Republik Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lihat juga Republik Rom (abad ke-18) dan Republik Rom (abad ke-19).
Nama rasmi (seperti tertera di atas wang syiling):
Roma

selepas kira-kira 100 SM:
Senatus PopulusQue Romanus
("Senat dan Rakyat Rom")

Republik Rom

 

509 BC–27 SM

SPQR

Wilayah Rom pada malam pembunuhan Julius Caesar, sekitar 44 SM
Ibu negara Rome
Bahasa Latin (rasmi),
pelbagai bahasa rasmi dituturkan di beberapa tempat termasuk Greek, Ibrani dan Mesir
Agama Politheisme Rom
Kerajaan Republik Oligarchic
Konsul
 - 509–508 SM Lucius Junius Brutus, Lucius Tarquinius Collatinus
 - 27 SM Gaius Julius Caesar Octavianus,
Marcus Vipsanius Agrippa
Perundangan Dewan Rom
Zaman bersejarah Klasik Purba
 - Pencabulan Lucretia 509 BC
 - Caesar diistiharkan diktator seumur hidup 44 SM
 - Pertempuran Actium 2 Oktober 31 SM
 - Octavian diistiharkan sebagai Augustus 16 Januari 27 SM
Keluasan
 - 326 SM[1] 10,000 km2 (3,861 bt persegi)
 - 200 BC[1] 360,000 km2 (138,997 bt persegi)
 - 146 BC[1] 800,000 km2 (308,882 bt persegi)
 - 100 BC[1] 1,200,000 km2 (463,323 bt persegi)
 - 50 BC[1] 1,950,000 km2 (752,899 bt persegi)
Mata wang Matawang Roman
Kini sebahagian daripada

Republik Rom merupakan satu fasa dalam tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh bentuk kerajaan republik. Tempoh republik bermula dengan penggulingan pemerintahan beraja pada tahun 510 SM dan berlangsung sehingga satu siri perang-perang saudara membentukkan Empayar Rom. Tarikh tepat ketika Republik Rom bertukar menjadi Empayar Rom adalah suatu perkara yang bergantung kepada tafsiran, dan sebilangan pilihan yang biasa termasuk:

Bagaimanpun, perbezaan ini hanya dibuat terutamanya oleh ahli-ahli sejarah, dan bukan oleh orang-orang Rom pada zaman itu. Maharaja-maharaja Julio-Claudia yang awal menegaskan bahawa res publica masih wujud di bawah perlindungan kuasa-kuasa baginda dan akhirnya akan dikembalikan ke bentuk republik.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Wilayah Rom

Kota Rom terletak di tebing Sungai Tiber yang dekat sekali dengan pantai barat Itali dan yang menandakan sempadan antara wilayah Latium (wilayah yang mana bahasa dan budaya Latin adalah terutama) di selatan, dengan wilayah Etruria (wilayah yang mana bahasa dan budaya Etruria adalah terutama) di utara.

Republik Rom berkembang daripada negara kota yang tunggal ini, dan kemudian menyerap:

Struktur republik[sunting | sunting sumber]

Asal etnik[sunting | sunting sumber]

Toga ialah pakaian tipikal warganegara Rom. Wanita Rom (yang tidak dianggap sebagai warganegara) dan orang-orang bukan warganegara Rom tidak dibenarkan memakai pakaian ini.

Serupa dengan kebanyakan perkara mengenai Rom awal, asal-asal etnik orang Rom tidaklah jelas. Berkediaman di sempadan Latium dan Etruria, adakah orang Rom merupakan orang Itali kuno dari kawasan Latin yang dipengaruhi (sesetengah orang mengatakan bahawa mereka ditakluk) oleh orang Etruria, ataupun mereka merupakan orang Etruria yang dipengaruhi oleh orang Itali tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa orang-orang Rom amat dipengaruhi oleh kedua-dua budaya ini, dan menggabungkan aspek-aspek kedua-dua budaya ini.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kewarganegaraan Rom

Republik Rom terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat, dengan setiap kelas mempunyai hak, peranan, dan status yang berbeza di bawah undang-undang Rom.

Warganegara penuh Rom sentiasa merupakan lelaki-lelaki yang bebas dan berharta. Mereka bersama-sama dengan keluarga mereka terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu ningrat dan marhaen. Kelas ini adalah diwarisi berdasarkan keturunan masing-masing. Pada awal Republik, golongan ningrat memonopoli semua jawatan politik dan mungkin juga kebanyakan kekayaan negara, tetapi terdapat juga marhaen-marhaen yang kaya dan berpengaruh pada tempoh pertengahan kedua dalam rekod-rekod republik. Begitu juga, terdapat banyak keluarga ningrat yang hilang kedua-dua kekayaan dan pengaruh politik pada tempoh pertengahan kedua ini. Menjelang abad ke-2 SM, perbezaan antara kedua-dua golongan lebih bersifat dari segi keagamaan, kerana sebahagian besar kepaderian telah dikhaskan hanya untuk golongan ningrat.

