Republik Czech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Czech
Česká republika
Flag of Republik Czech
Jata bagi Republik Czech
Bendera Jata
Moto: "Pravda vítězí"
Lagu kebangsaan: Kde domov můj
Lokasi the  Republik Czech  (jingga) – di Eropah  (tan & white) – di Kesatuan Eropah  (tan)                  [Petunjuk]
Lokasi the  Republik Czech  (jingga)

– di Eropah  (tan & white)
– di Kesatuan Eropah  (tan)                  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Praha
Bahasa rasmi Bahasa Czech (de facto)1
Agama tanpa kepercayaan (59%), Khatolik (26,8%)
Demonim Czech
Kerajaan Republik
Miloš Zeman
Bohuslav Sobotka
Kemerdekaan
• daripada Austria-Hungary
28 Oktober 1918
• Pembubaran Czechoslovakia
1 Januari 1993
• Air (%)
2.0
Penduduk
• Anggaran 2015
10,553,443 (ke-79)
• Bancian 2001
10,230,060
KDNK (PPP) anggr. 2006 IMF 
• Jumlah
$236.536 bilion (ke-41)
• Per kapita
$23,100 (ke-33)
KDNK (nominal) anggr. 2006 IMF 
• Jumlah
$141.801 bilion (ke-41)
• Per kapita
$13,848 (ke-39)
Gini (1996) 25.4
low · 5th
HDI (2004) 0.885
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-30
Mata wang Koruna Czech (CZK)
Zon waktu CET (UTC+1)
• Musim panas (DST)
CEST (UTC+2)
Kod panggilan 420
Internet TLD .cz

Republik Czech ialah sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah. Republik ini bersempadan dengan Poland di utara, Jerman di barat laut dan barat, Austria di selatan dan Slovakia di timur. Ibu negara republik ini ialah Praha. Republik Czech terbentuk daripada tiga kawasan iaitu Bohemia, Moravia, dan sebahagian Silesia.

Republik Czech menyertai NATO pada tahun 1999 dan Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2004. Selain itu, ia merupakan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OECD dan Majlis Eropah. Republik Czech merupakan sebuah negara membangun, mempunyai ekonomi yang kukuh, memiliki taraf hidup yang tinggi dan maju.

Pada 1993, Kementerian Hal Ehwal Luar negara ini mengumumkan nama Czechia (Česko dalam bahasa Czech) untuk semua keadaan kecuali dokumen rasmi kerajaan dan nama institusi kerajaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Republik Czech

Sejak tahun 400 Sebelum Masihi, kawasan Republik Czech pada hari ini telah didiami dan dihuni oleh bangsa Celtic. Orang-orang Rom memanggil mereka "Boii" sekali gus orang Rom memberikan nama Bohemia kepada mereka. Seterusnya kira-kira 100 Masihi, puak Jermanik yang dipanggil Marcomanni menguasai kawasan ini. Orang Rom berdagang dengan orang Marcomanni dan kadang kala mereka menentang sesama mereka.

Pada abad ke-6, orang Slav memasuki kawasan Republik Czech kini. Menurut legenda, seorang lelaki yang bernama Čech mengetuai mereka. Walau bagaimanapun pada abad ke-9, sebuah bangsa iaitu Moravia berasal dari sempadang Republik Czech dan Slovakia telah mencipta sebuah empayar di Eropah Tengah. Empayar ini disebut sebagai Empayar Moravia Raya dan ia meliputi kawasan Republik Czech, Slovakia dan sebahagian Jerman dan Poland sekarang.

Mubaligh-mubaligh Jerman membawa masyarakat empayar ini memeluk agama Kristian. Kemudian seorang pemerintah yang bernama Ratislav (846-870) meminta Maharaja Byzantine untuk mengirimkan mubaligh. Kemudian, Maharaja Byzantine menghantar Saint Cyril dan Methodius.

Saint Wenceslas mewarisi takhta Bohemia pada tahun 921 di kala beliau berusia 14 tahun. Di bawah pemerintahannya, beliau cuba memujuk rakyatnya untuk memeluk agama Kristian. Namun, Boleslav iaitu adik kandung Wenceslas bertindak menentang abang kandungnya sendiri. Pada tahun 929, Wenceslas mati dibunuh oleh orang-orang suruhan Boleslav. Selepas peristiwa tersebut, Wenceslas dikanonisasikan menjadi orang suci (saint). Tambahan lagi, agama Kristian terus tersebar dan semua orang Bohemia akhirnya memeluk agama tersebut.

Empayar Moravia mencapai zaman kegemilangannya ketika di bawah pemerintahan Svatopluk (871-894). Walau bagaimanapun pada tahun 896, sebuah bangsa ganas dari timur yang dipanggil Magyar menyerang Empayar Moravia. Mereka menakluki Slovakia tetapi tanah Czech terselamat dan bebas daripada ancaman tersebut.

