Republik Pertama Czechoslovakia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Czechoslovakia
Československá republika
1918–1938
Bendera Czechoslovakia
Jata negara Czechoslovakia
Bendera (sejak 1920) Jata negara
Cogan kataPravda vítězí / Pravda víťazí
"Truth prevails"
Lagu kebangsaanKde domov můj (Czech)
’Where my home is’

Nad Tatrou sa blýska (Slovak)
’Lightning Over the Tatras’
Republik Czechoslovakia pada tahun 1937
Republik Czechoslovakia pada tahun 1937
Ibu negara
dan bandar terbesar
Prague
Bahasa rasmiCzechoslovakia, Jerman
Bahasa yang umum digunakanCzechoslovakiaa (Czech · Slovak)
DemonimCzechoslovak
KerajaanNegara kesatuan republik berparlimen
Presiden 
• 1918–1935
Tomáš Masaryk
• 1935–1938
Edvard Beneš
Perdana Menteri 
• 1918–1919 (pertama)
Karel Kramář
• 1935–1938 (terakhir)
Milan Hodža
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Senat
Dewan Perwakilan
Era SejarahTempoh antara perang
28 Oktober 1918
29 Februari 1920
30 September 1938
Keluasan
1938140,800 km2 (54,400 bt2)
Populasi
• 1938
14,800,000
Mata wangKoruna Czechoslovakia
Didahului oleh
Diganti oleh

Austria-Hungary
Empayar Jerman
Republik Kedua Czechoslovakia
Reichsgau Sudetenland
Kerajaan Hungary
Republik Poland Kedua
Sekarang sebahagian dari
a. Jerman, Hungarian, Poland, Romani, Ruthenian, dan Yiddish mempunyai status wilayah.

Republik Pertama Czechoslovakia (Czech: První československá republika, Slovak: Prvá česko-slovenská republika), sering disebut sebagai Republik Pertama (Czech: První Republika), adalah negara Czechoslovakia pertama yang wujud dari tahun 1918 hingga 1938, didominasi oleh etnik bangsa Czech dan bangsa Slovak, negara ini biasanya dipanggil Czechoslovakia (Czech dan Slovak: Československo), gabungan Czech dan Slovak; yang beransur-ansur menjadi nama yang paling banyak digunakan untuk negara penggantinya. Ia terdiri daripada bekas wilayah di Austria-Hungary, mewarisi sistem pentadbiran yang berbeza dari bekas Austria (Bohemia, Moravia, sebahagian kecil dari Silesia) dan wilayah-wilayah Hungary (sebahagian besar Hungary Atas dan Carpathia Ruthenia).

Selepas tahun 1933, Czechoslovakia tetap menjadi satu-satunya negara demokrasi de facto yang berfungsi di Eropah Tengah, dibentuk sebagai republik berparlimen. Dibawah tekanan dari kaum minoriti Sudeten Jerman, disokong oleh negara jiran Jerman Nazi, Czechoslovakia dipaksa menyerahkan wilayah Sudetenland miliknya kepada Jerman pada 1 Oktober 1938 sebagai sebahagian dari Perjanjian Munich. Ia juga menyerahkan bahagian selatan Slovakia dan Carpathia Ruthenia kepada Hungary dan wilayah Zaolzie di Silesia kepada Poland. Ini, sebenarnya, mengakhiri Republik Pertama Czechoslovakia. Ia telah digantikan oleh Republik Kedua Czechoslovakia, yang wujud kurang setahun sebelum Jerman menduduki keseluruhan Czechoslovakia pada Mac 1939.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Templat:Czechoslovakia timeline