Rendang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rendang

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya lembut dan sedap. Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.[perlu rujukan]

Rendang Tok pula terkenal di negeri Perak.[perlu rujukan]

Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia ialah masakan Melayu sejak 1550-an.

AHmz 10:4 ..... Buzurjumhur Hakim pun pergi pula ke kedai orang merendang daging kambing, lalu ia berkata: "Beri apalah daging kambing
AHmz 10:7 ... kambing rendang ini barang segumpal." Sahut orang merendang itu, "Berilah harganya dahulu." Maka kata Khoja Buzurjumhur, [1][2]

Rendang juga disebut dalam lagu Hari Raya yang dinyanyikan oleh Saloma.[perlu rujukan]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]