Zaman Pertengahan[sunting | sunting sumber]

Perbezaan suku-suku di tanah Czech kini secara beransur-ansur bersatu di bawah dinasti Přemyslid. Walau bagaimanapun, orang-orang Jerman membayangi mereka. Pada tahun 950, Bohemia menjadi sebahagian daripada Empayar Suci Rom.

Pada awal abad ke-9, Charlemagne menakluki sebahagian besar kawasan Eropah Tengah dan Barat. Beliau mendakwa bahawa dirinya sebagai penerus maharaja Rom lama (walaupun empayarnya tidak meliputi Rom).

Selepas kemangkatan Charlemagne, empayarnya berpecah kepada tiga bahagian. Bahagian timur empayar akhirnya menjadi Jerman. Bagaimanapun penguasa timur mengekalkan gelaran maharaja. Pada saat itu, kerajaannya dikenali sebagai Empayar Suci Rom. Orang Czech menentang segala campur tangan dan ancaman daripada Maharaja Suci Rom dalam urusan domestik mereka.

Pada abad ke-13, Bohemia (Republik Czech) menjadi sebuah negeri yang makmur. Emas dan perak ditemui dan perlombongan menjadi industri terpenting. Peneroka, pekebun dan pelombong dari Jerman didorong dan menetap di Bohemia. Kota-kota dan perdagangan semakin berkembang pesat. Dinasti Premyslid berakhir pada tahun 1306 apabila Raja Vaclav III dibunuh. Akhirnya, bangsawan-bangsawan Czech menawarkan takhta tersebut kepada John dari Luxembourg, suami kepada kakak Vaclav.

Abad ke-14 merupakan saat kegemilangan bagi orang Czech. John yang memerintah hingga tahun 1346 banyak menghabiskan masa di luar negara tetapi anak lelakinya, Karel IV menjadi seorang penguasa hebat. Di bawah pemerintahannya, Bohemia menjadi sebuah negeri kaya dan berkuasa. Pada tahun 1355, beliau diplih menjadi Maharaja Suci Rom. Pada tahun 1356, beliau menerbitkan Piagam Emas yang menegaskan bahawa Empayar Suci Rom merupakan sebuah persekutuan negara-negara yang berdaulat dan bukan hanya sebuah kerajaan biasa. Selain itu, Karel turut memperkenalkan cara pertanian lebih efisien dan berkesan dari Perancis. Secara tidak langsung, lombong-lombong emas dan perak menjadikan Bohemia sebagai sebuah negeri makmur. Karel juga membina banyak bangunan-bangunan awam dan bidang kesenian berkembang pesat di bawah pemerintahan beliau. Lebih-lebih lagi pada tahun 1348, Karel menubuhkan sebuah universiti di Prague sekali gus merupakan universiti pertama dibina di Eropah Tengah.

Husite[sunting | sunting sumber]

Pada lewat abad ke-14, gereja menjadi amat berkuasa dan kaya raya. Namun kuasanya semakin merosot. Gereja berpecah dan terdapat dua paus yang mendakwa mereka merupakan paus yang 'benar'. Sesetengah rakyat mula menuntut reformasi. Di England, John Wycliffe mengkritik kepercayaaan dan pengamalan gereja. Ajarannya tersebar ke Universiti Prague.

Kemudian, Jan Hus mengetuai golongan yang menuntut reformasi. Pada mulanya, raja pada masa itu rela menyokong Husite atas sebab politik. Walau bagaimanapun, Universiti Prague ditubuhkan bukan sahaja untuk pelajar Czech dari seluruh Empayar Suci Rom. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan yang dipanggil bangsa Saxon, Bavaria, Poland dan Czech. Setiap daripada mereka mempunyai hak kebebasan bersuara yang sama. Walau bagaimanapun pada tahun 1409, Vaclav IV mengubah sistem ini. Beliau menetapkan bahawa pada masa depan negara Czech akan mempunyai 3 undian dan negara-negara lain akan hanya mempunyai satu undian. Perubahan ini memaksa pelajar dan pensyarah Jerman meninggalkan universiti. Namun, Vaclav IV mengubah pandangannya pada tahun 1412 apabila beliau ditawarkan sejumlah wang hasil penjualan sijil indulgensi.[nb 1] Husite tidak bersetuju dengan tindakan si raja sekali gus mereka berpisah.

Pada tahun 1412, Hus dan pengikutnya diusir dari Universiti Prague dan mereka dikucilkan. Kemudian, mereka sering mengembara sebagai mubaligh. Akhirnya, Hus dipanggil ke Majlis Constance untuk membalas tuduhan sesat terhadapnya. Maharaja Suci Rom, Sigismund berjanji kepadanya bahawa beliau selamat menyebarkan ajarannya. Malangnya, Hus mati dibakar pada Julai 1415.

