Republik Filipina Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Filipina

Republika ng Pilipinas (Filipina)
フィリピン共和国 (きょうわこく) (Jepun)
República de Filipinas (Sepanyol)
1943–1945
Flag of Filipina
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Cogan kata: 
  • "Kapayapaan, Kalayaan, Katarungan" (Filipino)
  • "Keamanan, Kebebasan, Keadilan"
Lagu kebangsaan: Diwa ng Bayan
(Semangat Negara)
Awit sa Paglikha ng Bagong Pilipinas
(Lagu Kelahiran Filipina Baru)
Filipina (merah gelap) dibawah Empayar Jepun (merah terang) ketika tahun puncaknya.
Filipina (merah gelap) dibawah Empayar Jepun (merah terang) ketika tahun puncaknya.
StatusNegara boneka kepada Empayar Jepun
Ibu kotaManila (1942–1945)
Baguio (1945)
Bahasa lazimTagalog, Sepanyol, Jepun
PemerintahanNegara satu parti autoritarianisme republik
Presiden 
• 1943–1945
José P. Laurel
Gabenor Ketenteraan 
• 1943–1944
Shigenori Kuroda
• 1944–1945
Tomoyuki Yamashita
Dipertua 
• 1943–1944
Benigno S. Aquino
PerundanganPerhimpunan Kebangsaan
Era sejarahPerang Dunia II
• Diasaskan
17 Oktober 1943
• Dibubarkan
17 Ogos, 1945
Keluasan
1946343,385.1 km2 (132,581.7 bt2)
Populasi
• 1946
18,846,800
Mata wangPeso
Didahului oleh
Diganti oleh
Suruhanjaya Eksekutif Filipina
Komanwel Filipina
Hari ini sebahagian daripada Filipina

Republik Filipina Kedua, secara rasmi dikenali sebagai Republik Filipina (Bahasa Filipina: Republika ng Filipina; Bahasa Jepun: フィリピン共和国 (きょうわこく), romaji: Firipin kyōwakoku; Bahasa Sepanyol: República de Filipinas) adalah sebuah negara boneka yang ditubuhkan pada 14 Oktober 1943, semasa era pendudukan Jepun.[1]

Presiden Manuel L. Quezon mengisytiharkan ibukota negara Manila sebagai sebuah "kota terbuka", dan meninggalkannya di bawah pemerintahan Jorge B. Vargas, sebagai datuk bandar. Orang Jepun memasuki bandar itu pada 2 Januari 1942, dan mendirikannya sebagai ibu kota. Jepun sepenuhnya menawan Filipina pada 6 Mei 1942, selepas Pertempuran Corregidor.

Jeneral Masaharu Homma memutuskan pembubaran Komanwel Filipina dan menubuhkan Suruhanjaya Eksekutif Filipina, sebuah kerajaan sementara, dengan Vargas sebagai pengerusi pertamanya pada bulan Januari 1942. KALIBAPI- Kapisanan sa Paglilingkod sa Bagong Pilipinas (Tagalog untuk "Persatuan Perkhidmatan untuk Filipina Baru") dibentuk oleh Perisytiharan Bil. 109 dari Suruhanjaya Eksekutif Filipina (Komisyong Tagapagpaganap ng Pilipinas), sebuah undang-undang yang disahkan pada 8 Disember 1942, melarang semua parti politik yang sedia ada dan mewujudkan persekutuan baru yang memerintah. Ketua Pengarah pertamanya ialah Benigno Aquino, Sr. Parti pro-Jepun Ganap, yang melihat orang Jepun sebagai penyelamat di kepulauan itu, diserap masuk ke dalam KALIBAPI.[2] Pada 21 September 1944, Laurel meletakkan Republik di bawah Undang-undang perintah berkurung.[3][4] Pada 23 September 1944, Republik Filipina secara rasmi mengisytiharkan perang menentang Amerika Syarikat dan United Kingdom.[5] Berikutan kembalinya pasukan bersekutu yang dipimpin oleh Amerika, kerajaan Republik Kedua memindahkan ibu kota dari Manila ke Baguio.[6] Republik ini kemudian secara rasmi dibubarkan oleh Laurel di Tokyo pada 17 Ogos 1945.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vellut, J. L. (March 1964). "Foreign Relations of the Second Republic of the Philippines, 1943-1945". Journal of Southeast Asian History. 5 (1): 128. 
  2. ^ William J. Pomeroy, The Philippines: Colonialism, Collaboration, and Resistance, International Publishers Co, 1992, pp. 113-114
  3. ^ "PROCLAMATION NO. 29". Diarkibkan daripada asal pada 27 January 2013. Dicapai 17 Januari 2013.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ DIARY OF JUAN LABRADOR, O.P. OCTOBER 1, 1944. Philippine Diary Project – melalui Facebook. 
  5. ^ JOSE P. LAUREL. "PROCLAMATION NO. 30". Dicapai 25 Januari 2011. 
  6. ^ Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1. Santa Barbara, California: ABC-CLIO. m/s. 776. ISBN 978-1-57607-770-2. Dicapai 27 Januari 2011.