Renet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Renet
Pengenal pasti
Nombor EC3.4.23.4
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum

Renet adalah sekumpulan enzim yang dihasilkan oleh perut binatang menyusu untuk mencerna susu ibu. Ia mengandungi enzim proteolisis (protease) yang memisahkan susu menjadi bahagian pepejal dan cair. Enzim aktif dalam renet disebut renin atau kimosin (EC 3.4.23.4), tapi renet juga mengandungi beberapa enzim penting lain seperti pepsin atau lipase. Kegunaan renet adalah untuk membuat keju dan dadih.

Pemerolehan[sunting | sunting sumber]

Perut anak lembu[sunting | sunting sumber]

Perut anak lembu yang diperolehi sampingan penyembelihan untuk mendapatkan daging khusus diambil mukosa abomasumnya, lagi-lagi daripada anak lembu yang disusukan.[1] Perut yang dibersihkan dan dikeringkan ini dipotong-potong dan direndam dalam campuran air garam atau whey diasidkan bersama cuka atau wain selama beberapa hari sebelum ditapis; sisa yang tertinggal ini boleh digunakan sebagai bahan penggumpal.[2]

Tumbuhan[sunting | sunting sumber]

Banyak tumbuhan seperti genus-genus Galium dan Malva, daun gatal, tisel mempunyai ciri sama yang mampu mencerna serta menggumpal susu.

Mikroba[sunting | sunting sumber]

Kulat-kulat tertentu seperti Rhizomucor miehei menghasilkan enzim proteolitik yang mampu memberi kesan sama seperti renet haiwan. Renet sebegini pada asalnya tidak digemari kerana ia kurang menggumpal serta cenderung memberi rasa pahit kepada keju akhir, namun bahan sebegini banyak diperbaiki ketulenannya sehingga mampu menghasilkan keju bermutu tinggi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ O'Connor., C. (1993-01-01). Traditional Cheesemaking Manual. ILRI. ISBN 9789290532736.
  2. ^ Tamime, Adnan Y. (2008-04-15). Brined Cheeses (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. ISBN 978-1-4051-7164-9.
  3. ^ "Marzyme Microbial Coagulant" (PDF). BMBtrade.it. 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.