, 1 Kompeni Bekalan dan 1 Platun Hantaran Udara AW. Lokasi unit-unit adalah di Seremban, Kuala Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

Kor Ordnans - Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap terletak di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan.

Kor Jurutera Letrik Dan Jentera - Terdapat dua wokshop JLJ AW iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Wokshop Medan AW bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.

Kor Kesihatan - Terdapat empat Kompeni Ubat AW bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani dan Kuching.

Elemen Pakar

Elemen pakar yang terdapat dalam AW terdiri daripada 2 kor iaitu Kor semboyan dan Kor Jurutera.

Rejimen Pakar yang terdapat dalam Kor Semboyan adalah:

Rejimen Semboyan Diraja Pakar Telekom (AW) - Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.

Rejimen Semboyan Diraja Medan (AW) - Keanggotaan dalam pasukan ini terbuka kepada orang awam yang memiliki kemahiran dalam bidang telekomunikasi. Lokasi kedua-dua rejimen ini terletak di Padang Tembak Kuala Lumpur.


Rejimen Pakar yang terdapat dalam Kor Jurutera adalah:

Jurutera Pakar Pelabuhan (40 RAJD Pakar AW): Unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.

Jurutera Pakar Keretapi (50 RAJD Pakar AW): Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

Jurutera Pakar Pengendalian Air (60 RAJD Pakar AW): Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air.

Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa (70 RAJD Pakar AW): Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.

Kesemua rejimen ini di bawah pentadbiran Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan, Kem Bukit Haigate Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur.

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

PALAPES ditubuhkan di 12 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan yang terlatih dalam ilmu ketenteraan sebagai sumber tenaga bagi Angkatan Tetap dan Simpanan. IPTA yang mempunyai unit PALAPES adalah:

Universiti Malaya (UM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Pasukan AW Kerahan (Mobilisasi)

Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara, beberapa pasukan AW telah dikerah sepenuh masa untuk menjaga keselamatan sempadan dan kawasan-kawasan strategik negara. Antara pasukan-pasukan yang masih dikerah ialah Pusat Kawalan Sasaran Penting.

Pusat Kawalan Sasaran Penting diwujudkan ditempat strategik negara dan diletakkan di bawah pentadbiran Markas Pemerintahan Briged. Briged yang mempunyai Pusat Kawalan Sasaran Penting ialah:

• 1 Briged

• 3 Briged

• 6 Briged

• 7 Briged

• 8 Briged

• 11 Briged


Konsep Dan Jenis Latihan

Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.

• Latihan Rekrut - Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.

• Latihan Tempatan - Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (pasukan bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (pasukan teknikal).

• Latihan Lanjutan - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.

• Latihan Tahunan - Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.

Latihan Anggota Pakar - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.

Faedah-faedah yang diperolehi oleh setiap anggota AW

• Imbuhan Elaun.

• Elaun Latihan Tempatan

• Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan

• Elaun Perjalanan

• Elaun Pakaian

• Saguhati Tahunan (Bounty)


Majikan dan Aspek Perundangan Angkatan Sukarela

Angkatan Sukarela melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM walaupun cara perlaksanaan latihan agak berbeza di antara satu sama lain namun matlamatnya adalah supaya dapat menyediakan Pasukan Simpanan yang lengkap demi untuk mendukung peranan utama yang ditetapkan iaitu membantu Angkatan Tetap dan bersiap sedia dikerah untuk berkhidmat apabila keadaan memerlukan.

Bagi menentukan peranan itu dapat direalisasikan, ATM memerlukan anggota sukarela yang komited, mampu meluangkan masa, berpandangan positif dan bersedia turun padang. Selain itu ATM juga memerlukan sokongan padu serta kerjasama majikan-majikan untuk melepaskan pekerja mereka melibatkan diri di dalam bidang ketenteraan.

Usaha majikan menggalakan serta memberi sokongan membenarkan pekerja-pekerja mereka melibatkan diri di dalam Angkatan Sukarela sudah tentu dapat membantu bukan sahaja kepada ATM bahkan untuk negara.

Bagi menggalakkan anggota sukarela menghadiri latihan, pindaan terhadap Akta Angkatan Tentera 1972 telah dilaksanakan. Pindaan terhadap seksyen 201B dan seksyen 201C telah dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2005 yang mewajibkan majikan memberi pelepasan kepada pekerja-pekerja mereka menghadiri latihan dan penugasan Angkatan Sukarela.

