Republik Sosialis Soviet Autonomi Kabardino-Balkaria
| Republik Sosialis Soviet Autonomi Kabardino-Balkaria Кабардино-Балкарская Автономная Советская Социалистическая Республика (Rusia) Къэбэрдей-Балъкъэр Автоном Совет Социал Республикэ (Kabardian) Къабарты-Малкъар Автоном Совет Социалист Республика (Karachai-Balkar) | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| RSSA di RSPS Rusia Republik di Persekutuan Rusia | |||||||||
| 1936–1992 | |||||||||
| |||||||||
Lokasi RSSA Kabardino-Balkaria dalam Soviet Rusia | |||||||||
| Ibu kota | Nalchik | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
| Kerajaan | |||||||||
| • Jenis | Republik Soviet | ||||||||
| • Moto | Къэрал псоми я пролетархэ, фызэгухъэ! (Kabardian) Битеу къыралланы пролетарлары, бирлешигиз! (Karachay-Balkar) "Pekerja dunia, bersatulah!" | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
• Ditubuhkan | 5 Disember 1936 | ||||||||
| 8 April 1944 | |||||||||
• Nama dipulihkan | 11 Februari 1957 | ||||||||
• Dinamakan semula kepada RSSA Kabardino-Balkaria (Kedaulatan diisytihar) | 31 Januari 1991 | ||||||||
• Dinamakan semula ke Republik Kabardino-Balkaria | 16 Mei 1992 | ||||||||
| |||||||||
Republik Sosialis Soviet Autonomi Kabardino-Balkaria merupakan sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSPSR) di bawah Kesatuan Soviet, dan pada asalnya sebahagian daripada Republik Sosialis Soviet Autonomi Pergunungan. Pada 16 Januari 1922, kawasan ini dipisahkan daripada RSSA Pergunungan dan daripada Oblast Autonomi Kabardino-Balkaria yang ditubuhkan pada 1 September 1921. Ia kemudian dinaikkan status menjadi sebuah republik autonomi pada 5 Disember 1936. Pada 30 Januari 1991, Republik Sosialis Soviet Autonomi Kabardino-Balkaria mengisytiharkan kedaulatan negeri.[1] Pada hari ini, wilayah itu dikenali sebagai Republik Kabardino-Balkaria dan merupakan salah satu subjek persekutuan dalam Persekutuan Rusia. Sepanjang kewujudan Kesatuan Soviet, RSSA Kabardino-Balkaria tidak bersempadan dengan mana-mana negara berdaulat lain.
Seperti Republik Sosialis Soviet Autonomi Chechen–Ingush, RSSA Kabardino-Balkaria dihuni oleh dua kumpulan etnik utama. Kedua-dua republik autonomi ini berada dalam RSPSR dan mempunyai orang Rusia sebagai kumpulan etnik terbesar dari segi jumlah penduduk.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Empayar Rusia, Uthmaniyah dan Parsi pernah bersaing untuk menguasai wilayah ini antara abad ke-17 hingga ke-19, dan dalam tempoh itu kawasan tersebut akhirnya berada di bawah kawalan Rusia. Selepas Revolusi Oktober, wilayah ini menyertai Republik Sosialis Soviet Autonomi Pergunungan (RSSA Pergunungan) pada tahun 1921 semasa Perang Saudara Rusia. Pada tahun 1922, kawasan-kawasan tersebut dipisahkan daripada RSSA Pergunungan untuk membentuk Oblast Autonomi Kabardino-Balkaria, dan pada 5 Disember 1936 ia dinaikkan status menjadi Republik Sosialis Soviet Autonomi Kabardino-Balkaria.[2][3]
Pada 8 April 1944, Joseph Stalin menuduh orang Balkar menjadi tali barut dan bekerjasama dengan pihak Jerman Nazi. Tentera yang disyaki sebagai pembelot telah dihantar ke kem tahanan di Asia Tengah.[3][4] Tanah orang Balkar disatukan ke dalam RSSA Kabardin, kecuali Lembah Baksan yang diserahkan kepada Republik Sosialis Soviet Georgia.[5] Selepas perang tamat, kebanyakan mereka yang dibuang negeri dibenarkan pulang, kecuali individu yang benar-benar terlibat dalam komplot anti-Soviet. Pada 11 Februari 1957, nama asal Balkar, RSSA Kabardin telah dipulihkan semula.[5]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Russian S.F.S.R. Autonomous Republics". Dicapai pada 12 Julai 2011.
- ^ a b Templat:Country study
- ^ a b "Kabardino-Balkaria profile". BBC Online. 19 Januari 2011. Dicapai pada 10 Julai 2011.
- ^ "Kommersant - Russia's Daily Online". Kommersant Publishing House. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2011. Dicapai pada 10 Julai 2011.
- ^ a b "An article from The Columbia Electronic Encyclopedia". Columbia University Press. Dicapai pada 13 Julai 2011.
- Guna tarikh dmy dari December 2020
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Kabardian
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Karachai-Balkar
- Rencana bekas negara yang memerlukan penyelenggaraan
- Republik autonomi di Kesatuan Soviet
- Sejarah Kabardino-Balkaria
- Penubuhan 1936
- Pembubaran 1992
- Pembubaran 1991
- Bekas republik
- Bekas republik sosialis