Rekod Akashic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam suatu gerakan keagamaan, rekod Akashic ialah himpunan segala peristiwa, fikiran, perkataan, perasaan dan niat manusia yang sudah, sedang dan akan berlaku. Ada segelintir yang mempercayai bahawa rekod Akashic disimpan sebagai kod dalam satah kewujudan bukan fizikal yang dikenali sebagai satah etheric. Terdapat kenyataan anekdot tetapi tiada bukti saintifik bagi kewujudan rekod Akashic.[1] Akasha (ākāśa आकाश) ialah perkataan Sanskrit yang bermaksud 'aether' atau 'atmosfera'. Dalam Bahasa Benggali pula, ākāsh (আকাশ) bermaksud 'langit'. Pengunaan istilah ini boleh dijumpai dalam beberapa hasil karya fiksyen seperti "EvoLv" oleh Ryan Sequeira dan "Keepers of the Kalachakra" oleh Ashwin Sanghi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ellwood, Robert S. (1996). "Theosophy". Dalam Stein, Gordon (penyunting). The Encyclopedia of the Paranormal. Prometheus Books. m/s. 759–66. ISBN 978-1-57392-021-6.