Republik Sosialis Romania
Republik Rakyat Romania (1947–1965) Republica Populară Română (1947–1958) Republica Populară Romînă (1958–1965) Republik Sosialis Romania (1965–1989) Republica Socialistă România | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1947–1989[1] | |||||||||
| |||||||||
| Cogan kata: Proletari din toate țările, uniți-vă! ("Proletarian seluruh dunia, bersatulah!") | |||||||||
| Lagu kebangsaan: Zdrobite cătușe (1948–1953) Te slăvim, Românie (1953–1975) E scris pe tricolor Unire (1975–1977) Trei culori (1977–1989) | |||||||||
Republik Sosialis Romania pada 1989 dalam hijau gelap | |||||||||
| Status | Ahli Pakatan Warsaw | ||||||||
| Ibu negara | Bucharest | ||||||||
| Bandar terbesar | Ibu negara | ||||||||
| Bahasa rasmi | Romania | ||||||||
| Agama | Ateisme negara (de jure) Gereja Ortodoks Romania (dominan) | ||||||||
| Demonim | Romania | ||||||||
| Kerajaan | Negara komunis kesatuan | ||||||||
| Setiausaha Agung | |||||||||
• 1947–1954; 1955–1965 | Gheorghe Gheorghiu-Dej | ||||||||
• 1954–1955 | Gheorghe Apostol | ||||||||
• 1965–1989 | Nicolae Ceaușescu | ||||||||
| Ketua negara | |||||||||
• 1947–1952 (pertama) | Constantin Ion Parhon | ||||||||
• 1967–1989 (terakhir) | Nicolae Ceaușescu | ||||||||
| Ketua kerajaan | |||||||||
• 1947–1952 (pertama) | Petru Groza | ||||||||
• 1982–1989 (terakhir) | Constantin Dăscălescu | ||||||||
| Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan Agung | ||||||||
| Era Sejarah | Perang Dingin | ||||||||
| 30 Disember 1947 | |||||||||
| 13 April 1948 | |||||||||
| 24 September 1952 | |||||||||
| 22 April 1964 | |||||||||
| 21 Ogos 1965 | |||||||||
| 22 Disember 1989[2] | |||||||||
• Name diubah kepada "Romania" | 28 Disember 1989[1] | ||||||||
| 8 Disember 1991 | |||||||||
| HDI (Rumus 1990) | 0.863[3] sangat tinggi | ||||||||
| Mata wang | Leu | ||||||||
| Kod panggilan | 40 | ||||||||
| Kod ISO 3166 | RO | ||||||||
| |||||||||
| Blok Timur |
|---|
Republik Sosialis Romania (Romania: Republica Socialistă România, RSR) ialah negara komunis di Romania yang wujud secara rasmi dari 1947 hingga 1989. Dari 1947 hingga 1965, ia dikenali sebagai Republik Rakyat Romania (Republica Populară Romînă, RPR). Negara ini merupakan sebahagian daripada Blok Timur dan anggota Pakatan Warsaw, dengan Parti Komunis Romania memegang peranan dominan dalam perlembagaan negara. Romania bersempadan dengan Laut Hitam di timur, Kesatuan Soviet di utara dan timur, Hungary dan Yugoslavia di barat, serta Bulgaria di selatan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Romania yang sebelumnya menyertai Kuasa Paksi, diduduki oleh Kesatuan Soviet. Pada 6 Mac 1945, kerajaan pro-Soviet diwujudkan setelah tekanan politik dan demonstrasi massa. Secara beransur-ansur, Parti Pekerja Romania dan parti prokomunis menguasai pentadbiran, manakala pemimpin praperang disingkirkan. Pada Disember 1947, Raja Michael I dipaksa meletak jawatan dan Republik Rakyat Romania diisytiharkan.
