Pergi ke kandungan

Republik Sosialis Soviet Autonomi Buryat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republik Sosialis Soviet Autonomi Buryat
Бурятская Автономная Советская Социалистическая Республика (Rusia)
Буряадай Автономито Совет Социалис Республика (Buryat)
RSSA di RSPS Rusia
Republik dalam Persekutuan Rusia
1923–1992
Flag of RSSA Buryat
Lambang (from 1978) of RSSA Buryat
Bendera
(1978–1992)
Lambang
(from 1978)

Lokasi RSSA Buryat dalam Soviet Rusia (1930)
Antem
Песня о Родной Земле
Lagu Tanah Air (tidak rasmi, 1983–1992)
Ibu kotaUlan-Ude
DemonimBuryat
Keluasan 
• 1923
69,857 km2 (26,972 bt2)
Populasi 
• 1923
118,000
Sejarah
Kerajaan
 • MotoБухы Оронуудай Пролетаринар, Нэгэдэгты!
Sejarah 
• Ditubuhkan
30 Mei 1923
• Kedaulatan diisytihar
8 Oktober 1990
• Dinamakan semula kepada Republik Buryatia
27 Mac 1992
Didahului oleh
Diganti oleh
RSPSR
Republik Buryatia

Republik Sosialis Soviet Autonomi Buryat,[a] disingkatkan sebagai RSSA Buryat,[b] merupakan sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (RSPSR) yang berada dalam Kesatuan Soviet.

Pada Mei 1923, republik ini ditubuhkan dengan nama Republik Sosialis Soviet Autonomi Buryat-Mongol.[1] Pendahulunya ialah Wilayah Autonomi Buryat-Mongol. Ketika republik ini dibentuk, bahasa "Buryat-Mongol" diisytiharkan sebagai bahasa rasmi.[2]

Pada tahun 1958, perkataan "Mongol" digugurkan daripada nama republik tersebut. Perubahan ini dibuat susulan kebimbangan Soviet terhadap usaha Mao Zedong untuk meluaskan pengaruh China ke atas masyarakat Mongol.

Pada Mei 1929, Jawatankuasa Pusat Parti mengarahkan agar pertanian masyarakat Buryat melalui "penyusunan semula secara sosialis". Penentangan masyarakat Buryat terhadap dasar kolektivisasi ini sangat kuat; para penternak Buryat menyembelih ternakan mereka sendiri daripada membiarkannya dirampas oleh kerajaan.

Walaupun begitu, cara hidup tradisional mereka tetap diubah secara paksa melalui dasar Soviet. Golongan nomad dipindahkan ke ladang kolektif ternakan lembu dan biri-biri. Para penjerat binatang dipaksa menternak musang sable dalam kurungan, manakala pemburu Buryat diwajibkan tinggal di "stesen pemburuan" yang diluluskan oleh parti.

Pada tahun 1930-an, Buryat-Mongolia menjadi salah satu lokasi kajian Soviet yang bertujuan menolak teori perkauman Nazi. Antaranya, doktor Soviet mengkaji tahap daya tahan dan keletihan pekerja Rusia, Buryat-Mongol, dan Rusia-Buryat-Mongol untuk membuktikan bahawa ketiga-tiganya mempunyai keupayaan yang sama.[3]

Semasa Perang Dunia Kedua, pemimpin RSSA ini ialah Gunsyn Tsydenova.[4]

Pada tahun 1990, RSSA Buryat mengisytiharkan kedaulatannya dan pada tahun 1992 menukar nama kepada Republik Buryatia. Namun begitu, ia kekal sebagai sebuah republik autonomi dalam Persekutuan Rusia.

  1. ^ Rusia: Бурятская Автономная Советская Социалистическая Республика; Buryat: Буряадай Автономито Совет Социалис Республика, rumi: Buriadai Autonomito Soviet Sotsialis Riespublika
  2. ^ Rusia: Бурятская АССР; Buryat: Буряадай АССР
  1. ^ Outline History of the U.S.S.R. Moscow: Foreign Languages Publishing House. 1960.
  2. ^ Refugees, United Nations High Commissioner for. "Refworld | Chronology for Buryat in Russia". Refworld (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-27.
  3. ^ Hirsch, Francine (2002). "Race without the Practice of Racial Politics". Slavic Review. 61 (1): 30–43. doi:10.2307/2696979. JSTOR 2696979. S2CID 147121638.
  4. ^ Protasov, Evgeny (May 22, 2020). "Бурятия в годы войны" [Buryatia during the war]. Buryad Unen (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2023-01-22.
Republik autonomi Kesatuan Soviet
Coat of arms of the Soviet Union Abkhaz RASS | Adjar RASS | Bashkir RASS | Buryat RASS | Chechen-Ingush RASS | Chuvash RASS | Crimea RASS |
Dagestan RASS | Kabardin RASS | Kabardino-Balkar RASS | Kalmyk RASS | Karakalpak RASS | Karelia RASS | Kazakh RASS |
Komi RASS | Kyrgyz RASS | Mari RASS | Moldavian RASS | Mordovia RASS | Nakhchivan RASS | Utara Ossetia RASS |
Tatar RASS | Turkestan RASS | Tuva RASS | Udmurtia RASS | Volga Jerman RASS | Yakut RASS