Republik Sosialis Soviet Autonomi Nakhichevan
| Republik Sosialis Soviet Autonomi Nakhichevan | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| RSSA di RSS Azerbaijan | |||||||||
| 1921–1990 | |||||||||
| |||||||||
Lokasi RSSA Nakhichevan antara Iran dan RSS Armenia | |||||||||
Subpembahagian moden di Republik Autonomi Nakhchivan | |||||||||
| Ibu kota | Nakhichevan | ||||||||
| Keluasan | |||||||||
| • Koordinat | 39°12′U 45°24′T / 39.200°U 45.400°T | ||||||||
| Sejarah | |||||||||
| Kerajaan | |||||||||
| • Jenis | Republik Sosialis Soviet Autonomi | ||||||||
| • Moto | Proletarian seluruh kawasan, bersatulah! | ||||||||
| Era bersejarah | Abad ke-20 | ||||||||
• Republic Soviet Nakhichevan ditubuhkana | Julai 1920 | ||||||||
| 16 Mac 1921 | |||||||||
| 13 Oktober 1921 | |||||||||
| 1922–36 | |||||||||
| 9 Februari 1924 | |||||||||
• Kemerdekaan diisytiharkan | Januari 1990 | ||||||||
| 19 November 1990 | |||||||||
| |||||||||
| Hari ini sebahagian daripada | Azerbaijan | ||||||||
| a. a. Semasa Tentera Merah Soviet ke-11 menakluk tanah yang berada di bawah kawalan de facto Republik Demokratik Armenia pada tahun 1920, wilayah tersebut secara teori berada di bawah pendudukan British (menggantikan pendudukan Uthmaniyah). Secara de jure, bekas Kekhanan Nakhichevan telah menjadi milik Empayar Rusia selepas Perjanjian Turkmenchay 1828, manakala Republik Demokratik Persekutuan Transkaukasia telah digantikan dengan tuntutan bersaing daripada Republik Demokratik Armenia dan Republik Demokratik Azerbaijan. Selain itu, Republik Azeri Aras turut mengisytiharkan Nakhichevan sebagai wilayahnya. | |||||||||
Republik Sosialis Soviet Autonomi Nakhichevan,[a] disingkatkan sebagai RSSA Nakhichevan[b] ialah sebuah republik autonomi dalam Republik Sosialis Soviet Azerbaijan (RSS Azerbaijan), yang merupakan sebuah republik di dalam Kesatuan Soviet. Ia ditubuhkan pada 16 Mac 1921 dan menjadi sebahagian daripada RSS Azerbaijan sepenuhnya pada 9 Februari 1924.
Bendera pertama RSSA Nakhichevan diperkenalkan pada 1937 dan mengandungi teks dalam bahasa Azerbaijan dan Armenia. Pada 1940-an, ketika abjad Azerbaijan digantikan dengan abjad Cyril, bendera terdahulu diganti dengan bendera Soviet yang memaparkan teks Cryil Azerbaijan "Нахчыван МССР" berwarna emas dan jalur biru gelap di sepanjang bahagian tengah.[1]
Pada 1990, wilayah ini menjadi Republik Autonomi Nakhichevan dalam Republik Azerbaijan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun-tahun akhir Perang Dunia Pertama, Nakhichevan menjadi medan pertumpahan darah antara orang Armenia dan Azerbaijan yang masing-masing menuntut wilayah itu. Menjelang 1914, populasi Armenia menurun kepada 40% manakala populasi Azeri meningkat kepada kira-kira 60%.[2] Selepas Revolusi Februari 1917, wilayah ini diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Transkaukasia Kerajaan Sementara Rusia dan kemudian Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia yang singkat pada 1918. Selepas pembubaran republik itu pada Mei 1918, wilayah Nakhichevan dan kawasan sekitarnya menjadi rebutan antara Republik Demokratik Armenia (DRA) dan Republik Demokratik Azerbaijan (ADR). Pada Jun 1918, wilayah ini diduduki oleh tentera Uthmaniyah yang membunuh 10,000 orang Armenia dan meranapkan 45 buah kampung mereka.[3]
Di bawah pendudukan British, Sir Oliver Wardrop mencadangkan sempadan untuk menyelesaikan pertikaian, tetapi cadangan itu ditolak oleh kedua-dua pihak kerana masing-masing enggan melepaskan tuntutan mereka. Pada Disember 1918, dengan sokongan Parti Musavat Azerbaijan, Jafargulu Khan Nakhichevanski mengisytiharkan Republik Aras di wilayah Nakhichevan yang ditetapkan kepada Armenia oleh Wardrop. Kerajaan Armenia tidak mengiktiraf republik ini dan menghantar tenteranya, yang membawa kepada Perang Aras. British melaporkan bahawa serangan, pembunuhan dan pembakaran kampung berlaku hampir setiap hari, mewujudkan kitaran keganasan berterusan.