Pada awalnya, sumber ekonomi Romania dikawal melalui syarikat Soviet-Romania (SovRom) dan bayaran pampasan perang kepada Kesatuan Soviet.[4] Bagaimanapun, pada 1950-an, Romania mula menegaskan kemerdekaannya, termasuk pengunduran semua tentera Soviet pada 1958.[5] Dari 1950-an hingga 1970-an, negara Romania menunjukkan pertumbuhan ekonomi tinggi serta kemajuan sosial seperti penurunan kadar kematian bayi, peningkatan jangka hayat, celik huruf, urbanisasi dan hak wanita, tetapi merosot pada 1980-an.[6][7]
Nicolae Ceaușescu menjadi pemimpin utama Parti Komunis pada 1965 dan Presiden Romania pada 1974. Popularitinya melonjak selepas mengecam pencerobohan Soviet ke Czechoslovakia pada 1968, tetapi penindasan dalaman dan dasar ekonomi tegar akhirnya membawa kepada kejatuhan pemerintahannya secara ganas pada Disember 1989.[8][9] Ramai orang dihukum mati atau meninggal dalam tahanan, terutama semasa era Stalin pada 1950-an.
Perlembagaan 1965 kekal berkuat kuasa sehingga Romania beralih kepada demokrasi selepas referendum 1991,[10][11][12][13] yang menggantikan sistem sosialis dengan sistem separa-presiden.[14][15][16][17][18]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Pada Ogos 1944, Raja Michael I dengan sokongan parti-parti politik utama, menyingkirkan Ion Antonescu, memutuskan hubungan Romania dengan Kuasa Paksi dan menyertai Pihak Berikat.[19][20][21][22][23] Tentera Romania bertempur di bawah arahan Soviet melalui Transylvania Utara, Hungary, Czechoslovakia dan Austria. Mesikpun begitu, Soviet memperlakukan Romania seperti wilayah yang ditakluk kerana ia sebelum ini merupakan sekutu Jerman Nazi.[24][25]
Persidangan Yalta memberi pengaruh dominan kepada Soviet di Romania. Dalam kerajaan perang pertama Raja Michael, pihak komunis hanya memainkan peranan kecil, tetapi pengaruh mereka meningkat dalam kerajaan yang dipimpin Nicolae Rădescu. Pada Mac 1945, Dr. Petru Groza dari Barisan Ploughmen, parti yang dekat dengan komunis, menjadi perdana menteri. Kerajaan Groza, walaupun kelihatan berbilang parti, ia dikawal oleh komunis melalui kementerian utama, manakala ahli bukan komunis kebanyakannya bersikap “teman seperjalanan”.
Raja Michael cuba menghentikan Groza melalui "mogok diraja," tetapi Groza tetap menggubal undang-undang tanpa pengesahan tandatangan raja. Pada November 1945, demonstrasi promonarki di Bucharest bertukar menjadi pertempuran jalanan, tetapi Soviet bercampur tangan untuk mengawal keadaan. Kerajaan Groza memperkenalkan reformasi tanah dan hak mengundi untuk wanita, meningkatkan populariti dalam kalangan petani dan wanita terpelajar, sambil memulakan dominasi Soviet di Romania.
Pilihan raya 19 November 1946 dimenangi oleh Blok Parti Demokratik (BPD) pimpinan komunis dengan 84% undi, tetapi berlaku penipuan, intimidasi dan pembunuhan.[26] Selepas itu, komunis menyingkirkan parti-sentrisme, termasuk Parti Petani Nasional yang dituduh sebagai pengintip dan pemimpinnya dipenjarakan melalui perbicaraan sandiwara. Ahli-ahli kerajaan pro-Paksi yang terlibat dalam Holokus dan serangan ke Soviet dihukum mati, termasuk Ion Antonescu pada 1 Jun 1946.
Menjelang 1947, Romania kekal sebagai satu-satunya negara monarki di Blok Timur. Pada 30 Disember 1947, Raja Michael dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan di bawah tekanan tentera prokomunis yang mengepung istananya dan pemotongan talian telefon, sekali gus menamatkan monarki di Romania.
Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Pada 30 Disember 1947, selepas Raja Michael dipaksa meletak jawatan, Parlimen Romania menghapuskan monarki dan mengisytiharkan Romania sebagai Republik Rakyat. Pada Februari 1948, komunis bergabung dengan Sosialis Demokrat untuk membentuk Parti Pekerja Romania, namun ahli-ahli sosialis bebas segera diketepikan, manakala ahli politik bukan komunis sama ada dipenjarakan atau melarikan diri ke luar negara. Perlembagaan baharu 13 April 1948 menyalin hampir keseluruhan Perlembagaan Soviet 1936, memberi gambaran kebebasan tetapi menyediakan asas undang-undang untuk penindasan politik.