Hak-hak wanita Rom berbeza-beza secara meluas pada sepanjang sejarah Republik. Bagaimanapun, mereka tidak diberikan kesemua hak warganegara; umpamanya, mereka tidak dibenarkan mengundi atau menyandang jawatan kerajaan, walaupun mereka telah diberikan hak untuk memiliki harta.

Masyarakat Rom juga mempunyai kelompok hamba abdi yang besar dan yang langsung tidak mempunyai hak di bawah undang-undang Rom. Mereka dianggap sebagai harta dan boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemilik mereka. Kematian seseorang hamba abdi tidak dianggap sebagai jenayah terhadap seorang manusia. Bagaimanapun, seorang hamba abdi yang bebas, iaitu bekas hamba abdi, diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan penuh Rom, tetapi mereka serta keturunan mereka selama tiga generasi tidak berhak menyandang sebarang jawatan kerajaan [2].

Kewarganegaraan Rom juga dipergunakan sebagai alat dasar luar negara dan kawalan. Tanah-tanah jajahan dan sekutu-sekutu politik diberikan sejenis bentuk kewarganegaraan Rom yang bertaraf "rendah"; terdapatnya banyak peringkat kewarganegaraan dan hak undang-undang yang bersenggat, antaranya Hak Latin. Harapan untuk kedudukan yang lebih baik dalam "lingkungan pengarah" Rom, serta persaingan untuk kedudukan dengan jiran-jiran, telah memeliharakan tumpuan kebanyakan jiran dan sekutu terhadap status quo budaya Rom, berbanding mencuba mensubversikan atau menggulingkan pengaruh Rom.

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Topik-topik Kerajaan Rom
Kemaharajaan Rom
Republik Rom
Empayar Rom
Prinsipat Dominat
Empayar Barat Empayar Timur
Majistret biasa
Majistret luar biasa
Jawatan, gelaran, dan gelaran kehormat
Politik dan undang-undang:

Kerajaan republik Rom ialah sebuah sistem yang rumit yang bukan sahaja didasarkan pada undang-undang tetapi juga pada adat resam serta tradisi, dan kelihatan mempunyai banyak lebihan dalam sistemnya.

Dewan undangan dan majistret[sunting | sunting sumber]

Kerajaan republik, sekurang-kurangnya dari segi teori, berdasarkan pembahagian tanggungjawab antara berbagai-bagai dewan undangan, dengan ahli-ahlinya (atau kumpulan-kumpulan) mengundi tentang perkara-perkara yang dikemukakan dalam dewan masing-masing. Dewan-dewan undangan ini termasuk:

Keahlian kepada dewan-dewan undangan ini terhad kepada faktor-fakor seperti kelas, susunan, keluarga and pendapatan.

Banyak daripada dewan-dewan undangan ini mempunyai peranan yang khusus dan tertentu. Umpamanya, Dewan Undangan Curiata mengurniakan Imperium kepada majistret-majistret Rom. Bagaimanapun, salah dua daripad dewan-dewan undangan ini menguasai kehidupan politik Republik, iaitu Dewan Undangan Marhaen, serta Senat Rom.

Orang-orang Rom mematuhi dua prinsip untuk majistret-majistret mereka: ketahunan, iaitu pematuhan jangka masa setahun bagi setiap tempoh, dan kekolejan, iaitu pemegangan jawatan yang sama oleh sekurang-kurang dua orang pada waktu yang sama. Umpamanya, jawatan konsul yang merupakan jawatan tertinggi, sentiasa dipegang oleh dua orang bersama-sama, dengan setiap konsul mempunyai kuasa veto terhadap sebarang tindakan oleh konsul yang lain. Jika seluruh angkatan tentera Rom bertempur, angkatan itu diketuai oleh kedua-dua konsul yang mengambil giliran harian untuk mengetuai angkatan tentera. Banyak jawatan dipegang oleh lebih daripada dua orang; pada tempoh pertengahan kedua Republik, terdapatnya lapan praetor dan 20 kuestor pada setiap tahun.

Jawatan diktator merupakan kekecualian yang tunggal terhadap prinsip ketahunan serta kekolejan, dan jawatan penapis terhadap prinsip ketahunan. Pada masa kecemasan tentera, seorang diktator tunggal akan dipilih untuk tempoh enam bulan bagi tujuan mengetuai negara Rom secara tunggal. Pada tempoh yang tetap, tetapi bukan secara bertahunan, dua penapis akan dipilih untuk tempoh 18 bulan setiap lima tahun.

Undang-undang dan "perlembagaan" Rom[sunting | sunting sumber]

Evolusi kerajaan republik[sunting | sunting sumber]

Semasa tempoh awal dan pertengahan Republik, Rom Senat yang mempunyai martabat yang tertinggi kerana terdiri daripada golongan bangsawan (termasuk banyak bekas majistret) yang mempunyai kekayaan dan pengaruh politik, adalah utama di negara.

