Republik Demokratik Moldavia
Republik Demokratik Moldavia Republica Democratică Moldovenească (Romania) | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1917–1918 | |||||||||
| |||||||||
| Lagu kebangsaan: "Deșteaptă-te, române!"[1] ("Bangkitlah, rakyat Romania!") | |||||||||
Wilayah dituntut oleh Republik Demokratik Moldavia | |||||||||
| Ibu negara | Chișinău | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Romania, Rusia | ||||||||
| Kerajaan | Republik | ||||||||
• 1917–1918 | Ion Inculeț | ||||||||
| Badan perundangan | Sfatul Țării | ||||||||
| Era Sejarah | Perang Dunia Pertama | ||||||||
• Didirikan | 15 Disember 1917 | ||||||||
• Kemerdekaan | 6 Februari 1918 | ||||||||
| 9 April 1918 | |||||||||
| |||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Moldova Ukraine | ||||||||
Republik Demokratik Moldavia (bahasa Inggeris: Moldavian Democratic Republic disingkatkan MDR; Romania: Republica Democratică Moldovenească, RDM), juga dikenali sebagai Republik Moldavia atau Republik Rakyat Moldavia, merupakan sebuah negara yang diisytiharkan pada 15 Disember 1917 oleh Sfatul Țării (Majlis Kebangsaan) Bessarabia, yang dipilih pada Oktober–November 1917 selepas Revolusi Februari dan permulaan perpecahan Empayar Rusia.
Sfatul Țării berfungsi sebagai badan perundangan, manakala "Majlis Pengarah Jeneral", yang dinamakan semula sebagai "Majlis Menteri" selepas Pengisytiharan Kemerdekaan, bertindak sebagai kerajaan. Republik ini diisytiharkan pada 2/15 Disember 1917, hasil Perisytiharan Hak-hak Bangsa-bangsa Rusia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Republik Demokratik Moldavia wujud antara 1917 hingga 1918 dan melalui tiga fasa utama: autonomi dalam Rusia, kemerdekaan, dan persekutuan dengan Romania. Pada 2 Disember 1917, Moldavia mengisytiharkan dirinya sebagai republik autonomi di bawah Republik Demokratik Persekutuan Rusia,[2] dengan Sfatul Țării (Majlis Kebangsaan) sebagai badan perundangan dan Majlis Pengarah Jeneral sebagai kerajaan. Namun demikian, dalam beberapa hari, Bolshevik mengambil alih Chișinău,[3] ibu kota republik yang baru terbentuk, menimbulkan huru-hara dan melemahkan kuasa Republik.
Pada Januari 1918, setelah ahli nasionalis Sfatul Țării meminta bantuan tentera daripada Romania. Tentera Romania memasuki Moldavia pada 10 Januari dan menguasai ibu kota dalam beberapa hari.[4] Dengan penguasaan tentera Romania, pada 24 Januari, Moldavia mengisytiharkan kemerdekaan sepenuhnya. Dalam tempoh ini, terdapat kekacauan sosial kerana tentera Rusia yang mundur dan pengaruh Bolshevik, dan para petani mula membahagikan tanah besar kepada diri mereka sendiri.
Pada 27 Mac 1918, Moldavia memasuki persekutuan bersyarat dengan Kerajaan Romania, mengekalkan autonomi provinsi dan badan perundangan Sfatul Țării. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir, pada 27 November 1918, Sfatul Țării mengisytiharkan penggabungan tanpa syarat Bessarabia dengan Romania,[5] menamatkan Republik Demokratik Moldavia secara rasmi. Penggabungan ini kemudian disahkan melalui Perjanjian Paris pada 1920. Sepanjang kewujudannya yang singkat, Republik Demokratik Moldavia mempunyai tiga Perdana Menteri: Pantelimon Erhan, Daniel Ciugureanu dan Petru Cazacu.
Catatan
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Republik Demokratik Moldavia |
- ^ Andrieș-Tabac, Silviu (2008). "Simbolurile Republicii Democratice Moldovenești (1917-1918). Interpretări semantice". Tyragetia (dalam bahasa Romania). 2 (2): 291–294.
- ^ Michael Bruchis (1996). The Republic of Moldavia: from the collapse of the Soviet empire to the restoration of the Russian empire. East European Monographs. ISBN 9780880333733.
- ^ Jan Rychlík; Bohdan Zilynskyj; Paul Robert Magocsi (2015). Dějiny Ukrajiny [The History of Ukraine] (dalam bahasa Czech) (ed. 1st). Czech Republic: Nakladatelství Lidové Noviny. m/s. 261. ISBN 978-80-7106-409-1.
- ^ van Meurs, Wim, The Bessarabian question in communist historiography, East European Monographs, 1994, p. 65
- ^ Marcel Mitrasca, Algora Publishing, 2007, Moldova: A Romanian Province Under Russian Rule : Diplomatic History from the Archives of the Great Powers, pp. 34-39