Kerajaan komunis mengawal agama melalui dasar ateisme Marxisme–Leninisme, memindahkan harta gereja, menutup sekolah agama, dan memaksa penyatuan Gereja Katolik Yunani dengan Gereja Ortodoks Romania.[27] Pada awal pemerintahan, pelbagai penahanan, penjara, dan perbezaan dalaman berlaku, manakala sumber negara dieksploitasi melalui perjanjian SovRom. Semua bank dan perniagaan besar dimiliknegarakan pada Jun 1948, manakala kepimpinan parti mengalami perebutan kuasa antara kelompok Stalinisme, termasuk "Muscovit" dan "Banduan Komunis".
Gheorghe Gheorghiu-Dej akhirnya menguasai parti dengan sokongan Stalin[28] dan menyingkirkan pesaing seperti Ana Pauker, Vasile Luca dan pakatan mereka. Beliau menolak de-Stalinisasi Soviet selepas 1953 dan menekankan dasar ekonomi berorientasikan industri berat dan tenaga, sambil mengekalkan kebebasan sebahagian daripada dasar nasionalis Romania. Walaupun menyertai Pakatan Warsaw pada 1955, Romania mengehadkan penglibatan ketenteraannya.
Pada 1956, selepas pemberontakan di Poland dan Hungary, Gheorghiu-Dej mengambil langkah keras menekan sebarang pergerakan prodemokrasi atau anti-Soviet, menahan dan memenjarakan ramai, termasuk etnik Hungary. Beliau bekerjasama dengan János Kádár dari Hungary dan menahan Imre Nagy sebelum dikembalikan ke Budapest untuk perbicaraan dan hukuman mati. Ekonomi diubah untuk menenangkan rakyat melalui pengeluaran barangan pengguna, kenaikan gaji, dan penyederhanaan pengurusan pertanian, dengan kolektivisasi penuh dicapai pada 1962.
Sistem keselamatan negara, Securitate ditubuhkan pada 1948 untuk memantau dan menahan pihak yang dianggap ancaman, terutama elit praperang, ahli politik bukan komunis, dan intelektual.[29] Sistem penjara dan kem buruh dipasang, termasuk penjara Sighet, Gherla, Pitești dan Aiud. Pitești terkenal dengan "eksperimen Pitești" (1949–1952) di mana tahanan diseksa secara psikologi dan fizikal untuk "didik semula", dengan ramai mangsa mati atau hilang akal.[30]
Kerajaan juga memindahkan secara paksa 45,000 petani dari Banat ke dataran Bărăgan (1951–1956) untuk menguatkuasakan kolektivisasi dan menghadkan pengaruh Yugoslavia. Penentangan bersenjata berterusan sehingga awal 1960-an, manakala penentangan pelajar pada 1956 turut ditindak tegas, termasuk penahanan ribuan pelajar dan pembubaran persatuan universiti. Secara keseluruhan, puluhan ribu terbunuh atau dipenjarakan semasa penindasan komunis dan proses kolektivisasi tanah di bawah Gheorghiu-Dej.
Kerajaan Ceaușescu
[sunting | sunting sumber]Nicolae Ceaușescu menggantikan Gheorghiu-Dej pada 1965 selepas persaingan kuasa. Beliau meneruskan dasar anti-Soviet dan menekankan kepentingan negara Romania, memperkuat hubungan dengan Barat dan negara-negara lain, sambil menghentikan pengaruh budaya Soviet dan membenarkan media Barat diedarkan.[31] Pada 21 Ogos 1965, negara dinamakan semula sebagai Republik Sosialis Romania, dan Parti Komunis Romania kembali menggunakan nama asalnya.
