Republik Sosialis Slovenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Sosialis Slovenia
Socialistična republika Slovenija
Constituent republic di Yugoslavia
1945–1991
Flag of Slovenia
Lambang of Slovenia
Bendera Lambang

Slovenia dalam Yugoslavia
Ibu kotaLjubljana
Keluasan 
• 1991
20,246 km2 (7,817 bt2)
Populasi 
• 1991
1913355
History
 • JenisRepublik sosialis
Era bersejarahCold War
• SNOS
19 Februari 1945
23 Disember 1990
• Pengisytiharan kemerdekaan
25 Jun 1991
27 Jun – 5 Julai 1991
• Diiktiraf
12 Januari 1992
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Itali
OZAK
Kerajaan Hungary (Regency)
Wilayah Bebas Trieste
Slovenia
Hari ini sebahagian daripada Slovenia


Republik Sosialis Slovenia (Slovene: Socialistična republika Slovenija) merupakan satu daripada enam republik yang membentu negara pasca-Perang Dunia II Yugoslavia. Ia wujud dalam nama yang berbeza dari 29 November 1945 sehingga 25 Jun 1991. Pada tahun 1990, ketika negara masih sebahagian persekutuan Yugoslav, Liga Komunis Slovenia dibenarkan untuk mewujudkan parti-parti politik lain, yang mana menuju kepada negara berdemokrasi.[1] Nama rasmi republik adalah Persekutuan Slovenia ([Federalna Slovenija] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) sehingga 20 Februari 1946, apabila ia dinamakan semula sebagai Republik Rakyat Slovenia (Ljudska republika Slovenija).[2] Ia mengekalkan nama tersebut sehingga 9 April 1963, apabila nama ditukar semula menjadi Republik Sosialis Slovenia.[3] Pada 8 Mac 1990, Republik Sosialis Slovenia membuang perkataan "Sosialis" dan menjadi Republik Slovenia, namun kekal tetapi menjadi negara berpelembagaan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia sehingga 25 Jun 1991, apabila ia menggubal undang-undang yang menyebabkan kemerdekaan.

Menuju kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 1989, banyak pindaan perlembagaan telah diluluskan oleh Dewan, yang memperkenalkan demokrasi parlimen ke negara ini.[4][5] Dalam tahun yang sama, Action North menyatukan pembangkang dan komunis demokrasi yang ditubuhkan di Slovenia sebagai tindakan pertahanan pertama menentang serangan penyokong Milošević, yang membawa kepada kemerdekaan Slovenia.[6][7][8]

Perkataan 'Sosialis' telah dibuangkan pada 7 Mac 1990.[9] Sebahagian besar infrastruktur sosialis juga dihapuskan. Pilihan raya demokrasi terbuka pertama telah diadakan pada 8 April 1990.[10] Pilihan raya parlimen ini telah dimenangi oleh pihak pembangkang yang dikenali sebagai gabungan DEMOS yang diketuai oleh Jože Pučnik. Dalam masa yang sama, Milan Kučan, bekas pengerusi Liga Komunis Slovenia (ZKS) telah dipilih menjadi Presiden Republik. Secara demokratiknya, parlimen mencalonkan pemimpin Demokratik Kristian, Lojze Peterle sebagai Perdana Menteri, yang menamatkan pemerintahan 45 tahun Parti Komunis. Dalam tempoh ini, Slovenia mengekalkan bendera dan jata lama, serta simbol-simbol lain sementera menanti simbol-simbol baru yang dicipta selepas kemerdekaan. Lagu kebangsaan yang lama, Naprej zastava slave ditukar dengan Zdravljica pada Mac 1990.

Pada 23 Disember 1990, Referendum kemerdekaan telah diadakan di Slovenia, dengan 94.8% pengundi mengundi pemisahan Slovenia dari Yugoslavia.[11][12] Pada 25 Jun 1991, akta kemerdekaan Slovenia diluluskan oleh Dewan. Berikutan Perang Sepuluh Hari, tentera Slovenia memperoleh kemerdekaan; pada akhir tahun, kemerdekaan Slovenia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Slovenia". worldstatesmen.org. Dicapai pada 3 February 2016.
  2. ^ Kopač, Janez (2007). "Mesto kot upravnoteritorialna enota 1945–1955" [A Town as an Administrative–Territorial Unit]. Arhivi (dalam bahasa Slovenian dan English). Arhivsko društvo Slovenije. 30 (2): 83. ISSN 0351-2835. Templat:COBISS.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Kopač, Janez (2001). "Ustava Socialistične republike Slovenije z dne 9. aprila 1963" [The Constitution of the Socialist Republic of Slovenia from 9 April 1963]. Arhivi (dalam bahasa Slovenian). XXIV (1): 1.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Zajc, Drago (2004). Razvoj parlamentarizma: funkcije sodobnih parlamentov [The Development of Parliamentarism: The Functions of Modern Parliaments] (PDF) (dalam bahasa Slovenian). Publishing House of the Faculty of Social Sciences, University of Ljubljana. m/s. 109. ISBN 961-235-170-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Osamosvojitveni akti Republike Slovenije" [Independence Acts of the Republic of Slovenia] (dalam bahasa Slovenian). Office for Legislation, Government of the Republic of Slovenia. Dicapai pada 27 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Historical Circumstances in Which "The Rally of Truth" in Ljubljana Was Prevented". Journal of Criminal Justice and Security. Dicapai pada 4 July 2012.
  7. ^ ""Rally of truth" (Miting resnice)". A documentary published by RTV Slovenija. Dicapai pada 4 July 2012.
  8. ^ "akcijasever.si". The "North" Veteran Organization. Dicapai pada 3 July 2012.
  9. ^ "Odlok o razglasitvi ustavnih amandmajev k ustave Socialistične Republike Slovenije" [The Decree About the Proclamation of Constitutional Amendments to the Constitution of the Socialist Republic of Slovenia] (PDF). Uradni list Republike Slovenije (dalam bahasa Slovenian). 16 March 1990. Dicapai pada 27 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ Greif, Gregor (2006). Posledice ustavnih izbir in demokratični prehod v Republiki Sloveniji [The Consequences of Constitutional Choices and the Democratic Transition in the Republic of Slovenia] (PDF) (dalam bahasa Slovenian). Faculty of Social Sciences, University of Ljubljana.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Flores Juberías, Carlos (November 2005). "Some legal (and political) considerations about the legal framework for referendum in Montenegro, in the light of European experiences and standards". Legal Aspects for Referendum in Montenegro in the Context of International Law and Practice (PDF). Foundation Open Society Institute, Representative Office Montenegro. m/s. 74. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-26. Dicapai pada 2017-11-15.
  12. ^ "Volitve" [Elections]. Statistični letopis 2011 [Statistical Yearbook 2011]. Statistical Yearbook 2011. 15. Statistical Office of the Republic of Slovenia. 2011. m/s. 108. ISSN 1318-5403. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)

Koordinat: 46°03′00″N 14°30′00″E / 46.0500°N 14.5000°E / 46.0500; 14.5000