Menjelang pertengahan Jun 1919, Armenia menguasai Nakhichevan dan seluruh wilayah republik yang diisytiharkan sendiri. Penaklukan ini mencetuskan serangan tentera Azerbaijan, dan menjelang akhir Julai, tentera Armenia terpaksa meninggalkan Bandar Nakhichevan kepada pasukan Azeri. Keganasan kembali berlaku, dengan kira-kira 10,000 orang Armenia terbunuh dan 45 kampung mereka dimusnahkan. British yang merasa tidak mampu mengekalkan kawalan, menarik diri dari wilayah itu pada pertengahan 1919.[4] Walaupun begitu, pertempuran antara Armenia dan Azerbaijan terus berlaku, dan pertikaian meletus semula pada awal Mac 1920, terutama di Karabakh, seterusnya menimbulkan konflik di kawasan bercampur lain termasuk Nakhichevan.
Pengaruh Soviet
[sunting | sunting sumber]Pada Julai 1920, Tentera Merah Soviet ke-11 menawan wilayah Nakhichevan dan pada 28 Julai mengisytiharkannya sebagai Republik Sosialis Soviet Autonomi Nakhichevan (RSSA) yang mempunyai hubungan rapat dengan Republik Sosialis Soviet Azerbaijan (RSS Azerbaijan). Pada November 1920, ketika Bolshevik hampir menguasai Armenia, mereka menjanjikan Nakhichevan, Karabakh dan Zangezur kepada Armenia bagi meraih sokongan rakyat. Pemimpin Bolshevik Azerbaijan, Nariman Narimanov malah mengisytiharkan bahawa Nakhichevan dan Zangezur akan diserahkan kepada Armenia sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Armenia.[5]
Walau bagaimanapun, Vladimir Lenin tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan menegaskan agar penduduk Nakhichevan dirujuk melalui referendum atau pungutan suara. Referendum yang diadakan pada awal 1921 menunjukkan kira-kira 90% penduduk Nakhichevan memilih untuk kekal dalam RSS Azerbaijan dengan status wilayah autonomi.[6] Keputusan ini dimuktamadkan melalui Perjanjian Moscow pada 16 Mac 1921 antara Rusia Bolshevik dan Turki,[7] yang turut membenarkan penggabungan wilayah Sharur-Daralagez ke Nakhichevan, sekali gus mewujudkan sempadan antara Turki dan Azerbaijan Soviet. Perjanjian ini disahkan semula melalui Perjanjian Kars pada 23 Oktober 1921.
Hasilnya, RSSA Nakhichevan ditubuhkan secara rasmi pada 16 Mac 1921, dan pada 9 Februari 1924, Kesatuan Soviet meletakkannya di bawah bidang kuasa RSS Azerbaijan. Perlembagaan RSSA Nakhichevan kemudiannya diluluskan pada 18 April 1926.[3]
Kesatuan Soviet
[sunting | sunting sumber]Sepanjang tempoh Kesatuan Soviet, ketegangan berkaitan komposisi etnik dan tuntutan wilayah di Nakhichevan semakin berkurang. Wilayah ini berkembang sebagai pusat pengeluaran industri, khususnya dalam perlombongan garam, serta menjadi nod penting rangkaian kereta api Moscow–Tehran[8] dan Baku–Yerevan.[3] Dari sudut strategik, Nakhichevan amat signifikan semasa Perang Dingin kerana berkongsi sempadan dengan Turki (anggota NATO) dan Iran.