Semada awal pemerintahannya, Ceaușescu popular kerana terdapat kemajuan sosial dan ekonomi: pengeluaran pertanian meningkat, barangan pengguna kembali tersedia, universiti baru ditubuhkan, sistem kesihatan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dan taraf hidup rakyat meningkat. Program industrialisasi diteruskan, membangunkan industri berat dan mengurangkan peratusan populasi petani, sambil mengekalkan hubungan antara desa dan bandar melalui sistem naveta.[32]
Bagaimanapun, dasar hak asasi manusia diabaikan. Ceaușescu melaksanakan polisi natalis agresif (Dekri 770) untuk meningkatkan populasi, termasuk larangan pengguguran dan kaedah kontrasepsi,[33][34] yang mengakibatkan kematian lebih 9,000 wanita,[35] tekanan sosial, dan masalah kanak-kanak yatim. Penapisan, pengawasan Securitate, dan sekatan lain juga wujud, walaupun tidak seteruk zaman 1950-an.
Perindustrian negara pula berkembang pesat, dengan kadar pertumbuhan industri kasar 13% setahun antara 1951–1974.[36] Projek besar termasuk industri mesin, traktor, automotif, kapal, elektronik, petrokimia, dan sistem janakuasa elektrik. Bandar Bucharest berkembang dengan projek perumahan dan infrastruktur, termasuk sistem metro, walaupun banyak bangunan bersejarah dirobohkan selepas gempa bumi 1977 dan semasa sistematisasi bandar.
Pada 1980-an, Romania menghadapi dasar kecekinan yang ketat untuk membayar hutang luar. Catuan makanan, gas, elektrik, dan bahan bakar berlaku, manakala barang eksport berkualiti tinggi dikekalkan untuk mendapatkan mata wang keras. Walaupun produktiviti pertanian meningkat, taraf hidup rakyat menjadi antara yang terendah di Eropah.
Sistematisasi bandar, terutama di Bucharest, mengakibatkan pemusnahan luas bangunan bersejarah dan pembinaan semula kawasan kediaman padat. Di samping itu, kultus peribadi Ceaușescu dan isterinya Elena dipupuk, dengan pengawasan ketat oleh Securitate dan penglibatan 1 daripada 3 rakyat sebagai informan. Projek pembangunan besar, termasuk Terusan Danube–Laut Hitam, loji tenaga nuklear Cernavodă, loji hidroelektrik, loji penapisan minyak, kapal perang, dan perindustrian berat diteruskan, walaupun kebanyakan projek membawa tekanan sosial dan ekonomi kepada rakyat.
Ringkasnya, era Ceaușescu dicirikan oleh pembangunan ekonomi dan perindustrian, peningkatan sementara taraf hidup, dasar populasi agresif, pengawasan ketat dan penindasan sosial, pembangunan infrastruktur besar-besaran, tetapi akhirnya disertai kemiskinan bandar dan desa, kekangan kebebasan, dan ketidakpuasan rakyat menjelang akhir 1980-an.
Kejatuhan
[sunting | sunting sumber]Pada 15 November 1987, rusuhan antikomunis di Brașov menandakan permulaan kemerosotan rejim Ceaușescu.[37] Protes bermula sebagai mogok pekerja di kilang trak dan berkembang menjadi perarakan di pusat bandar. Walaupun protes ini ditindas dengan tangkapan dan ancaman, ia menjadi pencetus bagi rusuhan besar kemudian.
Sepanjang 1989, terdapat beberapa demonstrasi awal, termasuk protes pelajar di Bucharest dan Cluj-Napoca, serta surat-surat dari aktivis Parti Komunis Romania yang mengkritik dasar ekonomi Ceaușescu. Tindakan ini meningkatkan pengawasan dan penindasan oleh Securitate.
Revolusi Romania bermula pada 16 Disember 1989 di Timișoara, apabila penduduk menentang cubaan kerajaan untuk mengusir pastor pembangkang László Tőkés. Protes merebak dengan pantas, bertukar menjadi kekerasan apabila polis dan Securitate campur tangan, menimbulkan kematian dan huru-hara. Pada 17 Disember, protes bertambah ganas, tentera gagal mengawal situasi, dan rusuhan menyebar ke bandar lain.
Berbeza dengan negara komunis lain, Ceaușescu tidak membenarkan reformasi, mengekalkan penguasaan mutlak keluarganya dan menggantung segala bentuk pembangkang. Tentangan terhadap protes di Timișoara pada 17–20 Disember menyebabkan kira-kira 100 kematian, tetapi keganasan itu menjadi inspirasi protes di Bucharest, Sibiu dan bandar lain.
