Republik Sosialis Soviet Autonomi Adjaria
| Republik Sosialis Soviet Autonomi Adjaria | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| RSSA di RSS Georgia | |||||||||
| 1921–1990 | |||||||||
| |||||||||
Peta Republik Sosialis Soviet Autonomi Adjaria pada 1922. | |||||||||
| Ibu kota | Batumi | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
| • Jenis | Republik Sosialis Soviet Autonomi | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
• Ditubuhkan | 1921 | ||||||||
• Dibubarkan | 1990 | ||||||||
| |||||||||
Republik Sosialis Soviet Autonomi Adjaria (RSSA Adjaria or RSSA Adzhar; Bahasa Georgia: აჭარის ავტონომიური საბჭოთა სოციალისტური რესპუბლიკა; Rusia: Аджарская Автономная Советская Социалистическая Республика, rumi: Adzharskaya Avtonomnaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika) merupakan sebuah republik autonomi Kesatuan Soviet dalam RSS Georgia, ditubuhkan pada 16 Julai 1921.[1] Pada 10 Disember 1990, ia dinamakan semula sebagai Republik Autonomi Adjara. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, wilayah ini menjadi sebahagian daripada negara Georgia yang merdeka.
Selepas pendudukan sementara oleh tentera Turki dan British pada tahun 1918–1920, Ajaria disatukan semula dengan Georgia pada tahun 1920. Konflik ketenteraan singkat pada Mac 1921 mendorong kerajaan di Ankara menyerahkan wilayah tersebut kepada Georgia sebagai hasil Perkara VI Perjanjian Kars, dengan syarat autonomi diberikan kepada penduduk Islam.[2] Sehubungan itu, Kesatuan Soviet menubuhkan Republik Sosialis Soviet Autonomi Adjara pada 16 Julai 1921. Walau bagaimanapun, Islam dalam republik baharu tersebut, seperti juga di tempat lain dalam Kesatuan Soviet dan sebagaimana agama Kristian, telah dianiaya dan diberi tekanan oleh pihak kerajaan pusat.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "1936 CONSTITUTION OF THE USSR". Brucknell University. December 1936. Dicapai pada 24 December 2014.
- ^ Nazaroff, Alexander (1922). "Russia's Treaty with Turkey". Current History. 17 (2): 276–279. ISSN 2641-080X. JSTOR 45330678.