Setelah peristiwa itu, banyak amalan dan kepercayaan gereja di Czech diperbaharui. Segelintir paderi disingkirkan daripada paroki. Walau bagaimanapun pada tahun 1419, Raja Vaclav IV bertindak mengembalikan semula paderi-paderi yang disingkirkan itu. Hal ini mencetuskan pemberontakan. Selain itu, pengikut-pengikut Hus mencampak musuhnya dari tingkap bangunan.

Dalam pertempuran Vitkov pada tahun 1420, Jan Žižka memimpin pihak Husite menentang 'tentera Salib'. Husite mengepung tentera musuh dan mereka menggunakan gerobak kayu sebagai perlindungan. Orang wanita juga terlibat bersama laki-laki dan mereka menggunakan alatan-alatan pertanian yang diselaraskan menjadi senjata. Dengan menggunakan kaedah tidak lazim, mereka berjaya menghancurkan tentera salib dalam pertempuran Vitkov.

Sementara itu, Husite berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan sayap yang lebih radikal menubuhkan sebuah kota baru yang dipanggil Tábor sekali gus mereka dikenali sebagai Taborite. Kumpulan ini bukan sahaja mengkritik gereja malahan mereka mereka menyerang gereja dan merampas banyak harta benda. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mereka tidak dikenali dalam kalangan golongan atasan. Selain itu, satu lagi kumpulan sayap Husite yang hidup lebih bersederhana. Mereka lebih warak dan tidak menginginkan perubahan sosial. Golongan ini digelar Utraquist. Pada mulanya, Taborite dan Utraquist bersama-sama menentang Gereja Katolik. Seterusnya, "The Bohemian Diet" (parlimen) menyusun Empat Artikel Prague yang bermaksud mereka perlu berkompromi satu sama lain. Namun persatuan ini tidak bertahan lama.

Pada tahun 1431, tentera Katolik tewas dalam pertempuran Domažlice. Setelah itu gereja Katolik menyedari bahawa ia harus menggunakan cara diplomasi. Pada tahun 1433, mereka berdamai dengan Utraquist. Pihak Taborite pula menolak untuk berdamai sekali gus memaksa Utraquist memusuhi dan menentangnya.[nb 2] Pada tahun 1434, Utraquist bersama-sama Katolik menewaskan Taborite dalam pertempuran Lipany.

Pada abad ke-15, Bohemia seperti negara-negara Eropah Tengah lain menerima ancaman daripada Turki Uthmaniyyah. Sementara itu, Bohemia mempunyai pengganti raja yang lemah di samping golongan bangsawan Czech menjadi lebih berkuasa dan kukuh untuk membiaya raja Bohemia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Republik Czech

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Kawasan geografi Republik Czech merangkumi muka bumi yang berbeza-beza. Bohemia merupakan kawasan barat republik ini yang di lintasi sungai Elbe dan Vltara. Daratan ini dikelilingi oleh gunung-ganang yang rendah seperti Sudeten yang merupakan sebahagian kawasan Krkonoše. Di kawasan Krkonoše ini terletaknya puncak tertinggi negara ini iaitu Sněžka yang mencapai ketinggian 1,602 meter. Kawasan timur negara ini, Moravia, mempunyai muka bumi berhilir-hilir dan di lintasi Sungai Morava. Kawasan ini juga merupakan punca Sungai Oder. Sungai-sungai Republik Czech mengalir ke arah tiga lautan iaitu Laut Hitam, Laut Utara an Laut Baltik. Suhu tempatan negara ini bertukar mengikut musimnya dan cuaca harian di pengaruhi oleh kawasan daratan dan lautan di sekelilingnya.

Daerah Ibu kota
Praha*  
Daerah Bohemia Tengah (Středočeský kraj) Pejabatnya terletak di Praha
Daerah Bohemia Selatan (Jihočeský kraj) České Budějovice
Daerah Plzeň (Plzeňský kraj) Plzeň
Daerah Karlovy Vary (Karlovarský kraj) Karlovy Vary
Daerah Usti nad Labem (Ústecký kraj) Ústí nad Labem
Daerah Liberec (Liberecký kraj) Liberec
Daerah Hradec Kralove (Královéhradecký kraj) Hradec Králové
Daerah Pardubice (Pardubický kraj) Pardubice
Daerah Olomouc (Olomoucký kraj) Olomouc
Daerah Moravia-Silesia (Moravskoslezský kraj) Ostrava
Daerah Moravia Selatan (Jihomoravský kraj) Brno
Daerah Zlin (Zlínský kraj) Zlín
Daerah Vysocina (Vysočina) Jihlava

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Republik Czech

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indulgensi ialah sebuah sijil atau dokumen. Jika seseorang membelinya, dosa-dosanya akan diampunkan
  2. ^ Golongan kaya Czech takut dan khuatir terhadap Taborite kerana mereka menentang perintah sosial yang sedia ada.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]