Kemuncaknya berlaku pada 21 Disember, apabila Ceaușescu gagal mengawal perhimpunan di bangunan Pusat Jawatankuasa Parti di Bucharest.[38] Tentera mula berpihak kepada pemberontak selepas kematian Jeneral Vasile Milea. Pada 22 Disember, protes menguasai ibu negara dan keesokan harinya Ceaușescu melarikan diri helikopter, ditangkap di Târgoviște, diadili secara singkat dan dihukum mati bersama isterinya Elena pada 25 Disember.[39] Parti Komunis Romania dibubarkan sejurus selepas itu.
Kontroversi mengenai Revolusi 1989 berterusan, dengan sesetengah pihak menuduh Ion Iliescu dan Barisan Penyelamatan Nasional memanfaatkan kekacauan untuk melakukan rampasan kuasa. Namun begitu, kekalahan Ceaușescu didorong oleh dasar ekonomi dan politiknya yang gagal, kehilangan sokongan pegawai kerajaan, dan ketidakpuasan tentera, yang kesemuanya mempercepat kejatuhan rejimnya.
Politik
[sunting | sunting sumber]Kerangka politik Republik Sosialis Romania ialah sebuah republik sosialis yang diperintah oleh satu parti sahaja, Parti Komunis Romania, dengan semua mesyuarat perundangan diadakan di Bucharest.
Dalam hal ehwal luar negara, Romania mengikut dasar sejajar dengan negara-negara blok Soviet. Di bawah Ceaușescu, Romania mengekalkan hubungan strategik dengan Blok Barat dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, dan menjadi satu-satunya negara Blok Timur yang tidak memboikot Sukan Olimpik Los Angeles 1984. Selepas perpecahan China-Soviet, Romania juga mengekalkan hubungan dengan China, Korea Utara, dan Demokratik Kampuchea di bawah Khmer Rouge.
Romania menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 Disember 1955, serta Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia pada 1972. Pada Julai 1980, Romania menandatangani perjanjian perdagangan komprehensif dengan Komuniti Ekonomi Eropah, yang kemudian menjadi Kesatuan Eropah apabila Romania menyertai pada 2007.
Legasi
[sunting | sunting sumber]Walaupun berlaku krisis ekonomi dan sosial yang panjang antara 1982 hingga 1989 serta langkah-langkah penjimatan berikutnya, ramai rakyat Romania masih memandang era sosialis ini secara positif.[40] Mereka mengenang nostalgia terhadap kestabilan dan keselamatan yang dirasakan pada zaman itu, berbanding ketidakstabilan ekonomi, politik, dan rasuah selepas 1989. Kajian menunjukkan lebih 53% rakyat Romania sanggup hidup semula di bawah rejim komunis,[41] dan 63% merasakan kehidupan mereka lebih baik ketika itu.[42][43] Populariti Ceaușescu juga tetap tinggi, dengan 64% rakyat mempunyai pendapat positif terhadapnya pada 2018.[44]
Selepas kejatuhan komunisme, Romania mula mengubah dasar politik dan ekonominya daripada sokongan terhadap Moscow kepada penyelarasan dengan Brussels dan Washington, termasuk menyertai NATO pada 2004 dan Kesatuan Eropah pada 2007. Kini, memuji kerajaan Nazi atau komunis serta menghina mangsa mereka dalam media audiovisual adalah dilarang oleh Majlis Audiovisual Nasional; contohnya, Dinel Staicu didenda 25,000 lei kerana memuji Ceaușescu di saluran televisyen peribadinya.[45]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Flag (1947–1948)
-
Bendera (1948)
-
Bendera (1948–1952)
-
Bendera (1952–1965)
-
Bendera (1965–1989)
-
Lambang (1947–1948)
-
Lambang (1948)
-
Lambang (1948–1952)
-
Lambang (1952–1965)
-
Lambang (1965–1989)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ A Political Chronology of Europe. Europa Publications. 2001. m/s. 198. ISBN 0-203-40340-1. Dicapai pada 29 Jun 2023.