Seksyen 201B Akta ATM 1972 menerangkan mana-mana majikan yang menghalang pekerjanya menjalani latihan Angkatan Sukarela boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM 6000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 201C Akta ATM 1972 menerangkan mana-mana majikan yang menamatkan pekerjaan pekerjanya yang merupakan Angkatan Sukarela semata-mata kerana pekerja itu mengikuti latihan atau pertugasan, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 6000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Peraturan 41 Bab C Perintah Am, 1974 telah memperuntukan cuti tanpa rekod selama 30 hari oleh Ketua Jabatan kepada seseorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela.


Penutup

Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Bagi menjamin keselamatan, kestabilan dan mengekalkan kedaulatan bukan sekadar perlu kesedaran malah ianya menuntut lebih daripada itu daripada setiap individu masyarakat. Peranan dan tanggungjawab tidak hanya terhad kepada kemampuan memikul senjata dengan kekuatan fizikal di barisan hadapan sahaja malah melalui penghayatan ianya boleh diterjemah dan diaplikasikan mengikut kemampuan dan patriotisme walau di tahap mana seseorang itu berada.

Rekod negara pernah mencatatkan perkhidmatan cemerlang anggota-anggota AW (siri 300) dalam perjuangan menentang pengganas komunis di sempadan. Sekadar menyebut satu nama besar Prebet Lelias (PGB) dan ribuan kawan-kawannya yang sanggup bergadai nyawa demi tanahair tercinta menggambarkan bahawa patriotisme tidak terhad kepada pasukan mana yang sedang seseorang itu berkhidmat.

Justeru, penubuhan, peningkatan dan pembangunan AW tidak boleh diragui sebagai ketumbukan barisan kedua yang ampuh yang mampu menggerakkan jentera-jentera sokongan kepentingan awam berfungsi seperti biasa di kala negera berada dalam saat genting. Peranan Pasukan Simpanan Sukarela ATM adalah elemen cegah rintang yang terbaik dengan struktur organisasinya yang mantap dan boleh dipercayai.

Pembangunan dan perkembangannya mempunyai hala tuju yang jelas. Apa yang penting adalah komitmen individu yang telah menyahut cabaran ini jujur dan rela hati ingin berbakti kepada ibu pertiwi. Bukan kerana lain-lain maksud seperti ingin menambahkan pendapatan atau keistimewaan-keistimewaan tertentu sebagai seorang tentera yang pastinya komitmen sebegini akan menjadi longgar dan tidak kekal lama.

Realiti yang harus diterima adalah ramai dari kalangan AW ‘hangat-hangat tahi ayam’ terhadap tanggungjawab yang harus mereka lunasi sebagai anggota AW. Ada yang menganggotai Pasukan PALAPES hanya sekadar untuk memenuhi ko-korikulum universiti malah ada juga dengan niat untuk menambah wang saku. Walhasilnya setelah tamat pengajian, tauliah yang disandang dibuang entah ke mana.

Tidak dinafikan untuk berjaya di dalam perkhidmatan AW ini memerlukan komitmen yang tinggi dengan sokongan dan dorongan terutamanya majikan-majikan di mana anggota-anggota bernaung. Kekangan kerja dan birokrasi majikan terutama dalam organisasi swasta banyak membantutkan semangat dan keinginan seseorang anggota AW untuk turut cergas pada setiap aktiviti yang dilaksanakan. Untuk berada dalam situasi menang-menang apa yang perlu disemat dalam fikiran ialah ‘jika tidak boleh buat semua janganlah ditinggalkan semua’ aktiviti yang telah ditetapkan dalam skim latihan. Sebenarnya untuk memahirkan seseorang anggota AW, kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang banyak justeru sangat rugi sekiranya seseorang itu tidak member komitmen yang sepatutnya atau melakukan sambil lewa.

Ancaman kepada keamanan negara pasca merdeka terutamanya era millenium tidak lagi berpaksikan ancaman luaran yang ingin menjajah secara fizikal tetapi ‘kelihatan’ ia bergerak halus melalui ideologi politik yang dimainkan oleh rakyat negara sendiri yang sanggup menggadaikan kesejahteraan demi sebuah kuasa.

Institusi keselamatan negara juga tidak terlepas dari turut dipersendakan bukan sahaja dengan mendedahkan maklumat-maklumat berdarjah kepada negara luar malah memperlekehkan segala usaha pembangunan pertahanan yang dirancang. Menjadi lebih malang bila ada yang berani mempertikaikan jasa pejuang-pejuang zaman kritikal dengan menterjemah kepada fakta sejarah menjadi sebaliknya. Implikasinya amat besar terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana jika tidak dibendung, fenomena ini akan mengelirukan pemikiran generasi terkini yang sedang diberi kefahaman tentang konsep HANRUH yang menuntut semua rakyat bersatu hati jiwa dan raga demi kesejahteraan negara tercinta.

army.mod.gov.my

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]