Renggam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Renggam
Negara Malaysia
Negeri Johor Darul Ta'zim
Penubuhan 1950
Kerajaan
 - Ahli Dun Yang Berhormat Datuk Onn Hafiz Bin Datuk Ghazi
Ketinggian 699 kaki (213 m)
Kepadatan (2013)
 - Jumlah 17,430
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) MST (UTC+8)
Min waktu suriaUTC+06:46:48
Renggam

Renggam merupakan nama sebuah bandar yang terletak dalam Daerah Kluang, Johor, Malaysia dan dalam pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. Renggam juga terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 82km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Renggam juga merupakan salah satu pusat perindustrian yang terdapat dalam negeri Johor. Bandar atau Pekan lain yang berdekatan dengan Bandar Renggam adalah Pekan Layang-Layang dan Bandar Simpang Renggam. Bilangan penduduk daerah Simpang Renggam kini melebihi 70,000 orang dan kawasan bandar Renggam itu sendiri mempunyai 17,430 penduduk manakala Bandar Simpang Renggam pula mempunyai penduduk sekitar hampir 26,000 orang.

Asal usul nama Renggam bermula pada sekitar tahun 1950 iaitu peristiwa letusan Gunung Berapi Krakutwa pada tahun 1950 telah mewujudkan penempatan baru disekitar daerah Kluang selatan. Sebuah bukit telah terbelah dua dan menjadi renggang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'renggang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. Sebutan 'Renggang' lama kelamaan telah menjadi 'Renggam'. Itulah asal usul nama Renggam yang telah digunapakai dari dahulu sehingga kini.[perlu rujukan]

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom iaitu ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga kehari ini.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Sukan[sunting | sunting sumber]

Stadium Mini Bandar Renggam

Stadium Mini Bandar Renggam

  • Padang
  • Lampu ‘Spotlight'
  • Tempat Duduk Penonton
  • Tandas Lelaki/Wanita
  • Stor
  • Gerai
  • Bilik Suis

Kemudahan Lain

  • Gelanggang Sepak Takraw
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Gelanggang Bola Jaring

Kemudahan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Klinik Kesihatan Renggam

Bagi kemudahan kesihatan, Bandar Renggam tidak mempunyai sebuah Hospital. Terdapat sebuah klinik kesihatan yang terletak berhampiran dengan Bandar Renggam.

Kemudahan Perpustakaan Awam[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini Bandar Renggam mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Kawasan perumahan yang dikenali sebagai KEMAS. Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam. Perpustakaaan ini beroperasi dari hari ahad hingga khamis dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kemudahan Bomba[sunting | sunting sumber]

Renggam mempunyai sebuah balai bomba Kelas A iaitu Balai Bomba Daerah bertempat di Kampung Melayu Renggam.

Kemudahan Polis[sunting | sunting sumber]

Renggam mempunyai sebuah balai polis Kelas C iaitu Balai Polis Daerah bertempat di Kampung Melayu Renggam.Ketua Polis balai Renggam berpangkat Sarjan Mejor (SM) dan mempunyai kekuatan seramai 12 orang

Kemudahan Pos[sunting | sunting sumber]

Bersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di tengah-tengah bandar Renggam yang menyediakan perkhidmatan pos.

Kemudahan Internet[sunting | sunting sumber]

Internet dapat diakses melalui langganan perkhidmatan melalui Telekom Malaysia. Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan Streamyx dan Unifi di Renggam. Celcom dan SKMM juga menyediakan perkhidmatan yang sama untuk penduduk bandar Renggam.

Kemudahan Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)[sunting | sunting sumber]

Stesen Keretapi Rengam

Rengam Railway Station

  • Perkhidmatan Keretapi Antarabandar

Semua perkhidmatan keretapi antarabandar dari selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan, akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen keretapi Renggam

  • Senarai Perkhidmatan KTM Antarabandar
  1. Ekspres Senandung Sutera: "No 25 turun 4.41am" (KL Sentral-Renggam-JB Sentral-Woodlands CIQ)
  2. Ekspres Sinaran Timur: "No 15 turun 6.15pm" (Tumpat-Renggam-JB Sentral-Woodlands CIQ)
  3. Ekspres Senandung Timuran: "No 26 naik 10.12pm" (Woodlands CIQ-JB Sentral-Renggam-Tumpat)
  4. Ekspres Sinaran Selatan: "No 12 naik 3.56pm" (Woodlands CIQ-JB Sentral-Renggam-KL Sentral)
  5. Transit Singapore-Tumpat: "91 naik 12.35pm / 92 turun 4.21pm" (Woodlands CIQ-JB Sentral-Renggam-Tumpat / Tumpat-Renggam-JB Sentral-Woodlands CIQ)

Terminal Bas Renggam[sunting | sunting sumber]

Renggam Bus Station, Pusat Bandar Renggam

  • Perkhidmatan Bas Antarabandar
  1. Renggam Bus Sdn. Bhd. (Renggam-Kluang & Renggam-Simpang Renggam)
  2. Layang-Layang Mini Bus (Renggam-Layang2)
  • Perkhidmatan Bas Ekspres
  1. Five Stars Express [The One Travel & Tours] : Renggam to Singapore & Johor Bahru (Bus from Kluang via Renggam & Simpang Renggam)
  • Perkhidmatan Teksi Bandar dan Antarabandar also depart in this terminal.

Penempatan[sunting | sunting sumber]

  1. Pusat Bandar Renggam
  2. Taman Srijaya
  3. Kampung Melayu
  4. Kampung Baru Cina
  5. Kampung Tengah
  6. Kampung Baru
  7. Kampung Sri Tanjung
  8. Kampung Baru Sungai Sayong
  9. Rumah Murah Fasa I & II
  10. Ladang-Ladang

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai nama sekolah yang terletak di kawasan Renggam

  • Sekolah Menengah kebangsaan Dato' Haji Hassan Yunos
  • Sekolah Kebangsaan Jubli Intan Renggam
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Renggam
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chin Chiang
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Bukit
  • Sekolah Kebangsaan Sri Kampung Renggam

Lihat juga[sunting | sunting sumber]