28 December 1989: The name of the country was changed by decree to Romania.
- ^ Binder, David; Times, Special to The New York (23 Disember 1989). "Upheaval in the East: Overview; Ceausescu Flees a Revolt in Rumania but Divided Security Forces Fight on". The New York Times.
- ^ Human Development Report 1990, p. 111
- ^ Zwass, Adam (1995). From Failed Communism to Underdeveloped Capitalism: Transformation of Eastern Europe, the Post-Soviet Union, and China. M.E. Sharpe. ISBN 1563244616.[halaman diperlukan]
- ^ "Final report" (PDF). www.ucis.pitt.edu. Disember 1989.
- ^ Ban, Cornel (1 November 2012). "Sovereign Debt, Austerity, and Regime Change: The Case of Nicolae Ceausescu's Romania". East European Politics and Societies (dalam bahasa Inggeris). 26 (4): 743–776. doi:10.1177/0888325412465513. ISSN 0888-3254. S2CID 144784730.
- ^ Gorky, Patricia. "Romania: 30 years removed from socialism – Liberation News" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2021.
- ^ Thompson, M.R. (2010). "Totalitarian and Post-Totalitarian Regimes in Transitions and Non-Transitions from Communism". Totalitarian Movements and Political Religions. 3: 79–106. doi:10.1080/714005469. S2CID 145789019.
- ^ Dîrdală, Lucian-Dumitru (2011). The End of the Ceaușescu Regime – A Theoretical Convergence (PDF) (Laporan). Dicapai pada 21 Mei 2019.
- ^ "Romania - Constitution, Politics, Reforms". Encyclopaedia Britannica. 23 Mei 2025. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Romania - 30 years of democracy: 1991". Romania Insider. 6 Februari 2019. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ Razvan-Cosmin Roghina (2017). "Romanian Democracy at the Crossroads". Academia.edu. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ Murphy, Anthony (2021). "Semi-Presidential Reform and Referendums in France and Romania". European Journal of Comparative Law and Governance. 7 (4): 384–407. doi:10.1163/22134514-00704001. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Constitution of Romania". Refworld. 1991. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Romania 1991". Princeton University. 1991. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Romania's Semi-Presidential System". Sfera Politicii. 1991. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Constitution of Romania". Encyclopedia. 1991. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Law and Nation in Post-Communist Romania". Columbia University. 2001. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Soviets thwart German army in Romania". History.com. 23 Mei 2025. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ Brannen, Barry (1 April 1952). "The Soviet Conquest of Rumania". Foreign Affairs. Jil. 30 no. 3. Foreign Affairs. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Armistice and Soviet Occupation". GlobalSecurity.org. 11 Julai 2011. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Ion Antonescu". Encyclopaedia Britannica. 23 Mei 2025. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Ex-Romanian king who helped overthrow Nazi ally dies at 96". The Times of Israel. 6 Disember 2017. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ "Soviets thwart German army in Romania". History.com. 23 Mei 2025. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ Brannen, Barry (1 April 1952). "The Soviet Conquest of Rumania". Foreign Affairs. Jil. 30 no. 3. Foreign Affairs. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ Frucht, R. (2005). Eastern Europe: An Introduction to the People, Lands, and Culture, Volume 1, p. 759. ABC-CLIO.
- ^ Ageing, Ritual and Social Change: Comparing the Secular and Religious in Eastern and Western Europe; Ashgate AHRC/ESRC Religion and Society Series; Daniela Koleva; Peter Coleman; Routledge Press, 2016; Pgs. 6–7; "The Romanian Orthodox Church by contrast has shown a much stronger development since the Second World War. After the initial waves of militant atheism were spent, a strong spiritual renewal movement took place in the late 1950s, and there has been a stream of notable spiritual figures both before and after communism. ... There was also a lack of consistent suppression of the Romanian Orthodox church by communist authorities. A large number of churches were left open, and monasteries continued to function."
- ^ Deletant, Dennis (1995). "New Light on Gheorghiu-Dej's Struggle for Dominance in the Romanian Communist Party, 1944-49". The Slavonic and East European Review. 73 (4): 659–690. JSTOR 4211934.
