Reka bentuk permainan video

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Reka bentuk permainan video ialah proses merancang kandungan dan peraturan permainan video di peringkat praproduksi[1] dan merancang permainan, persekitaran, jalan cerita dan watak-watak ketika pembangunan. Pereka permainan video adalah ibarat pengarah filem dalam banyak cara; pereka bentuk menentukan penampakan permainan video dan mengawal elemen seni serta teknikal permainan dalam memenuhi visi mereka.[2] Reka bentuk permainan video memerlukan kecekapan seni dan teknikal serta kadangkala melibatkan kemahiran menulis.[3] Oleh kerana industri ini telah berkembang dan menerapkan metodologi pengeluaran alternatif, peranan pereka bentuk permainan utama telah mula terpisah - beberapa studio menekankan model Auteur sementara studio-studio lain menekankan model yang lebih berorientasikan pasukan.

Pengatur cara permainan video juga kadangkala terdiri daripada keseluruhan pasukan reka bentuk. Ini ialah kes bagi sesetengah pereka terkenal seperti Sid Meier, John Romero, Chris Sawyer dan Will Wright. Pengecualian yang ketara bagi dasar ini adalah seperti Coleco yang sejak awal memisahkan fungsi reka bentuk dan pengaturcaraan.

Oleh kerana permainan video menjadi lebih kompleks sementara komputer dan konsol menjadi lebih maju, tugas pereka permainan menjadi terpisah daripada pengatur cara utama. Tidak lama kemudian, kerumitan permainan video menuntut ahli pasukan untuk fokus pada reka bentuk permainan. Banyak veteran awal memilih jalan reka bentuk permainan untuk menghindari pengaturcaraan dan menyerahkan tugas-tugas itu kepada orang lain.

Dengan permainan yang sangat kompleks seperti MMORPG atau judul permainan video aksi atau sukan dengan bajet besar, bilangan pereka bentuk boleh berjumlah puluhan orang. Dalam kes ini, umumnya terdapat satu atau dua pereka utama dan banyak pereka junior yang menentukan subset atau subsistem permainan. Di syarikat yang lebih besar seperti Electronic Arts, setiap aspek permainan mungkin mempunyai pengeluar, pereka utama dan beberapa pereka umum yang berasingan. Mereka juga boleh mengutarakan plot untuk dimasukkan ke dalam permainan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ hebidbubBrathwaite, Brenda (2009). Challenges fohdb tjbdhbkshbeugdxv Dbgdvejgr Game ون انز Desiuhhbfugners. Charles River Media. ISBN 1-58450-580-X. Unknown parameter |last2366gdudbhdnnndnndnnnd= ignored (bantuan); line feed character in |title= at position 34 (bantuan); |first2= missing |last2= (bantuan)
  2. ^ The Making of a Great Modern Game Designer Glassner, Andrew. Society for Industrial and Applied Mathematics.
  3. ^ Adams, Ernest; Rollings, Andrew (2003). Andrew Rollings and Ernest Adams on game design. New Riders Publishing. ISBN 1-59273-001-9.