Pergi ke kandungan

Republik Sosialis Soviet Autonomi Pergunungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Sosialis Soviet Autonomi Pergunungan
Горская Автономная Советская Социалистическая Республика (Rusia)
Лаьмнийн Автономин Советийн Социалистийн Республика (Chechen)
RSSA di RSPS Rusia
1921–1924
Flag of Mountain ASSR
Kemungkinan bendera (rekonstruksi)

Kaukasus Soviet setakat tahun 1922
Ibu kotaVladikavkaz
Sejarah
 • JenisRepublik sosialis
Era bersejarahTempoh antara perang
20 Januari 1921
• Pengilhakan
7 Julai 1924
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Gunung
Emiriah Kaukasus Utara
Karachay-Cherkess AO
Kabardino-Balkarian AO
Chechen AO
Ossetia Utara AO
Ingush AO

Republik Sosialis Soviet Autonomi Pergunungan (Rusia: Горская Автономная Советская Социалистическая Республика, rumi: Gorskaya Avtonomnaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika; Chechen: Лаьмнийн Автономин Советийн Социалистийн Республика, rumi: Lämniyn Avtonomin Sovetiyn Socialistiyn Respublika) atau RSSA Gunung (Rusia: Го́рская АССР, rumi: Górskaya ASSR) ialah sebuah republik autonomi yang wujud sementara dalam Soviet Rusia di Kaukasus Utara, dari 20 Januari 1921 hingga 7 Julai 1924. Republik ini ditubuhkan oleh kumpulan etnik tempatan daripada kawasan Oblast Kuban dan Terek selepas Revolusi Rusia 1917. Namun begitu, pemerintahan Soviet didirikan selepas Tentera Merah menakluk Kaukasus Utara semasa Perang Saudara Rusia, dan republik asal ini akhirnya diubah menjadi entiti Soviet. Wilayahnya meliputi lebih 73,000 km² dengan populasi kira-kira 800,000 orang, dan terdiri daripada enam okrug: Balkar, Chechen, Kabardian, Karachay, Nazran (Ingushetia) dan Vladikavkaz (Ossetia),[1] serta dua bandar utama, Grozny dan Vladikavkaz. Kozak Terek diberikan autonomi khas melalui Sunzha Cossack Okrug.

Republik ini tidak bertahan lama dalam bentuk asalnya. Pada 1 September 1921, Okrug Kabardin dipisahkan sebagai Oblast Autonomi Kabardin. Okrug Karachay menjadi Oblast Autonomi Karachay-Cherkess pada Januari 1922, Okrug Balkar digabung dengan Oblast Autonomi Kabardin menjadi Oblast Autonomi Kabardino-Balkarian, dan Okrug Chechen menjadi Oblast Autonomi Chechen pada November 1922. Pada 7 Julai 1924, baki wilayah dibahagikan kepada Oblast Autonomi Ossetia Utara dan Oblast Autonomi Ingush, manakala Okrug Kozak Sunzha dan Vladikavkaz terus diletakkan di bawah VTsIK sehingga terbentuknya Krai Kaukasus Utara pada Oktober 1924.

Sebelum republik ini, tanah terbaik di kawasan itu diberikan kepada Kozak, penjajah tentera dari Rusia dan Ukraine, manakala penduduk asal dipaksa menetap di kawasan gunung. Pada 1920, kerajaan Soviet memutuskan untuk mengusir Kozak Terek dan menyerahkan tanah mereka kepada penduduk tempatan, membolehkan penduduk asli menguasai lembah yang subur. Pada 1882, 24.7% Ingush tinggal di gunung, tetapi menjelang 1924 hanya 2.1% yang tinggal di situ.[2]

Banyak sejarawan Barat semasa Perang Dingin melihat kehancuran republik ini sebagai strategi "pecah dan perintah" oleh Soviet untuk melemahkan penduduk Kaukasus, tetapi arkib Soviet yang dibuka pada 1990-an menunjukkan sebaliknya. Kehancuran republik bermula Mac 1921 apabila pemimpin Kabarda menzahirkan ketidakpuasan hati kerana digabungkan dalam republik tersebut, menekankan tiadanya hubungan ekonomi dengan kumpulan Gunung lain. Dari April hingga Jun 1921, Kongres Kabarda, dengan 140 perwakilan (hanya 28 Bolshevik), secara majoriti memilih untuk menjadi autonomi oblast, malah menuntut status republik autonomi sepenuhnya. Joseph Stalin terpaksa menasihati pemimpin Kabarda, Betal Kalmykov supaya tidak memohon status republik penuh dalam kesatuan Soviet.[3]

  1. ^ Всероссийский Центральный исполнительный комитет. Декрет от 20 января 1921 г. «Об Автономной Горской Социалистической Советской Республике». (All-Russian Central Executive Committee. Decree of 20 January 1921 On the Autonomous Mountain Socialist Soviet Republic. ).
  2. ^ Alex Marshall (2010). The Caucasus Under Soviet Rule. Routledge. m/s. 175–178. ISBN 9781136938252.
  3. ^ Alex Marshall (2010). The Caucasus Under Soviet Rule. Routledge. m/s. 181. ISBN 9781136938252.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
Republik autonomi Kesatuan Soviet
Coat of arms of the Soviet Union Abkhaz RASS | Adjar RASS | Bashkir RASS | Buryat RASS | Chechen-Ingush RASS | Chuvash RASS | Crimea RASS |
Dagestan RASS | Kabardin RASS | Kabardino-Balkar RASS | Kalmyk RASS | Karakalpak RASS | Karelia RASS | Kazakh RASS |
Komi RASS | Kyrgyz RASS | Mari RASS | Moldavian RASS | Mordovia RASS | Nakhchivan RASS | Utara Ossetia RASS |
Tatar RASS | Turkestan RASS | Tuva RASS | Udmurtia RASS | Volga Jerman RASS | Yakut RASS