René Descartes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
René Descartes
Portret René bertarikh 1648[1]
Lahir (1596-03-31)31 Mac 1596
La Haye en Touraine, Kerajaan Beraja Perancis
Meninggal dunia 11 Februari 1650(1650-02-11) (umur 53)
Stockholm, Empayar Sweden
Warganegara Perancis
Zaman Falsafah abad ke-17
Aliran Rasionalisme
Pengasas Kartesianisme
Minat utama Metafizik, epistemologi, matematik, fizik, kosmologi
Idea penting Cogito ergo sum, Skeptisisme Cartes, method of normals, sistem koordinat Cartes, dualisme Cartes, fundasionalisme, mathesis universalis, folium Descartes, keabadian momentum (quantitas motus)[2]
Alma mater Universiti Poitiers
Universiti Franeker
Universiti Leiden
Tanda tangan

René Descartes (31 Mac 159611 Februari 1650), juga dikenali sebagai Cartesius, ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Saintifik di Dunia Barat. Beliau telah dihormati dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan algebra dinamai sempena namanya.

Descartes sering membandingkan pandangannya dengan pandangan pendahulu-pendahulunya. Dalam bahagian permulaan karyanya, Keghairahan Jiwa, beliau sanggup menegaskan bahawa beliau akan menulis tentang topik ini "seolah-olah tiada orang yang pernah menulis tentang perkara ini dahulu". Bagaimanapun, banyak daripada unsur-unsur falsafahnya mempunyai duluan dalam lewat Aristotelianisme, Stoisisme abad ke-16 yang dihidupkan semula, atau oleh ahli-ahli falsafah sebelumnya seperti Augustine. Dalam falsafah semula jadinya, pandangan beliau berbeza dengan skolastisisme dalam dua aspek yang utama: pertama sekali, beliau menolak analisis bahan zahir untuk jirim dan bentuk; kedua, beliau menolak sebarang pengharapan terhadap teleologi untuk menjelaskan fenomena alam semula jadi. Dalam teologinya, beliau menegaskan kebebasan mutlak terhadap penciptaan Tuhan.

Descartes merupakan tokoh utama dalam aliran fikiran rasionalisme Eropah abad ke-17 yang kemudian disokong oleh Baruch Spinoza serta Gottfried Leibniz, tetapi ditentang oleh aliran fikiran empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes, John Locke, George Berkeley, dan David Hume. Kesemua Leibniz, Spinoza dan Descartes adalah mahir dalam matematik serta juga falsafah, dan Descartes dan Leibniz juga telah banyak menyumbang kepada bidang sains. Sebagai pereka sistem koordinat Cartes, Descartes mengasaskan geometri analisis, satu penghubung antara algebra dan geometri yang amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis. Pemikiran-pemikiran Descartes tentang minda dan mekanisme memulakan kelainan pemikiran barat yang lama kemudian, selepas didorong oleh rekaan komputer elektronik dan kemungkinan kecerdasan mesin, berkembang menjadi, umpamanya, ujian Turing. Kenyataanya yang termasyhur ialah Cogito ergo sum (bahasa Perancis: Je pense, donc je suis) atau dalam bahasa Melayu: Saya fikir, oleh itu saya merupakan, yang didapati di §7 dalam Prinsip-prinsip Falsafah (bahasa Latin) dan bahagian IV dalam Huraian Mengenai Kaedah (bahasa Perancis). Maksudnya adalah "saya menjadi apa yang saya memikirkan".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shorto, Russell (2008). "Descartes' Bones". Doubleday. m/s. 218. 
  2. ^ Alexander Afriat, "Cartesian and Lagrangian Momentum" (2004).
  3. ^ Marenbon, John (2007). Medieval Philosophy: an historical and philosophical introduction. Routledge. m/s. 174. ISBN 978-0-415-28113-3. 
  4. ^ H. Ben-Yami, Descartes' Philosophical Revolution: A Reassessment, Palgrave Macmillan, 2015, p. 76.
  5. ^ H. Ben-Yami, Descartes' Philosophical Revolution: A Reassessment, Palgrave Macmillan, 2015, p. 179: "[Descartes'] work in mathematics was apparently influenced by Vieta's, despite his denial of any acquaintance with the latter’s work."
  6. ^ Étienne Gilson argued in La Liberté chez Descartes et la Théologie (Alcan, 1913, pp. 132–47) that Duns Scotus was not the source of Descartes' Voluntarisme. Although there exist doctrinal differences between Descartes and Scotus "it is still possible to view Descartes as borrowing from a Scotist Voluntarist tradition" (see: John Schuster, Descartes-Agonistes: Physcio-mathematics, Method & Corpuscular-Mechanism 1618–33, Springer, 2012, p. 363, fn. 26).
  7. ^ "Jacques Bénigne Bossuet, French prelate and historian (1627–1704)" dari Encyclopædia Britannica edisi ke-10 (1902)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Principia philosophiae, 1685