Reog

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salah satu tarian Reog
Topeng barong reog yang dipakai sebagai tarikan penutup

Reog adalah salah satu seni yang ada di Jawa Timur bagian barat-laut dan Ponorogo dianggap sebagai kota asal Reog yang sebenarnya. Di daerah ini keadaan budaya masyarakat masih kuat dengan hal-hal yang berkait dengan sihir dan buktikan dengan kemampuan mereka (masyarakat Ponorogo) dan Religi/Kebatinan yang sangat kuat.

Pada dasarnya masyarakat Ponorogo hanya mengikuti apa yang menjadi warisan leluhur mereka sebagai pewarisan budaya yang sangat kaya. Dalam pengalamannya Seni Reog merupakan ciptaan kretif manusia yang terbentuk adanya aliran kepercayaan yang ada secara turun temurun dan terjaga. Upacaranya pun menggunakan syarat-syarat yang tidak mudah bagi orang awam untuk memenuhinya tanpa adanya garis keturunan yang jelas. mereka menganut garis keturunan Keluarga dan hukum adat yang masih berlaku. [1]

Pementasan Seni Reog[sunting | sunting sumber]

Reog Ponorogo

Reog modern biasanya dipentaskan dalam beberapa majlis istimewa seperti perkahwinan, berkhatan dan hari-hari perayaan Nasional. Seni Reog Ponorogo terdiri dari beberapa rangkaian 2 hingga 3 tarian pembukaan. Tarian pertama biasanya dibawakan oleh 6-8 pemuda gagah berani dengan pakaian serba hitam, dengan muka disolek warna merah. Para penari ini menggambarkan sosok singa yang berani. Berikutnya adalah tarian yang dibawakan oleh 6-8 gadis yang menaiki kuda. Untuk reog tradisi, penari ini biasanya dibawa oleh penari lelaki yang berpakaian wanita. Tarian ini dinamakan tarian jaran kepang, yang harus dibedakan dengan seni tari yang lain seperti tarian kuda kepang.

Tarian pembukaan lainnya jika ada biasanya berupa tarian oleh kanak-kanak yang membawakan adegan lucu.

Setelah tarian pembukaan tamat, barulah tarian asas ditarikan bergantung kepada majlis tarian reog ditarikan. Jika berkaitan dengan perkahwinan maka akan ditampilkan adegan percintaan. Untuk majlis khatan/bersunat, biasanya cerita pahlawan akan ditarikan.

Adegan dalam seni reog biasanya tidak menurut aturan senario yang tetap. Di sini sering berlaku interaksi antara pemain dan dalang (biasanya pemimpin rombongan) dan kadang-kadang dengan penonton. Terkadang seorang pemain yang sedang pentas dapat digantikan oleh pemain lain bila pemain tersebut kelelahan. Yang lebih dipentingkan dalam pementasan seni reog adalah memberikan kepuasan kepada penontonnya.

Adegan terakhir adalah singa barong, di mana pelaku memakai topeng berbentuk kepala singa dengan mahkota yang terbuat dari bulu burung merak. Berat topeng ini mampu mencecah 50-60 kg. Topeng yang berat ini dibawa oleh penarinya menggunakan gigi. Kemampuan untuk membawakan topeng ini selain diperoleh dengan latihan yang berat, juga dipercaya diperolehi dengan amalan kebatinan seperti puasa dan tapa. [2]

Persamaan[sunting | sunting sumber]

Sejenis tarian yang dikenali sebagai tarian Barongan yang ditarikan di Malaysia, terutama di Johor turut menyerupai tarian Reog. [3]. Tarian Barongan, memiliki prop yang sama dan utama iaitu topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu burung Merak. Rakyat Ponorogo, Indonesia sangat marah dengan hal ini dan memprotes Malaysia dan menganggap Malaysia telah meniru tarian Reog. Pengamal tarian Reog juga mengancam penghantaran dadak merak ke Malaysia. [4], [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Indonesia) Reog di Jawa Timur, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan, Jakarta, 1978-9
  2. ^ (Indonesia) Herman Joseph Wibowo. Drama Tradisional Reog: Suatu Kajian Sistem Pengetahuan Dan Religi,' in Laporan Penelitian JARAHNITRA, Balai Kajian Sejarah Dan Nilai Tradisional Yogyakarta, 1995-6, pp. 1-59, dan kaset video no 24, 14/7/1991, arsip video milik Josko Petkovic.
  3. ^ Laman Rasmi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia, www.heritage.gov.my
  4. ^ Perajin Reog Ancam Hentikan Kiriman Dadak Merak ke Malaysia
  5. ^ Perajin Reog Ancam Hentikan Kiriman Dadak Merak ke Malaysia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]