Pada tahun-tahun akhir Republik, satu pembahagian berkembang dalam Senat dengan kemunculan dua puak: Optimat dan Populares. Puak Optimat menyokong bentuk-bentuk tradisi kerajaan Rom, sedangkan puak Populares merupakan mereka yang mempergunakan fakta bahawa Dewan Undangan Marhaen mempunyai kuasa pelulusan undang-undang (ketentuansuara) untuk mengejar pengaruh politik mereka di luar Senat. Oleh sebab Senat menguasai kewangan negara, ini mengakibatkan pertikaian antara Senat dengan Dewan Undangan Marhaen. Banyak ahli politik yang mempunyai cita-cita tinggi mempergunakan pertikaian ini untuk memajukan kerjaya politik mereka, dan menonjolkan diri sebagai johan untuk "tradisi Rom", atau untuk "Rakyat".

Tentera[sunting | sunting sumber]

Legion Rom merupakan tulang belakang kuasa tentera Rom. Rom mempergunakan legion-legionnya untuk memperluas sempadannya sehingga menguasai kebanyakan Eropah dan kawasan-kawasan di sekeliling Laut Mediterranean.

Legion Rom adalah jentera tentera yang terpiawai, teratur, dan terdisiplin, dan merupakan salah satu daripada angkatan-angkatan tentera pertama yang menerima pemodenan di dunia. Keberanian seseorang askar dianggap kurang penting berbanding peranan angkatan tentera pada keseluruhannya. Pelengkapan, taktik, pembentukan, dan undang-undang tentera distandardkan dan dilaksanakan dengan seragam. Tatacara untuk setiap perkara dari berlatih dan berkawat sehingga bangunan kem disusun atur dengan cara yang tertentu. Tugas-tugas diperuntukkan, dengan setiap unit dan orang memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam angkatan tentera.

Republik awal tidak mempunyai angkatan tentera tetap. Sebaliknya, legion-legion dikerah hanya jika perlu (istilah Legion berasal daripada istilah bahasa Latin, Legio, yang bermaksud "perbarisan;" atau "levi"), dan dibubarkan selepas perang. Angkatan-angkatan tentera akan dikerah dari Rom dan tanah-tanah jajahan yang bersekitaran. Setiap tanah jajahan bertanggungjawab untuk membekalkan sebilangan askar yang tertentu. Secara teori, askar-askar kerah hanya dipilih daripada golongan pemilik harta yang cukup kaya untuk melengkapkan diri. Bagaimanapun, jika keadaan benar-benar memerlukan, keperluan ini tidak diendahkan. Penggunaan cara ini menyebabkan Legion Rom tidak begitu mahal untuk dibiayai oleh negara, dan memastikan bahawa legion-legion bukan sahaja bertempur untuk negara mereka, tetapi juga untuk memeliharakan harta dan cara hidup mereka.

Pada tempoh pertengahan kedua republik (107 SM), Gaius Marius memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan Maruis yang sama sekali menukarkan bentuk Legion. Bukan sahaja struktur dan taktik tentera Rom dikemaskinikan, tetapi tenteranya diubah menjadi satu angkatan tentera tetap yang terdiri terutamanya daripada "askar-askar kerjaya" kelas bawahan yang diambil untuk tempoh selama 20 tahun, dan dihadiahkan (secara tradisi, tetapi tidak dijaminkan di sisi undang-undang) "geran tanah" pada akhir tempoh perkhidmatan mereka. Ini menghasilkan kesan yang tidak ketara, tetapi penting, untuk menumpukan semula kesetiaan askar legion yang kini bertempur bukan sahaja untuk Jeneral serta negaranya, tetapi juga untuk "pensen" sendiri.

Setiap kali Rom menaklukkan tanah-tanah baru, kawasan itu akan diasingkan menjadi satu atau lebih wilayah di bawah pentadbiran seorang gabenor Rom yang dipilih setiap tahun oleh Senat. Gabenor itu dianugerahkan dengan pangkat promajistret, baik prokonsul atau propraetor, bergantung kepada saiz dan kepentingan wilayah itu (sila lihat Wilayah Rom untuk senarai pangkat-pangkat gabenor). Pada tempoh pertengahan kedua republik, sebahagian tanah-tanah yang baru diperoleh sering kali dipergunakan untuk menamatkan perkhidmatan bekas perajurit yang telah mencapai kelayakan untuk "geran tanah" mereka. Cara ini bukan sahaja "membayar upah dan memberhentikan" askar-askarnya, tetapi juga memberikan manfaat sampingan untuk menempatkan orang-orang Rom dengan adat resam mereka, dan membawa budaya Rom kepada orang-orang taklukan baru: sejenis bentuk "imperialisme budaya" di samping imperialisme tentera (sila lihat: Romanisasi budaya).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Taagepera, Rein (1979). "Size and Duration of Empires: Growth-Decline Curves, 600 B.C. to 600 A.D". Social Science History (Social Science History, Vol. 3, No. 3/4) 3 (3/4): 115–138. doi:10.2307/1170959. JSTOR 1170959. 
  2. Fagan, Garrett G. (Pensyarah/Profesor) (2003). Sejarah Rom Kuno, "Syarahan 38: Pengabdian Rom" [Siri Syarahan CD]. Bersama-sama dengan The Teaching Company.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Sejarah Rom Kuno sunting
Pengasasan | Kerajaan Rom | Republik Rom | Empayar Rom | Kemerosotan