Di bawah pemerintahan Soviet, kemudahan awam mengalami peningkatan ketara, terutama dalam pendidikan dan kesihatan. Sebelum 1917, Nakhichevan hanya mempunyai dua hospital dengan 20 katil dan berdepan wabak seperti malaria, trakoma dan tifus. Kadar jangkitan malaria pernah mencecah sehingga 70–85% penduduk. Keadaan ini bertambah baik dengan ketara semasa era Soviet, apabila malaria dikurangkan secara drastik dan penyakit lain hampir dihapuskan.[3]
Dari segi demografi, berlaku perubahan besar apabila penduduk Armenia semakin berkurangan akibat penghijrahan ke RSS Armenia, daripada 15% pada 1926 kepada hanya 1.4% pada 1979.[9] Sebaliknya, penduduk Azeri meningkat hasil kadar kelahiran lebih tinggi dan migrasi, daripada 85% kepada 96% dalam tempoh yang sama. Perubahan ini turut menimbulkan kebimbangan di Nagorno-Karabakh. Pada akhir 1980-an, konflik Nagorno-Karabakh mencetuskan sekatan pengangkutan antara Armenia dan Azerbaijan, yang menjejaskan ekonomi Armenia dan mendorong Armenia menutup laluan kereta api ke Nakhichevan, sekali gus mengasingkan wilayah tersebut.[10][11]
Pada Disember 1989, tercetus rusuhan apabila penduduk Azeri di Nakhichevan merobohkan sempadan Soviet–Iran untuk melarikan diri dan bertemu saudara mereka di Iran. Tindakan ini dikecam oleh kepimpinan Soviet. Pada Januari 1990, Majlis Tertinggi Nakhichevan mengisytiharkan hasrat untuk berpisah daripada USSR, menjadikannya wilayah pertama berbuat demikian. Heydar Aliyev kemudiannya kembali ke Nakhichevan pada 1990, mengukuhkan pengaruh politiknya dan menegaskan kemerdekaan hampir sepenuhnya daripada Baku.[12] Akhirnya, pada 19 November 1990, Nakhichevan secara rasmi menjadi Republik Autonomi Nakhichevan dalam Republik Azerbaijan.
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2008, Bank Negara Azerbaijan telah mengeluarkan syiling peringatan emas dan perak bagi memperingati ulang tahun ke-85 penubuhan Republik Sosialis Soviet Autonomi Nakhichevan.[13]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Azerbaijan: Нахчыван Мухтар Совет Сосиалист Республикасы Naxçıvan Muxtar Sovet Sosialist Respublikası, Armenia: Նախիջևանի Ինքնավար Խորհրդային Սոցիալիստական Հանրապետություն, Rusia: Нахичеванская Автономная Советская Социалистическая Республика, rumi: Nakhichevanskaya Avtonomnaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika
- ^ Azerbaijani: Нахчыван МССР, Armenia: Նախիջևանի ԻԽՍՀ, Rusia: Нахичеванская АССР
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nakhchivan in the Soviet Union on Flags of the World
- ^ Ian Bremmer and Ray Taras. New States, New Politics: Building Post-Soviet Nations, p. 484. ISBN 0-521-57799-3
- ^ a b c d "Нахичеванская Автономная Советская Социалистическая Республика". Большая советская энциклопедия (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 25 Ogos 2019.
- ^ Croissant. Armenia–Azerbaijan Conflict, p. 16.
- ^ De Waal. Black Garden, p. 129.
- ^ Tim Potier. Conflict in Nagorno-Karabakh, Abkhazia, and South Ossetia: A Legal Appraisal, p. 4. ISBN 90-411-1477-7
- ^ Ian Bremmer and Ray Taras. New States, New Politics: Building Post-Soviet Nations, p. 444. ISBN 0-521-57799-3
- ^ De Waal. Black Garden, p. 271.
- ^ Armenia: A Country Study: The New Nationalism, The Library of Congress
- ^ Thomas Ambrosio. Irredentism: Ethnic Conflict and International Politics. ISBN 0-275-97260-7
- ^ Stuart J. Kaufman. Modern Hatreds: The Symbolic Politics of Ethnic War. ISBN 0-8014-8736-6
- ^ Azerbaijan: A Country Study: Aliyev and the Presidential Election of October 1993, The Library of Congress
- ^ Central Bank of Azerbaijan. Commemorative coins. Coins produced within 1992–2010 Diarkibkan 19 Januari 2010 di Wayback Machine: Commemorative coins dedicated to 85th anniversary of Nakhchivan Autonomy Republic. Retrieved on 25 February 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rencana yang mengandungi teks bahasa Azeri
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Armenia
- Guna tarikh dmy dari May 2014
- Rencana bekas negara yang memerlukan penyelenggaraan
- Pages using infobox former subdivision with unknown parameters
- Penubuhan 1921
- Pembubaran 1990
- Bekas republik sosialis
- Bekas republik
- Nakhichevan
- Sejarah Azerbaijan
- Republik autonomi di Kesatuan Soviet