- ^ "Communist Dictatorship in Romania (1947-1989)". Communist Crimes. Dicapai pada 21 Ogos 2015.
- ^ Dragomir, Elena; Stănescu, Mircea (11 Januari 2015). "The Media vs. Historical Accuracy. How Romania's Current Communist Trials Are Being Misrepresented". Balkan Analysis. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai pada 16 Mac 2015.
- ^ "Henry Shapiro, "Red Cultural Influence Vanishing in Romania", United Press International published in the Wilmington (N.C.) Star-News, July 16, 1965". 17 Julai 1965. Dicapai pada 16 Mei 2013.
- ^ The contradictions between domestic and foreign policies in the Cold War Romania (1956-1975), Ferrero, M.D, 2006, Historia Actual Online
- ^ ESHRE Capri Workshop Group (2010). "Europe the continent with the lowest fertility". Human Reproduction Update. 16 (6): 590–602. doi:10.1093/humupd/dmq023. PMID 20603286.
- ^ Horga, Mihai; Gerdts, Caitlin; Potts, Malcolm (2013). "The remarkable story of Romanian women's struggle to manage their fertility". Journal of Family Planning and Reproductive Health Care. 39 (1): 2–4. doi:10.1136/jfprhc-2012-100498. PMID 23296845.
- ^ Kligman, Gail. "Political Demography: The Banning of Abortion in Ceausescu's Romania". In Ginsburg, Faye D.; Rapp, Rayna, eds. Conceiving the New World Order: The Global Politics of Reproduction. Berkeley, CA: University of California Press, 1995 :234–255. Unique Identifier : AIDSLINE KIE/49442.
- ^ "Romania : a country study". Library of Congress. Dicapai pada 25 Januari 2021.
- ^ Emil Hurezeanu, as quoted (see note below) by: (dalam bahasa Romania) "Ziua care nu se uită. 15 noiembrie 1987, Brașov", Polirom, 2002, ISBN 973-681-136-0.
This is documented by the book's revision, available at (dalam bahasa Romania) librarie.net - ^ Sebetsyen, Victor (2009). Revolution 1989: The Fall of the Soviet Empire. New York City: Pantheon Books. ISBN 978-0-375-42532-5.
- ^ Meyer, Michael (2009). The Year That Changed the World: The Untold Story Behind the Fall of the Berlin Wall. Simon & Schuster. m/s. 196. ISBN 978-1-4165-5845-3.
- ^ Manuela, Marin (11 Julai 2016). "Assessing communist nostalgia in Romania: chronological framework and opinion polls". Twentieth Century Communism. Gale Academic OneFile (11): 10.
- ^ Odobescu, Vlad (30 Ogos 2012). "Struggling Romanians yearn for communism". The Washington Times. Dicapai pada 17 Disember 2012.
- ^ "In Romania, Opinion Polls Show Nostalgia for Communism". Balkanalysis. 27 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2012. Dicapai pada 28 Disember 2012.
- ^ "Noul Partid Comunist Român, condus de un șofer de taxi". Adevarul. 7 November 2010. Dicapai pada 28 Disember 2012.
- ^ "Ceaușescu still most beloved President of Romania". 27 Disember 2018.
- ^ Official communique of the National Board of the Audio-Visual di Wayback Machine (diarkibkan 20 Disember 2007), originally at cna.org but now removed, accessible through web.archive.org
External links
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Republik Sosialis Romania |
- ceausescu.org, an extensive website on Communist Romania.
- memorialsighet.ro, a memorial site dedicated to the victims of Communism in Romania, based at Sighet prison.
- Euxeinos 3/2011: Romanian Communism between Commemoration, Nostalgia, and Scientific Debate
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari January 2011
- Rencana dengan sumber bahasa Romania (ro)
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari July 2022
- Guna tarikh dmy dari December 2023
- Halaman menggunakan kotak info negara atau kotak info bekas negara dengan parameter flag caption atau type
- Negara komunis
- Sejarah Romania
- Bekas negara di Eropah
- Bekas negara di Balkans
- Bekas republik sosialis
- Blok Timur
- Penubuhan 1947
- Pembubaran 1989
- Negara satelit Soviet